Lepas ni dah boleh bayar bil ayaq dkt pjabat pos dh..snang ckit
Informasi Menarik Yang Diambil Dari Berbagai Email, Group, Laman Berita Online Dan Website. Info-Info Menarik Seperti Sukan, Makanan, Minuman, Pelancongan, Iklan Biz Internet, Madah Cinta, Lirik Lagu, Yang Lucu, Aneh, Unik Dan Berbagai Macam Lagi Baik Lokal Maupun Dari Mana-Mana Negara Ada Di Sini. Semua Dirangkumkan Menjadi Dalam Situs Blogger http://syamsyun84.blogspot.com
Showing posts with label Negeri Kedah. Show all posts
Showing posts with label Negeri Kedah. Show all posts
Saturday, October 21, 2017
Wednesday, January 18, 2017
TANAH KEDIAMAN DI ALOR MELINTANG UNTUK DIJUAL RM105K
TANAH LOT KAMPUNG 16K PERSEGI,
KAMPUNG ALOR MELINTANG, BANDAR ALOR SETAR
HARTANAH TERLETAK DALAM KAMPUNG ALOR MELINTANG, BANDAR ALOR SETAR.
JIKA BERMINAT REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN.
-STATUS REZAB MELAYU: HAK MILIK KEKAL
-LUAS LOT 16K KAKI PERSEGI/KP (0.37 EKAR)
-TANAH RAPAT JALAN KAMPUNG (MINI TAR) ANTARA YANG MENARIK
-SESUAI DIBINA RUMAH BUNGLOW ATAU JENIS KEDIAMAN KAMPUNG
-SESUAI DIBINA RUMAH SEWA KERANA LOKASI BERDEKATAN DENGAN PUSAT BANDAR
-LOT INI TERLETAK DALAM KAMPUNG DAN BERSEBELAHAN RUMAH2 SEDIA ADA
-SESUAI DIJADIKAN SIMPANAN ASET HARTANAH MASA DEPAN YANG BAIK
-KAWASAN BEBAS BANJIR
HARGA TANAH : RM105,000/=
BOLEH DIRUNDING DAN DIPERTIMBANGAKAN
MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
EN. OTHMAN BIN AHMAD : 010 7857159 (CALL/WHATSAPP)
Tuesday, November 08, 2016
MARUAH BOLA SEPAK KEDAH
Label:
Kedah FA,
Negeri Kedah,
Pendang
RUMOURS KEDAH FA 2017
Status Tempatan
Kekal:
1. Abdul Hadi Hamid
2. Syazwan Abdullah
3 . Syawal Nordin
4 . Osman Mohd Yusoff
5 . Raphi Azizan
6 . Khairul Helmi
7. Syazwan Tajuddin
8. Ariff Farhan
9. Asri Mardzuki
10. Baddrol Bakhtiar
11. Abdul Halim Saari
12. Farhan Roslan
13. Hanif Mat Dzahir
14. Syazuan Hazani
15. Syafiq Ahmad
Keluar :
1. Shafizan Hashim (bersara)
2. Amar Rohidan
3. Sabree Abu
4. Farhan Abu Bakar
5. Syazuan Ashraf Mathew
6. Alif Fadhil (jadi cikgu)
7. Azmeer Yusof (mohon dilepaskan)
8. Ahmad Fakri Saarani
Masuk :
1) Gary Steven Robbat
2) Shakir Shaari
3) Nor Shahrul Idlan Talaha (Masih dlm perbincangan)
Masih belum membuat keputusan:
1. Rizal Ghazali
2. Syazwan Zainon
3. Amirul Hisyam
4. Ifwat Akmal
Status Import
Keluar:
1. Bang Seung Hwan (tidak disambung kontrak)
2. Thiago Augusto (kembali ke Felda)
3. Liridon Krasniqi (demand gaji terlalu tinggi kerana mendapat offer lumayan dari Melaka United)
4. Shane Edward Smeltz (kembali ke pasukan asal)
Masuk:
1. 2 pemain import dari Bosnia
2. Baihakki Khaizan (import asia)
3. Sandro Da Silva Mendonca (kembali dari kecederaan)
P/s: harap hampa faham maksud rumours
#baca & dngaq bleh, percaya x sah lagi
#ada hat Btoi & ada hat X btoi
Salin dari group Whatsapp
PILIHAN TERBAIK PASUKAN KEDAH MUSIM 2016
1.RIZAL GHAZALI
Pemain berusia 24 tahun ini mencapai kemuncak prestasi bagi musim 2016.Rizal cukup konsisten dari awal musim sehingga muncul wira skuad jolokan Lang Merah menjulang Piala Malaysia.Prestasi Rizal ternyata ditahap terbaik selepas dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dan membuat kemunculan 'debut' pada perlawanan menentang Singapore.Rizal membuat 30 penampilan bersama Kedah musim ini dengan purata 2790 per/minit termasuk aksi Perlawanan Akhir Piala Malaysia.
2.BADDROL BAKHTIAR
Pemain berusia 28 tahun ini merupakan 'icon' kepada bola sepak Kedah.Tidak menghairankan beliau menggunguli senarai Pemain Terbaik Tahunan - KFA.Badd membuat penampilan 34 kali dengan purata 3150 per/minit untuk musim 2016 dan meledak 6 gol serta 6 hantaran gol.Kesetiaan kepada pasukan dan komited yang tinggi menjadikan Badd bukan sahaja idola peminat tetapi rakan seperjuangan Kedah.Untuk rekod,Badd telah merangkul 3 kejuaraan Piala Malaysia (07,08,16),2 Piala FA (07,08),2 Liga Super (07,08),1 Liga Premier (15).
3.LIRIDON KRASNIQI
Pemain berusia 24 tahun kelahiran Kosovo ini antara aset kekuatan pasukan Kedah buat dua musim berturut-turut.Liridon Krasniqi dianggap arkitek kepada pasukan dan pakar 'delivery' kepada rakan sepasukan.Untuk musim 2016 ini,Liridon telah beraksi sebanyak 37 kali dengan purata 3420 per/minit.Liridon turut menyumbang 10 gol serta 6 hantaran gol sepanjang musim ini.Untuk rekod,Liridon telah memenangi medal kejuaraan Liga Premier (2015) dan medal Piala Malaysia (2016).Selain itu Liridon turut memenangi Anugerah Gol Terbaik Tahunan - KFA.
4.IFWAT AKMAL
Pemain berusia 20 tahun ini merupakan penjaga gol muda berpotensi dari development Kedah.Ifwat hadir ketika pasukan Kedah mengalami krisis diposisi benteng terakhir dengan 'debut' beliau semasa menentang T-Team.Dari situ Ifwat tidak lagi menoleh kebelakang,beliau terus mempamerkan aksi konsisten dan merampas posisi no1.Ifwat merekodkan ranking teratas 'clean sheets' pada saingan Piala Malaysia 2016.Beraksi 17 kali musim ini,Ifwat merekodkan 1620 per/minit termasuk perlawanan akhir.Ifwat turut merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan - KFA dan medal kejuaraan Piala Malaysia.Disamping itu,Ifwat juga diserapkan ke skuad bawah 22 tahun kebangsaan.
5.AMIRUL HISYAM
Pemain muda berusia 20 tahun ini prospek besar pasukan Kedah.Amatlah sukar di Malaysia ketika ini untuk seorang pemain beraksi di posisi Defensive Midfielder.Kehadiran Amirul Hisyam Awang Kechik pada musim ini cukup memberi impak positif kepada pasukan.Bintang Malaysia B-22 tahun ini juga turut silih berganti mewakilu Malaysia Senior.Kepintaran dan ketenangan beliau dalam mengawal situasi tengah bersama Liridon musim ini cukup mantap.Untuk musim pertama bersama Hijau Kuning,Amirul membuat penampilan 28 penampilan dengan purata 2610 per/minit termasuk perlawanan akhir.Pada bulan Mac,Amirul turut ditabalkan Pemain Pilihan Cola Kedah.
Salin dari group whatsapp
Sunday, October 30, 2016
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016 : Kedah vs Selangor, Isnin Cuti Peristiwa Negeri Kedah Darul Aman
( Sumber : sports247 )
( Sumber, HMetro Online )
IMBUHAN wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008.
"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam ini.
Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan sehingga mara ke final Piala Malaysia.
Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.
"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari tersebut, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.
"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah. - Bernama
( Sumber, Sinar Harian Online )
Thursday, September 10, 2015
INFO : MAI BELAJAQ ( BELAJAR ) BAHASA KEDAH
blajaq cakap Kedah
haaa...kepada semua sesiapa saja lee yg nak blajaq cakap Kedah first sekali kalo ampa semua noticed...org utara ni esp kedah ngan penang kalo cakap volume dia kuat sikit...perasan dak...
org kedah ni ckp dia slalu nya ujung dua sebut 'a' laaa... pas tu kalu cam ujung dia ada huruf 'r' selalunya di pronouns kan sbg 'q'.pas tu lagi satu slalunya cam rumah disebut 'ghumah'
air = ayaq
dahaga air = lapaq ayaq
beritahu/bagi tau = habaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidur = tidoq
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
saya = Chek
awak = hangpa
kamu = hang
mereka = depa/lepa ('e' adalah pronouns dlm ekor)
yang = hat
tension = sakit pala
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai
lagu ni = 'macam ni'
segan = malas
gila/tak betui = loqlaq
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pergi=pi=gi
pasai pa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai ?.eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang
sigung = menyiku
handuh = ghimbuk = pukul (dgn benda mcm kayu)
ketumbil = ketumbit
tukul=merton
rojak (bahasa selatan)=pasembur
rojak buah (selatan)=rojak
pencuri = kawaq
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
melengung = termenung
air paip=epek (cemana ntah sebutnya)
beghetuh = maksudnya berlaga atau berlanggaq
seneghih = calaq
menyoronot = sembunyi
benyai ? lembik?eg kalo nak rebuih kacang bendi tu jgn lama
sangat...satgi
benyai"
seluloi = selalu
ngenjot = menari
kebuloq = mentekadarah...(betoi ke dak ntah la..rasa-rasa betoi)
tibai = besit = pukui..
pukui = pukul (masa) = jam
lecah = lopak
selut/keleboq = lumpoq / lumpur
segheyat = berenti (hujan)
cedoq ayaq = ceboq ayaq = cebok air
kelippoq2 (mata) = pejam celik-pejam celik
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
simboq = tempias (hujan)
tubik = terbit = keluar
sua = hulur
menyorok = sarapan
eg: Hang dah menyorok dak laghie nie? makna : awak dah sarapan pagi ke belum?
Lagi takleh ingat tang ciwi ni...hehehehe...slalu kena tang ciwi batat...
pelaq betoi...hehehehhe
kepak (bukan kepak ayam yer-e tu bertanda) =:mematahkan sesuatu yg keras dgn tangan
contoh ayat: "aku kepak tulang belakang ang satgi!"
REBAN (gheban)= RUNTUH)...mcm reban ayam tu lee cecara
penyebutannya....
pegi penang-pi tanjong
eg: kedah panggil penang 'tanjung' dan bahagian penang yg tanah besar (butterworth dan sewaktu dgn nye) depa panggil 'bagan'.yg penang pulau tu depa panggil 'tanjung'. lagi satu lima sen tu lima ret...paling kurang faham pun sekupang lima duit
ni plak penjodoh yg digunakan setiap kali guna sesuatu pktn tu:-
manis sangat = 'manis melecaih'
tawar = 'tawaq hebiaq' (e dalam ekor)
pahit = 'pait bedengung'
kalau kat tempat lain ada beza roti dan biskut ni tapi kalau kat kedah majoritinya dipanggil roti . misalannya,
roti mengali = roti macam gardenia yg potong2 atau sebijik
roti marie = biskut bulat
roti semekut = roti bulat / panjang ( lebih kurang la )
roti 4 sagi = biskut mayat/biskut 4 segi/biskut lemak/jacob punya tu ..
yg lain2 aku tak ingat la ... roti canai ja maintain "
p/s: ampa perasan dak satu benda kalo kita pi makan kat kedai...waiter tu
nanti mai tanya kat kita "nak makan/minum apa tak tau?" instead of "nak minum/makan apa?"
CopyPaste dari : http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/759611/1/
Thursday, September 03, 2015
Jawatan Kosong Di Pendang : Klaasik Cafe ( Tukang Masak - Pembancuh Air - Pelayan Kedai ) 03 September 2015
Klaasik Cafe sedang mencari staff..
Ada dua shift.. petang dan malam..
Tiada pengalaman xpa..kami akan bg hampa ilmu..
Hubungi 0174175048 ( Nur Assilla Amirah )
Facebook :- https://www.facebook.com/miera.zikir
- Tukang masak
- Pembancuh Air
- Pelayan Kedai
Tuesday, August 11, 2015
SEJARAH PENDANG : LATAR BELAKANG PENDANG
Nama ‘Pendang’ dikatakan berasal daripada nama ‘Pendiat’ yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah.Gajah-gajah yang telah dijinakkan dimandikan di telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Menurut sejarah, telaga ini adalah telaga asal dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau panjang.Anak-anak gajah dipelihara di sebuah kampung yang bernama Kubang Anak Gajah dan gajah-gajah yang mati pula akan ditanam di satu tempat bernama Kampung Gajah Mati.
Pada zaman tersebut, Pendang adalah tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal di Negeri Kedah selain dari Mukim Naga di Daerah Kubang Pasu. Gajah menjadi kenderaan utama pada masa itu terutama sebagai kenderaan darat untuk menghantar ‘ufti’ ( Bunga Emas ) ke Negeri Siam.Pendang merupakan sebuah daerah dalam Negeri Kedah Darul Aman yang diwartakan pada 1 Februari 1975 dan disempadani oleh Daerah Kota Setar di bahagian Utara, Daerah Yan di Barat, Daerah Padang Terap dan Sik di sebelah Timur dan Daerah Kuala Muda di bahagian selatan. Keluasan bagi Daerah Pendang ialah 62,929 hektar atau 629.29 kilometer persegi dan terbahagi kepada lapan mukim iaitu Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Rambai, Mukim Bukit Raya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.
Sebanyak 27,639 hektar tanah di Daerah Pendang digunakan untuk tanaman getah manakala 18,462 hektar tanah digunakan untuk tanaman padi. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di Daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di Daerah Pendang dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Aktiviti perniagaan di Daerah Pendang tertumpu pada kawasan penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang, Bukit Jenun, Kilang Kechik, Kokbah dan Kampung Baru.
Daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus untuk industri. Sektor perindustrian adalah berselerak di merata tempat. Industri di Daerah Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang beras dan getah. 68 peratus kilang di daerah Pendang dimiliki oleh kaum Cina yang terlibat dalam semua jenis kilang. Melayu memiliki 26 peratus jumlah kilang di Daerah Pendang, hampir semuanya terlibat dalam industri makanan. Kaum-kaum lain memiliki kurang dari lima peratus.
Daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (tiga buah) , Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (sebuah), Sekolah Menengah Agama Rakyat (dua buah) dan Sekolah Menengah (9 buah). Keseluruhannya, pelajar sekolah rendah seramai 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang dan jumlah kelas sebanyak 240 buah.
Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang mula diperkenalkan sejak tahun 1989 juga turut dititikberatkan di Daerah Pendang. Melalui program ini, jumlah Ketua Isi Rumah termiskin dapat dikurangkan. Daerah Pendang adalah sebuah daerah yang belum diterokai sepenuhnya dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk dibangunkan sebagai satu daerah yang maju di masa hadapan melalui perancangan yang teratur dan terancang.
Sumber : http://www.mdpendang.gov.my/sejarah
Thursday, August 06, 2015
PENDANG: Rumah Sewa Di Pendang, Kedah
Lokasi:
Rumah Semi-D corner lot,
Taman Teratai,
Pendang, Kedah.
Maklumat rumah:
1) 3 bilik tidur / 2 bilik air
2) 1 km dari pekan pendang
Syarat tambahan:
Penyewa hendaklah berpendapatan tetap
Sewa : RM500 sebulan (boleh dirunding)
Kemasukan Segera Ogos'15
PM jika berminat.
Call/SMS/Whatsapp: +60133018501
Maklumat rumah:
1) 3 bilik tidur / 2 bilik air
2) 1 km dari pekan pendang
Syarat tambahan:
Penyewa hendaklah berpendapatan tetap
Sewa : RM500 sebulan (boleh dirunding)
Kemasukan Segera Ogos'15
PM jika berminat.
Call/SMS/Whatsapp: +60133018501
Tuesday, July 28, 2015
Karnival Berkonsepkan 'Santai Rohani' Menanti Komuniti Tempatan PENDANG, 1 Ogos 2015
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini, 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA yang pertama.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Yayasan Felda mengumumkan koloborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mengadakan program jelajah; "Gempak Keluarga FELDA" di sepuluh lokasi utama rancangan Felda.
Ini adalah julung-julung kalinya Astro bekerjasama dengan Kumpulan FELDA dan beberapa entiti dibawahnya untuk menjayakan program jelajah berbentuk karnival seterusnya menjadikan program ini sebagai salah satu inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Program jelajah Gempak Keluarga FELDA ini mensasarkan kumpulan pelanggan yang terdiri dari komuniti Felda Wilayah dan daerah di sekitarnya. Gempak Keluarga Felda akan membuka tirainya di Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini.
Program Gempak Keluarga Felda ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali Ibrahim dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pegarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Michael Yap, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Dato’ Sri Dr. Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.
"Kami begitu teruja dengan kolaborasi yang dimeterai bersama FELDA, FGV dan Yayasan Felda ini. Di pihak Astro, kami telah mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk diisi sepanjang berlangsungnya program ini. Berkonsepkan Salam Muslim (Santai Rohani), Gempak Keluarga FELDA menampilkan sedikit kelainan apabila menjadikan program-program berbentuk islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini”, jelas Khairul Anwar.
"Pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan akan disajikan kepada para pengunjung yang hadir ke Gempak Keluarga FELDA ini. Kami akan mewujudkan zon-zon yang berlainan untuk menampilkan kepelbagaian dan variasi serta sesuai bagi setiap peringkat umur dari kanak-kanak ke golongan dewasa. Para pengunjung berpeluang untuk menyuarakan sebarang soalan kepada peserta program Pencetus Ummah atau Imam Muda di slot ’Anda Tanya PU / Imam Muda Jawab’, belajar dengan lebih lanjut mengenai ’Seni Khat’ dan teka & jawab di slot ’Kuiz Agama’ di Zon Islamik @ Salam Muslim. Pengunjung juga boleh bertemu dengan pelawak-pelawak popular tanah air seperi Bocey di Zon Lawak dan barisan artis-artis terkemuka seperti Mawi, Haleeda (Gegar Vaganza), Idris (Kilauan Emas), Ewal (Akademi Fantasia), Erry Putra dan ramai lagi di Zon Hiburan dan Zon Drama", tambahnya.
Menurut beliau, ”Warga FELDA juga dialu-alukan untuk terlibat secara langsung di Zon Lifestyle yang mana menampilkan pertandingan-pertandingan berbentuk interaktif seperti Pertandingan Menghias Kek, Pertandingan Mencipta Resipi Bonda (Master Chef), Limbo Rock dan banyak lagi. Setiap pertandingan ini bakal diberikan suntikan tempatan apabila turut melibatkan wakil-wakil dari komuniti FELDA untuk tampil menjadi pengadil. Lebih menarik lagi, program ’Bintang FELDA Akhir’ yang dijangka akan diadakan di slot petang bakal menyaksikan juara yang dinobatkan membawa pulang hadiah menarik sumbangan pihak penaja”.
Sementara itu, Hanapi berkata, ”Program ini dapat mengetengahkan para usahawan generasi FELDA serta mempekenalkan produk – produk mereka ke khalayak ramai dengan lokasi berdekatan bandar-bandar utama” katanya.
Beliau juga menyatakan sehingga kini, terdapat lebih 30,000 usahawan generasi FELDA yang terlibat dalam Perusahaan, Perniagaan, perdagangan, Tanaman, Akuakultur, Kraf, Ternakan.
Mohd Emir berkata, program jelajah ini akan membantu FGV dan Kumpulan Felda untuk mendekati serta beramah mesra dengan orang ramai khususnya golongan peneroka.
"Kerjasama dengan Astro ini dilihat mampu memberi impak kepada ekonomi di 10 lokasi Felda yang akan dijelajahi dengan menawarkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan selain menarik pelancong luar sepanjang program,” katanya.
Sepanjang program jelajah ini, FGV akan turut mengetengahkan programprogram tanggungjawab sosial (CSR) Kumpulan antaranya adalah program pemuliharaan Beruang Matahari dan bunga Rafflesia melalui kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan.
Gempak Keluarga FELDA akan turut memeriahkan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan yang dijangkakan akan diadakan di Terengganu pada Ogos nanti.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini, 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA yang pertama.
Lokasi seterusnya dijangka diadakan di Felda Wilayah Terengganu pada 8 Ogos 2015 bersempena dengan Hari Peneroka Kebangsaan. Lokasi-lokasi lain termasuklah di Felda Wilayah Trolak @ Perak, Felda Wilayah Raja Alias @ Negeri Sembilan, Felda Wilayah Segamat @ Johor, Felda Wilayah Kuantan @ Pahang dan banyak lagi. Nantikan pengumuman kami dari masa ke semasa mengenai tarikh-tarikh yang akan ditetapkan di setiap lokasi. Jumpa anda 1 Ogos 2015 ini!
Sumber : http://www.feldaglobal.com/gempak-keluarga-felda.html
Label:
Artis,
Astro,
Bocey,
Erry Putra,
Ewal Akademi Fantasia,
Felda,
Gempak,
Haleeda,
Idris Kilauan Emas,
Keluarga,
Majlis Daerah Pendang,
Mawi,
Negeri Kedah,
Pendang,
Warga FELDA,
Zon Drama,
Zon Hiburan,
Zon Lawak
Gempak Astro Keluarga Felda di Pendang, Kedah Pada 1 Ogos 2015
KUALA LUMPUR 1 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Yayasan Felda akan bekerjasama dengan Astro Malaysia Holdings Bhd, bagi penganjuran program jelajah 'Gempak Keluarga Felda' di 10 lokasi utama rancangan Felda bermula Ogos ini.
Program yang menyasarkan kumpulan pelanggan dalam kalangan komuniti Felda dan daerah di sekitarnya, akan membuka tirai di Stadium Mini Pendang, Kedah, pada 1 Ogos 2015.
Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada berkata, program itu dijangka dapat mengetengahkan para usahawan generasi Felda selain memperkenalkan produk-produk mereka di lokasi berdekatan bandar-bandar utama.
"Sehingga kini, terdapat lebih 30,000 usahawan generasi Felda yang terlibat dalam perusahaan, perniagaan, perdagangan, tanaman, akuakultur, kraf dan ternakan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden Bhagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dalam satu kenyataan berkata, Astro telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang program yang berkonsepkan Salam Muslim (Santai Rohani) itu.
"Gempak Keluarga Felda menampilkan sedikit kelainan apabila ia menjadikan rancangan berbentuk Islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini," katanya.
Menerusi penganjuran program terbabit, Astro akan mewujudkan zon-zon berbeza bagi menampilkan kepelbagaian, variasi serta bersesuaian mengikut setiap peringkat umur kanak-kanak sehingga golongan dewasa.
Program jelajah yang juga antara inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat Felda, akan meneruskan penjelajahannya di tanah rancangan termasuk Felda Wilayah Terengganu pada 8 Ogos 2015, diikuti Felda Wilayah Trolak (Perak), Felda Wilayah Raja Alias (Negeri Sembilan), Felda Wilayah Segamat (Johor), Felda Wilayah Kuantan (Pahang).- BERNAMA
Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/felda-astro-bekerjasama-anjur-program-jelajah-gempak-keluarga-felda-1.109420
Label:
Astro,
Felda,
Negeri Kedah,
Pendang
Sunday, June 07, 2015
GEL AMANI MALAYSIA : COD - PENDANG, KEDAH
Membantu Ibu & Ayah Kembali Berdiri Dalam Masa 3 Hari
Gel Amani - Berasaskan Dari Perpindahan Teknologi * BIOTEX* Yang Terkenal Di Amerika Syarikat, Berada Di Pasaran MALAYSIA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Gel Amani - Berasaskan Dari Perpindahan Teknologi * BIOTEX* Yang Terkenal Di Amerika Syarikat, Berada Di Pasaran MALAYSIA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Shamsul ( SyamSyun) dari Pendang, Kedah.
Saya nak bantu anda untuk selesaikan masalah di atas.
Sebab saya tahu, kebanyakan antara kenalan kita terutamanya ibu ayah nakkan solat dengan sempurna, dapat sujud tanpa rasa sakit lutut.
Apakan daya, kalau dah sakit tapi:
- Terpaksa bayar kos rawatan mahal.
- Kena dapatkan suntikan untuk tahan sakit tapi sekejap sahaja.
- Terpaksa berulang-alik ke klinik & hospital.
Jika anda hadapi situasi di atas, saya nak bantu anda dengan
memperkenalkan…
GEL AMANI
Penawar untuk sakit lutut, sendi dan Gout.
Gel yang diperbuat getah pokok Pine. 100% natural.
Gel yang diperbuat getah pokok Pine. 100% natural.
- Melegakan sakit lutut akibat kecederaan bersukan dan sebagainya.
- Melegakan sakit-sakit bahagian sendi.
- Mengurangkan sakit tulang.
- Melegakan sakit Gout peringkat awal.
- Membantu atasi masalah kehilangan pelincir dalam lutut.
GEL AMANI
- 1 botol gel Amani mengandungi 60ml.
- Boleh bertahan 3 hingga 4 minggu.
- Bersaiz deodoran dan mudah untuk dibawa.
- 100% kandungannya adalah neutral, tanpa steroid.
KENAPA PERLU CUBA GEL AMANI ?
- Disyorkan oleh Dr. Stanley Jacob.
- 100% dari bahan natural.
- Gel Amani terbukti selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT 140900527K).
BAGAIMANA ? NAK CUBA ?
Anda mesti tertanya-tanyakan, bagaimana cara guna gel Amani ni. Mudah sahaja.
- 1. Bersihkan kawasan yang sakit terlebih dahulu. Adalah lebih baik dibersihkan menggunakan air suam panas.
- 2. Sapu gel Amani di kawasan yang sakit.
- 3. Biarkan terbuka kawasan yang disapu gel itu, kurang lebih dalam 4 hingga 10 minit.
- 4. Gel disapu sebanyak 3 kali dalam sehari.
- 5. Sekiranya sakit anda terlalu kronik, anda dinasihatkan untuk buat sapuan selang 4 jam sekali.
Baik. Anda boleh dapatkan terus melalui kami dengan klik pada butang tempahan di bawah. Tapi, sebelum tu,
Berapa harga ?
RM129.90 sahaja
(Stok terhad. Sekiranya anda membuat pembayaran sebelum jam 3 petang hari bekerja, kami akan membuat pengeposan pada hari yang sama. Lagi cepat anda dapat, lagi cepat anda gunakan gel Amani dan baik.)
MD SHAMSUL BIN AWANG,
No 55, Jalan Setia 2,
Taman Setia,
06700, Pendang, Kedah Darul Aman.
Facebook : https://www.facebook.com/syamsyun
H/p sms / whatsapp : 017-576 3248 / 017-576 3258
Email : syamsyun@yahoo.com / syamsyun@gmail.com
No 55, Jalan Setia 2,
Taman Setia,
06700, Pendang, Kedah Darul Aman.
Facebook : https://www.facebook.com/syamsyun
H/p sms / whatsapp : 017-576 3248 / 017-576 3258
Email : syamsyun@yahoo.com / syamsyun@gmail.com
Jika Berminat Untuk Order..
Bolah Transfer/ Bank In Ke Akaun
- Maybank 152023264055 (MD SHAMSUL BIN AWANG)
- Cimb 7047570706 (MD SHAMSUL BIN AWANG)
Dah Transfer/ Bank In Sila Sms Nama Penuh,
Alamat, Bank, Jumlah & Masa bayaran ke 017-576 3248
Barang Akan Sampai Dalam Masa 3 Hari Waktu Bekerja.
Postage Adalah Percuma.
Terima Kasih
Bolah Transfer/ Bank In Ke Akaun
- Maybank 152023264055 (MD SHAMSUL BIN AWANG)
- Cimb 7047570706 (MD SHAMSUL BIN AWANG)
Dah Transfer/ Bank In Sila Sms Nama Penuh,
Alamat, Bank, Jumlah & Masa bayaran ke 017-576 3248
Barang Akan Sampai Dalam Masa 3 Hari Waktu Bekerja.
Postage Adalah Percuma.
Terima Kasih
Saturday, June 16, 2012
PROGRAM AGENDA TEMPATAN 2012, 21 Jun 2012
PROGRAM AGENDA TEMPATAN 2012
LOCAL AGENDA PROGRAM 2012
TARIKH : 21 Jun 2012
MASA : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
TEMPAT : Pendang Lake Resort, Pendang
TARIKH : 21 Jun 2012
MASA : 7.30 Pagi - 1.00 Petang
TEMPAT : Pendang Lake Resort, Pendang
| 7:30 pg - 8:00 pg | : | Kehadiran dan pendaftaran peserta/Pemeriksaan Kesihatan |
| 8:00 pg - 9:00 pg | : | Aktiviti Senamrobik |
| 9:00 pg - 9:30 pg | : | Kehadiran para jemputan dan VIP |
| 9:30 pg - 9:35 pg | : | Bacaan Doa |
| 9:35 pg - 10:00 pg | : | Ucapan Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang |
| Gimik Pelancaran | ||
| 10.00 pg - 1.00 ptg | : | Persembahan bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula 2012 |
| Cabutan Bertuah (Sesi I) | ||
| Penyampaian Sumbangan/Bantuan bagi Program Nilai-Nilai Murni. | ||
| Anugerah Pengauditan dan Penarafan Bintang Tahap Kebersihan Tandas Awam 2012 | ||
| Cabutan Bertuah (Sesi II) | ||
| Anugerah Pertandingan Tandas Bersih Daerah Pendang | ||
| Anugerah Pertandingan Inovasi Kitar Semula 2012 | ||
| Cabutan Bertuah Seksyen Penilaian (Cukai Pintu) | ||
| Cabutan Bertuah (Sesi III) | ||
| Bersurai. | ||
| Pakaian : Sukan |
ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR
Subscribe to:
Posts (Atom)



























