Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16.Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.
John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia mengirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".
Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)
JOHN 3:16" For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.
Harap ambil lah iktibar..






Pastikan waktu mengulang kaji anda lebih dari tiga jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar lima hingga tujuh jam sehari.
Tahap tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama sejam dan ada hanya 20 minit. Jangan paksa diri anda.
Dalam satu sesi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang sudah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya.
Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulang kaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar ditetapkan.
Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan mengenai bahan yang mahu diulang kaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan.
Sediakan senarai tugas harian pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti kata Stephen Covey; “Put first things first”.
Rekodkan perkembangan anda pada sehelai kertas. Setakat mana anda lakukan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai ‘To do’ anda.
Beri ganjaran buat diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan.
Fokus sekurang-kurangnya 50 peratus daripada masa belajar anda terhadap proses ‘Recall’. Iaitu proses memanggil semula maklumat.
Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten sejam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Ke mana perginya lagi 350 hari masa anda?