Thursday, October 20, 2011

Kesihatan : Bahaya Spa Ikan





Bahaya Spa Ikan


Kementerian Kesihatan memberi amaran risiko terapi ikan atau lebih dikenali sebagai spa ikan kerana boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, termasuk Hepatitis C, HIV/AIDS dan tibi serta beberapa penyakit lain yang berjangkit menerusi bawaan air.

Pakar perubatan di Abu Dhabi telah memberi amaran bahawa rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif dan berbahaya ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ‘Dr. Fish‘, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan. Rawatan itu biasanya mengambil masa 20-30 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu.

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat. Prosedur ini telah pun diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV. Lagipun, tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit.

Sumber : Rakan Blogger

APA PENDAPAT ANDA ? 

Kemalangan : Empat pekerja cedera dalam kemalangan bas kilang di PP








Sumber Gambar : Email Yahoo Group



Empat pekerja cedera dalam kemalangan bas kilang di PP



GEORGETOWN: Empat pekerja kilang cedera apabila bas kilang yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi bas kilang di Lebuh raya Tun Dr Lim Choong Eu di sini, hari ini. Kejadian pada jam 6.15 pagi di persimpangan lampu isyarat itu turut menyebabkan dua kereta yang berhenti di lampu isyarat itu dilanggar dari belakang.

"Keempat-empat mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dengan seorang daripadanya patah kaki," kata Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, ketika kejadian, bas kilang yang membawa 40 pekerja itu berhenti di persimpangan lampu isyarat Fasa empat kawasan perindustrian Bayan Lepas. 

"Bas itu secara tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah lagi bas kilang. Impak rempuhan itu menyebabkan seorang pekerja kilang terpelanting ke tengah jalan, dua kerusi bas tercabut keluar dan dua kereta yang sedang menunggu lampu isyarat (bertukar hijau) turut dilanggar," katanya. 

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lebih 10 kilometer dari arah jambatan Pulau Pinang menghala ke kawasan perindustrian Bayan Lepas. 

Seorang pekerja kilang, Murni Hayati Zainal Abidin, 27, berkata sebelum kejadian, bas yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. "Secara tiba-tiba, saya terasa satu rempuhan kuat di bahagian belakang sebelah kanan bas dan mendengar rakan-rakan menjerit," katanya ketika ditemui Hospital Pulau Pinang sini. Beliau yang tidak cedera, berkata rakannya Noraini Razali, 40-an, yang duduk di bahagian kanan bas patah kaki kiri. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA