ISTANBUL 10 Nov. — Malaysia semakin dipandang tinggi oleh negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berdasarkan pencapaiannya dalam bidang ekonomi yang membanggakan serta menjadi contoh negara anggota OIC yang lain.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dinyatakan sendiri oleh beberapa pemimpin tertinggi negara anggota ketika perjumpaan dua hala dengannya sewaktu menghadiri Sidang Kemuncak Pertama sempena sambutan 25 tahun Jawatankuasa Tetap Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Negara-Negara OIC (COMCEC), di sini pada Isnin.
"Mereka melihat Malaysia sebagai negara Islam yang sudah maju dan banyak negara mahu menjalin hubungan kerjasama dan memohon bantuan dengan kita untuk mempelajari kemajuan yang dicapai oleh Malaysia,” katanya kepada pemberita sebelum berlepas pulang ke Malaysia hari ini. - Bernama
Sumber : Utusan Malaysia
AKU BANGGA JADI ANAK MALAYSIA
No comments:
Post a Comment