Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Sunday, October 16, 2011

Jawatan Kosong Pejabat Kewangan Negeri, Negeri Sembilan - Oct 2011






Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut.

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
2. Juruteknik Komputer Gred FT17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada :-

YB. Pegawai Kewangan Negeri Sembilan
Pejabat Kewangan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri
70503 Seremban
( U.p : Bahagian Khidmat Pengurusan )

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2011

Thursday, June 02, 2011

15 Pemain Piala Presiden N9 Sanggup Jual Perlawanan RM25,000


SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 15 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan mengaku menerima RM2,000 bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan itu yang keputusannya ditentukan bookie.

Mereka ialah 11 pemain utama, manakala baki ialah pemain simpanan dan beberapa anggota pengurusan skuad berkenaan.

Berita Harian difahamkan, bagi tiga atau empat perlawanan yang keputusannya ditentukan oleh bookie, pemain dan pengurusan pasukan menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 seorang.

Sumber berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan bookie yang terbabit mengatur keputusan perlawanan itu.

Katanya, siasatan kini 80 peratus siap selepas SPRM mengambil keterangan daripada pemain serta pengurusan pasukan dan menjangka siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, berdasarkan aduan yang diterima, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan perlawanan Piala Super.

Justeru, katanya, jika ada pemain Liga Super terbabit dalam kegiatan itu, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan dan ia adalah prosedur biasa selepas kertas siasatan dibuka.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, selepas menerima aduan beberapa pemain bola sepak skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Laporan dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.

Ketika mendedahkannya, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata PBNS mendapat maklumat kes mengatur perlawanan berlaku sejak tahun lalu, tetapi tiada bukti kukuh.

Sabtu lalu, SPRM memanggil 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Sumber : Berita Harian Online
SKUAD PIALA PRESIDEN NI MASIH MUDA-MUDA LAGI...
KALAU DEPA TERJEBAK DENGAN GEJALA ATUR PERLAWANAN NI...
RUGILAH MASA DEPAN MEREKA.. APA PENDAPAT ANDA ?

Sunday, May 29, 2011

JAWATAN KOSONG : Di Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan - Mei 2011


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-

1. Penolong Akauntan W27
2. Pembantu Tadbir(Kewangan) W17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSIARAN PUSAT BANDAR,
PUTRA NILAI PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Jun 2011

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN