Wednesday, October 19, 2011

151 : Angka Baru Ranking Dunia Untuk Harimau Malaya ( Malaysia ) 19/10/2011


Ranking Terbaru yang dikeluarkan oleh Fifa.Com


Semakin menurun ja ranking Harimau Malaya sekarang ni....
Perlu tingkatkan permainan..
Seri sudah memadai...
Jangan kalah berkali kali...
Semoga berjaya selepas ini...

HARIMAU MALAYA

APA KOMEN ANDA ?

Jawatan Kosong Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - Oct 2011





Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Universiti INSANIAH :-

1. Pegawai Tadbir Gred N48/N52
2. Pustakawan Gred S48/S52
3. Pegawai Keselamatan Gred KP41/KP44
4. Wartawan Gred S27
5. Pembantu Wartawan Gred S17
6. Pembantu Belia Dan Sukan Gred S17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Borang Permohonan Jawatan yang telah lengkap hendaklah dihantar kealamat berikut :-

Pendaftar
Kolej Universiti INSANIAH
Lebuhraya Sultanah Bahiyah
05350 Alor Star
Kedah Darul Aman.
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Oktober 2011



Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG : Guru di SMI Al-Amin Gombak


Assalamu'alaikum,

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak mempunyai kekosongan jawatan sebagai guru sebanyak 8 kekosongan berikutan penambahan kelas pada tahun 2012. bilangan pelajar semasa (2011) seramai 700+ dan akan bertambah menjadi 800+. jadi kami memerlukan individu untuk mengisi jawatan guru baru:

1 Guru bahasa melayu
4 Guru bahasa inggeris
1 Guru diniyyah / B.arab
2 Guru sains

Kelebihan yang ditawarkan:
Biah solehah yang memberangsangkan
Subsidi makanan
Tabungan Haji dan Umrah
Manfaat kesihatan
Insuran berkelompok
internet percuma 24 jam
Kenaikan gaji tahunan

Kelayakan:
Umur bawah 40 tahun
Warganegara
Muslim/Muslimah
Minima ijazah dalam bidang yang berkaitan
tak perlu sijil pendidikan
Tidak merokok
berpengalaman atau tidak tak jadi masalah

Cara memohon:
1. Hantar resume ke alamat berikut: Unit Sumber Manusia, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Lot 1078 Batu 8, Sungai Pusu, Gombak. (lengkap dengan salinan sijil2 pengajian termasuk SPM dan sijil2 sokongan - tak perlu pengesahan)
atau
2. Isi secara online di portal Al-Amin 

Sebarang kemusykilan sila hubungi: Encik Rizal (03-61889873)

TARIKH TUTUP: 31 OKTOBER 2011

JAWATAN KOSONG : Di Pejabat Kewangan Negeri Negeri Sembilan - Oct 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan yang berkelayakan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut.

1. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29
2. Juruteknik Komputer Gred FT17

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada :-

YB. Pegawai Kewangan Negeri Sembilan
Pejabat Kewangan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tingkat 5, Blok D, Wisma Negeri
70503 Seremban
( U.p : Bahagian Khidmat Pengurusan )

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2011



JAWATAN KOSONG : Di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) - Oct 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan- jawatan berikut :

1. Pegawai Perhubungan Awam N41
2. Pembantu Tadbir N17
3. Pembantu Penguatkuasa N17
4. Pemandu Kenderaan R3
5. Pekerja Awam R1

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Nama jawatan hendaklah ditulis dibahagian atas sebelah kiri sampul dan borang yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada;-

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON
KM 1, JALAN PANTAI,
71009 PORT DICKSON

Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2011



JAWATAN KOSONG : Di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Oct 2011

Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Institut Bioteknologi Marin.

1. PENSYARAH GRED DS 45/51/53/Gred Khas C (VK7)
2. FELO AKADEMIK

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

Sila kemukakan permohonan kepada :-

PENOLONG PENDAFTAR
(INSTITUT BIOTEKNOLOGI MARIN)
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

Tarikh Tutup Permohonan: 1 November 2011