Showing posts with label Majlis Daerah Pendang. Show all posts
Showing posts with label Majlis Daerah Pendang. Show all posts

Thursday, October 26, 2017

JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH PENDANG, Tarikh Tutup 23 November 2017


Jawatan Kosong Majlis Daerah Pendang,Kedah

1.Penolong Pegawai Penilaian
2 Penolong Pegawai Tadbir
3.Pembantu Penilaian
4.Pembantu Akauntan
5.Pelukis Pelan (Seni Bina) 

Tarikh tutup 23 November 2017

Borang Permohonan boleh didapati di kaunter bahagian hasil Majlis Daerah Pendang pada waktu pejabat dengan bayaran RM5 bermula 25 Oktober 2017

Maklumat lanjut layari

Tuesday, August 11, 2015

SEJARAH PENDANG : LATAR BELAKANG PENDANG



Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.

Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.



Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.

Daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus untuk industri. Sektor perindustrian adalah berselerak di merata tempat. Industri di Daerah Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang beras dan getah. 68 peratus kilang di daerah Pendang dimiliki oleh kaum Cina yang terlibat dalam semua jenis kilang. Melayu memiliki 26 peratus jumlah kilang di Daerah Pendang, hampir semuanya terlibat dalam industri makanan. Kaum-kaum lain memiliki kurang dari lima peratus.

Daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240 buah. 

Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mula diperkenalkan sejak tahun 1989 juga turut dititikberatkan di Daerah Pendang. Melalui program ini, jumlah Ketua Isi Rumah termiskin dapat dikurangkan. Daerah Pendang adalah sebuah daerah yang belum diterokai sepenuhnya dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk dibangunkan sebagai satu daerah yang maju di masa hadapan melalui perancangan yang teratur dan terancang.

Thursday, July 30, 2015

ACARA MENARIK GEMPAK KELUARGA FELDA DI PENDANG, KEDAH 1 OGOS 2015

















Tuesday, July 28, 2015

Karnival Berkonsepkan 'Santai Rohani' Menanti Komuniti Tempatan PENDANG, 1 Ogos 2015

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini, 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA yang pertama.


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Yayasan Felda mengumumkan koloborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mengadakan program jelajah; "Gempak Keluarga FELDA" di sepuluh lokasi utama rancangan Felda.

Ini adalah julung-julung kalinya Astro bekerjasama dengan Kumpulan FELDA dan beberapa entiti dibawahnya untuk menjayakan program jelajah berbentuk karnival seterusnya menjadikan program ini sebagai salah satu inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Program jelajah Gempak Keluarga FELDA ini mensasarkan kumpulan pelanggan yang terdiri dari komuniti Felda Wilayah dan daerah di sekitarnya. Gempak Keluarga Felda akan membuka tirainya di Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini. 

Program Gempak Keluarga Felda ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali Ibrahim dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pegarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Michael Yap, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Dato’ Sri Dr. Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh. 

"Kami begitu teruja dengan kolaborasi yang dimeterai bersama FELDA, FGV dan Yayasan Felda ini. Di pihak Astro, kami telah mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk diisi sepanjang berlangsungnya program ini. Berkonsepkan Salam Muslim (Santai Rohani), Gempak Keluarga FELDA menampilkan sedikit kelainan apabila menjadikan program-program berbentuk islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini”, jelas Khairul Anwar. 

"Pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan akan disajikan kepada para pengunjung yang hadir ke Gempak Keluarga FELDA ini. Kami akan mewujudkan zon-zon yang berlainan untuk menampilkan kepelbagaian dan variasi serta sesuai bagi setiap peringkat umur dari kanak-kanak ke golongan dewasa. Para pengunjung berpeluang untuk menyuarakan sebarang soalan kepada peserta program Pencetus Ummah atau Imam Muda di slot ’Anda Tanya PU / Imam Muda Jawab’, belajar dengan lebih lanjut mengenai ’Seni Khat’ dan teka & jawab di slot ’Kuiz Agama’ di Zon Islamik @ Salam Muslim. Pengunjung juga boleh bertemu dengan pelawak-pelawak popular tanah air seperi Bocey di Zon Lawak dan barisan artis-artis terkemuka seperti Mawi, Haleeda (Gegar Vaganza), Idris (Kilauan Emas), Ewal (Akademi Fantasia), Erry Putra dan ramai lagi di Zon Hiburan dan Zon Drama", tambahnya.

Menurut beliau, ”Warga FELDA juga dialu-alukan untuk terlibat secara langsung di Zon Lifestyle yang mana menampilkan pertandingan-pertandingan berbentuk interaktif seperti Pertandingan Menghias Kek, Pertandingan Mencipta Resipi Bonda (Master Chef), Limbo Rock dan banyak lagi. Setiap pertandingan ini bakal diberikan suntikan tempatan apabila turut melibatkan wakil-wakil dari komuniti FELDA untuk tampil menjadi pengadil. Lebih menarik lagi, program ’Bintang FELDA Akhir’ yang dijangka akan diadakan di slot petang bakal menyaksikan juara yang dinobatkan membawa pulang hadiah menarik sumbangan pihak penaja”.

Sementara itu, Hanapi berkata, ”Program ini dapat mengetengahkan para usahawan generasi FELDA serta mempekenalkan produk – produk mereka ke khalayak ramai dengan lokasi berdekatan bandar-bandar utama” katanya.

Beliau juga menyatakan sehingga kini, terdapat lebih 30,000 usahawan generasi FELDA yang terlibat dalam Perusahaan, Perniagaan, perdagangan, Tanaman, Akuakultur, Kraf, Ternakan.

Mohd Emir berkata, program jelajah ini akan membantu FGV dan Kumpulan Felda untuk mendekati serta beramah mesra dengan orang ramai khususnya golongan peneroka.

"Kerjasama dengan Astro ini dilihat mampu memberi impak kepada ekonomi di 10 lokasi Felda yang akan dijelajahi dengan menawarkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan selain menarik pelancong luar sepanjang program,” katanya.

Sepanjang program jelajah ini, FGV akan turut mengetengahkan programprogram tanggungjawab sosial (CSR) Kumpulan antaranya adalah program pemuliharaan Beruang Matahari dan bunga Rafflesia melalui kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan.

Gempak Keluarga FELDA akan turut memeriahkan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan yang dijangkakan akan diadakan di Terengganu pada Ogos nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini, 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA yang pertama.

Lokasi seterusnya dijangka diadakan di Felda Wilayah Terengganu pada 8 Ogos 2015 bersempena dengan Hari Peneroka Kebangsaan. Lokasi-lokasi lain termasuklah di Felda Wilayah Trolak @ Perak, Felda Wilayah Raja Alias @ Negeri Sembilan, Felda Wilayah Segamat @ Johor, Felda Wilayah Kuantan @ Pahang dan banyak lagi. Nantikan pengumuman kami dari masa ke semasa mengenai tarikh-tarikh yang akan ditetapkan di setiap lokasi. Jumpa anda 1 Ogos 2015 ini! 

Sumber : http://www.feldaglobal.com/gempak-keluarga-felda.html

Tuesday, May 13, 2014

MAJLIS USRAH PERDANA DAERAH PENDANG 2014


SEMUA DIJEMPUT HADIR

Saturday, June 16, 2012

PROGRAM AGENDA TEMPATAN 2012, 21 Jun 2012


PROGRAM AGENDA TEMPATAN 2012

LOCAL AGENDA PROGRAM 2012

TARIKH     :    21 Jun 2012
MASA        :    7.30 Pagi - 1.00 Petang
TEMPAT    :    Pendang Lake Resort, Pendang
 7:30 pg - 8:00 pg : Kehadiran dan pendaftaran peserta/Pemeriksaan Kesihatan
 8:00 pg - 9:00 pg : Aktiviti Senamrobik
 9:00 pg - 9:30 pg : Kehadiran para jemputan dan VIP
 9:30 pg - 9:35 pg : Bacaan Doa
 9:35 pg - 10:00 pg : Ucapan Tuan Yang Dipertua  Majlis Daerah Pendang
 Gimik Pelancaran
 10.00 pg - 1.00 ptg : Persembahan bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula 2012
 Cabutan Bertuah (Sesi I)
 Penyampaian Sumbangan/Bantuan bagi Program Nilai-Nilai Murni.
 Anugerah Pengauditan  dan Penarafan Bintang Tahap
 Kebersihan Tandas   Awam 2012
 Cabutan Bertuah (Sesi II)
 Anugerah Pertandingan Tandas Bersih Daerah Pendang
 Anugerah Pertandingan Inovasi Kitar Semula 2012
 Cabutan Bertuah Seksyen Penilaian (Cukai Pintu)
 Cabutan Bertuah (Sesi III)
 Bersurai.
 Pakaian : Sukan

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Thursday, May 24, 2012

POSTER BAZAR RAMADHAN PENDANG 2012

Pengumuman :
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BAZAR RAMADHAN,
Majlis Daerah Pendang Tahun 2012/1433H.



PENDAFTARAN BAZAR RAMADHAN PENDANG 2012



Pengumuman :
PENDAFTARAN PERNIAGAAN BAZAR RAMADHAN, 
Majlis Daerah Pendang Tahun 2012/1433H. 

Tarikh Pendaftaran :
3 Jun 2012 ( Ahad ) hingga 28 Jun 2012 ( Khamis ) 

Masa :
9.00 Pagi - 4.00 Petang

Tempat Perniagaan : 
Bazar Ramadhan Pendang/Kampung Baru/
Tanah Merah/Kubur Panjang/Bukit Jenun

NOTA :
TAPAK PERNIAGAAN ADALAH TERHAD

Hubungi :
BAHAGIAN PERKHIDMATAN BANDAR,
MAJLIS DAERAH PENDANG,
Tel : 04-7596077, Faks : 04-7596709
Facebook :

Friday, March 09, 2012

Bayaran Tunggakan Pelarasan Gaji SSM diterima Mac atau April


Penjawat awam terima bayaran tunggakan Mac atau April

PUTRAJAYA 8 Mac – Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini atau bulan depan berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Wednesday, March 07, 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pendang : Tarikh Tutup 22 Mac 2012


JAWATAN KOSONG


MAJLIS DAERAH PENDANG
ARAS 3, WISMA SERI PENDANG,
06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN
……………………………………………………………………………………………………..............

Permohonan-permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Kedah Darul Aman / warganegara Malaysia untuk memenuhi jawatan seperti berikut :-

1. PEGAWAI TADBIR GRED N1-1 ( 1 KEKOSONGAN )

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N3-1 ( 1 KEKOSONGAN )


3. PENOLONG AKAUNTAN GRED W2-1 ( 1 KEKOSONGAN )


4. PENOLONG JURUAUDIT GRED W2-1 (1 KEKOSONGAN )


5. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N4-1 ( 9 KEKOSONGAN )



Semua Jawatan di atas adalah Bertaraf TETAP.


1.            
Cara Memohon :-

i)                     Borang permohonan boleh didapati di Unit Hasil, Pejabat Majlis Daerah Pendang pada waktu pejabat dengan bayaran RM 2.00 bagi setiap borang atau ;

ii)                   Layari portal MDP http://www.mdpendang.gov.my , hantarkan borang permohonan dengan disertakan wang pos RM 2.00 atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Pendang.

2.             Borang permohonan boleh didapati mulai 07 Mac 2012.

3.             Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantarkan ke alamat berikut :-

Yang Dipertua
Majlis Daerah Pendang
Aras 3, Wisma Seri Pendang
06700 Pendang,
Kedah Darul Aman.

4.             Catatan Am.

i)                     Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii)                   Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iii)                  Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

5.             Tarikh Tutup Permohonan : 22 Mac 2012