Sunday, February 28, 2010

'Dia Pandai Simpan Rahsia' Syafiah


IBU mangsa, Siti Nor Hanim Aziz (dua dari kanan) tidak dapat menahankesedihan melihat jenazah Syafiah Humaira di rumah datuk kanak-kanak itu di Kuala Kubu Bharu semalam.

HULU SELANGOR - Datuk kepada kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati didera, Aziz Shahar, 50, terkilan kerana dia pernah melihat kesan kecederaan pada tubuh cucunya itu tetapi mendiamkan diri kerana tidak menyangka ia kesan dipukul.

Aziz yang tidak akan memaafkan perbuatan kejam suspek mendakwa, kaki dan perut cucunya, Syafiah Humaira Sahari ada kesan luka seperti dicucuh dengan puntung rokok kira-kira dua minggu sebelum kanak-kanak itu mati dipukul lelaki tersebut yang juga kekasih ibunya kelmarin.

"Saya pernah tanya dia (Syafiah) tetapi dia cakap luka terjatuh dalam semak,'' katanya di rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) di sini semalam.

Walaupun curiga, Aziz tidak bertanya hal itu kepada ibu mangsa, Siti Nor Hanim Aziz, 25.




Sumber : Kosmo Online

SEMOGA PESALAH DAPAT HUKUMAN SETIMPAL DENGAN APA YANG DIA LAKUKAN...
KALAU BAGI KAT ORANG AWAM BUAT HUKUMAN, AKU PERCAYA DIA KENA PIJAK SAMPAI MATI!!

3 comments:

Anonymous said...

KUALA KUBU BHARU: Perkarangan bilik mayat di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, gempar apabila puluhan ahli keluarga teman lelaki kepada ibu mangsa dilihat menimbulkan kekecohan kerana mempertikaikan hak tuntutan jenazah kanak-kanak malang itu.


BERGELUT... kekecohan antara keluarga Syafia dengan keluarga suspek menggemparkan orang ramai di luar rumah mayat Hospital Kuala Kubu Bharu. Berikutan itu, berlaku pertengkaran lebih 20 minit antara keluarga Syafia dan keluarga teman lelaki ibu mangsa.


Namun, dengan kerjasama pihak berkuasa dan pihak pengurusan hospital, pertikaian itu dapat dileraikan secara aman.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam, puluhan ahli keluarga teman lelaki mangsa dikatakan berkumpul di perkarangan bilik mayat hospital itu sejak jam 8 pagi.


Mereka dikatakan bukan saja menanti keputusan bedah siasat, malah cuba mendapatkan hak menguruskan pengebumian Syafia sehingga tercetusnya kekecohan itu.


Difahamkan, bedah siasat terhadap punca kematian Syafia dilakukan sejak jam 3 petang kelmarin dan disambungkan pagi ini (semalam) sehingga jam 11 pagi.


Datuk mangsa, Aziz Sahar, 50, berkata tindakan mereka adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.


“Dia (Syafia) adalah cucu saya dan kami sekeluarga adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menguruskan majlis pengebumiannya.


“Malah, jika difikirkan secara logik pun mereka tidak patut masuk campur dalam urusan ini. Lagipun suspek adalah punca kepada kematian Syafia,” katanya.


Aziz berkata, keluarganya tidak menghalang keluarga teman lelaki kepada Siti Nurhanim hadir pada hari pengebumian itu, namun mereka tidak perlu masuk campur dalam urusan itu.

MiSz MaNja said...

nama ja manusia.. tapi perangai macam setan la org yg buat ni.. xberhati perut btul.. dah nak kat mak dia.. kena la terima kahwin ngan ahli keluarga sekali..

Anonymous said...

suspect dan mak mangsa pun sama sahaja.. kedua-duanya yg patut mati..bukan anak kecil itu.. bodoh punya mak mcm tu.. setan punya lelaki.. Allah swt xkan pernah meredhai apa yg tlh mereka lakukan hingga matinya anak kecil itu.