Showing posts with label Pelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pelajaran. Show all posts

Monday, October 12, 2015

To all PT3 candidates & mommies All The Best for the exam 2015









To all PT3 candidates & mommies All The  Best for the exam

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja,  apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Friday, January 14, 2011

469,500 tempat IPT untuk lepasan SPM

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 469,500 tempat disediakan untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yang setaraf melanjutkan pengajian mereka ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata selain daripada IPT Awam, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Swasta, Tingkatan Enam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan program persediaan ke luar negara secara tajaan.

Katanya, bagi mereka yang tidak mencapai keputusan yang baik dalam SPM, mereka sewajarnya memilih untuk menyambung pengajian bagi mendapatkan sijil di institusi-institusi kemahiran sama ada awam, swasta mahupun di Kolej Komuniti.

"Apabila Kementerian Pengajian Tinggi melalui Unit Pusat Universiti diberikan tanggungjawab untuk mengkordinasi dalam soal permohonan kemasukan pelajar termasuk ke institusi latihan, kita boleh melihat dan membuat perancangan bagi mereka yang tidak mendapat keputusan baik dalam SPM, kita boleh tampung melalui penyediaan mereka untuk mendapatkan sijil kemahiran.

"Dengan demikian kita dapat mengatasi masalah yang dihadapi negara di mana ramai pelajar masuk pasaran kerja hanya berbekalkan SPM. Tetapi sekarang kita mahu buat perancangan supaya pelajar ini dibekalkan dengan sijil kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian "Karnival Jom Masuk U" oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, kementerian sedang merancang untuk mengarusperdanakan program pengajian diploma di IPTA sebagai usaha untuk memperkasakan program diploma sebagai satu pilihan pelajaran lulusan SPM atau yang setaraf untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Beliau berkata, kementerian akan menyediakan pembekal bagi melahirkan graduan berkemahiran teknikal dari universiti teknikal selain memartabatkan program diploma dengan mendapatkan pengiktirafan daripada badan profesional dalam dan luar negara.

Selain itu, katanya, beberapa cadangan pelaksanaan sedang dikaji antaranya memperkenalkan program baru di IPTA dan Politeknik.

"Saya berharap dengan adanya program baru yang mesra pasaran ini, minat pelajar semakin bertambah untuk memilih pengajian diploma," katanya.

Kira-kira 40,000 pengunjung terutama pelajar dijangka menghadiri karnival selama dua hari itu yang membabitkan 20 IPTA dan beberapa institusi swasta.

Selain Terengganu, karnival seumpamanya akan diadakan di 10 lokasi lain mengikut zon yang dikenal pasti di seluruh negara sehingga 3 April depan, dengan upacara penutup disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di The Mines International Exhibition Centre, Sri Kembangan, Selangor. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
JOM SAMBUNG BELAJAR..

Thursday, November 11, 2010

Pencapaian Terbaik bagi tempoh 4 TAHUN : 48,327 calon UPSR peroleh semua A

PUTRAJAYA: Seramai 48,327 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh keputusan cemerlang semua A, meningkat kepada 10.02 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, keputusan itu adalah pencapaian terbaik bagi tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara.


"Syukur Alhamdulilah, peratusan calon yang berada di bawah tahap pencapaian minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya) berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan keputusan UPSR di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Abdul Ghafarm, peratusan calon yang mendapat minimum gred C menurun 1.37 peratus berbanding tahun lalu.


Seramai 482,334 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini.-Bernama

Sumber : Harian Metro Online

TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIK YANG TELAH BERJAYA DALAM UPSR...
KEPADA YANG ADIK-ADIK  YANG MENDAPAT KEPUTUSAN TIDAK MEMUASKAN, 
SILA CUBA LAGI PADA UJIAN PMR..... 
BUKTIKAN ANDA BOLEH KEPADA IBUBAPA ANDA.
BELAJAR.. BELAJAR.. DAN TERUS BELAJAR...

Saturday, October 30, 2010

KEM ANAK SOLEH : 22, 23 dan 24 Disember 2010, Sekolah Menengah Sains Pokok Sena

KENARI KAYANGAN ENTERPRISE



KEM ANAK SOLEH
 
PENDAFTARAN DI BUKA SEKARANG...

Jadikan ank2 kita cemerlang,gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat...
sertai kami...  

KEM ANAK SOLEH D SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA 

pada
22,23 dan 24 DISEMBER 2010
 
Peserta perlulah berumur
10 TAHUN - 17 TAHUN
 
Pengangkutan disediakan di  
SEMUA DAERAH DALAM NEGERI KEDAH
 
untuk pertanyaan hubungi pihak kami:

NORSYAZILA MAHAMAD NOH
0125143397 / 0136023976

NORSUZIYANA MAT ISA
0135210176 / 0172909976

Sunday, October 24, 2010

Matapelajaran Sejarah di semua sekolah rendah 2014

 ( gambar sekadar hiasan )

MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.

Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.

''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

Sumber : Utusan Malaysia Online
MAKIN BERTAMBAH MATA PELAJARAN UNTUK SEKOLAH RENDAH