Showing posts with label Kedah FA. Show all posts
Showing posts with label Kedah FA. Show all posts

Tuesday, November 08, 2016

MARUAH BOLA SEPAK KEDAH


Dipasang d hadapan pejabat MADA Pendang.

Sunday, October 30, 2016

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016 : Kedah vs Selangor, Isnin Cuti Peristiwa Negeri Kedah Darul Aman

( Sumber : sports247 )

( Sumber, HMetro Online )


IMBUHAN wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008.  

"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti‎ peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan sehingga mara ke final Piala Malaysia.  

Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.

"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari tersebut, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.

"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah. - Bernama

( Sumber, Sinar Harian Online )

Monday, September 26, 2016

Jom Pi Melaka, Kedah vs PDRM 15 Oktober 2016

Harga : RM100.00 + Tiket

Separuh Akhir Ke-2
Sabtu, 15 Oktober 2016
KEDAH vs PDRM
Stadium Hang Jebat, Melaka

Tempat Terhad, 40 Seat

Call :- 0134958444 (Mail)