Monday, January 10, 2011

Kepada Wanita, Berwaspadalah.. Lelaki dicekup rakam aksi wanita di tandas


KUCHING 10 Jan. – Kegiatan seorang lelaki merakam video wanita membuang air kecil di dalam tandas awam di sini, terbongkar apabila seorang mangsa warga Australia menyedari perbuatan itu lalu melaporkannya kepada polis.

Berikutan itu, suspek berusia 20-an ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana menceroboh hak peribadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, pelancong warga Australia melawat Muzium Kuching bersama teman lelakinya.

Difahamkan, mangsa berusia 20-an sebelum itu bertanyakan suspek yang dipercayai bekerja di situ untuk ke tandas.

Namun sebaik sahaja selesai menggunakan tandas, wanita itu terkejut apabila ternampak kelipan cahaya mencurigakan daripada sebuah kotak sabun.

Jurucakap polis berkata, hasil pemeriksaan mangsa menemui sebuah telefon bimbit di dalamnya.

“Mangsa terus memaklumkan kepada teman lelakinya yang kemudian membawa telefon itu ke pondok polis berdekatan untuk tujuan laporan.

“Suspek bagaimanapun nekad mengikuti mangsa dan meminta pegawai polis memulangkan telefon bimbit itu kepadanya.

“Rayuan suspek tidak diendahkan dan sebaliknya dia ditahan untuk disoal-siasat,” katanya di sini hari ini.

Kata jurucakap itu, hasil pemeriksaan, polis menemui kira-kira sembilan lagi klip video wanita membuang air kecil di dalam telefon bimbit suspek. - Utusan

Sumber : Utusan Malaysia Online
BANYAK BENDA LAIN BOLEH BUAT...
BENDA NI JUGAK DIA NAK CUBA.. AMBIK KAU!! TEMBELANG PECAH..
KEPADA KAUM WANITA, BERHATI-HATI BILA BUANG AIR KECIL...
PERHATIKAN PERSEKITARAN BILIK AIR YANG ANDA GUNA..

Ana Raffali mengungguli AJL ke-25

 ANA Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku dinobatkan Lagu Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

 
Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali

KUALA LUMPUR: Lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan dan lirik oleh Ana Raffali menidakkan kekuatan 13 lagu lain untuk dinobatkan sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Lagu yang juga didendangkan oleh beliau sendiri itu menerima hadiah bernilai RM35,000 berserta trofi, yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.
Sementara itu, lagu Drama King nyanyian kumpulan Meet Uncle Hussain dan Black, karya Teja dan Tun Teja muncul naib juara, sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000.
Tempat ketiga dimiliki lagu Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam menerima hadiah bernilai RM12,000.

Kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik yang masing-masing menawarkan hadiah bernilai RM10,000 setiap satu berserta trofi menjadi milik penyanyi Hafiz dan Faizal Tahir menerusi lagu Noktah Cinta dan Hanyut.

AJL25 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 mencipta kelainan untuk tahun kedua sejak diperkenalkan 1992, yang mana semua lagu dipertandingkan secara terbuka, tanpa mengikut pecahan kategori Pop Rock, Balada dan Irama Malaysia dan Etnik Kreatif.

Komposer terkemuka, M Nasir mengetuai barisan juri yang turut dianggotai Habsah Hassan, Acis, Azmeer, Amy (Search), Pacai dan Andy (Flop Poppy).
Lagu lain yang turut bersaing pada AJL25 adalah Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8); Ku Ada Kamu (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8); Cinta Sempurna (Yuna); Pelita (Loque/Loque/A.P.I) dan Berlari (Shazzy Ishak/Tomok).

Sofea Jane (Iswandy/Sham/Black Mentor); Mencari Konklusi (Noh/Noh/Hujan); Selamat Malam (Audi Mok/Faizal Tahir); Ekstravaganza (Sam/Bunkface) dan Jahat (Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy).

Sumber : Berita Harian Online

TAHNIAH ANA RAFFALI.. APA PENDAPAT ANDA ?
SELEPAS INI, MAKIN RAMAI YANG AKAN MENGIKUT JEJAK ANA RAFFALI KAN..
PENULIS LIRIK PUN DIA.. PENYANYI PUN DIA..

ChurpChurp | Social Share » Get the Bizzy Body RM1 Deal today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Get the Bizzy Body RM1 Deal today! (Preview)

I love food too much and yet, I have no time to exercise. I don't worry cause with #BizzyBody I get to shed off those calories without exercising! Thank you, Bizzy Body!