Showing posts with label EPL. Show all posts
Showing posts with label EPL. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Man Utd Kalah 0-1, Manchester City mara ke akhir Piala FA




LONDON 17 April – Manchester City mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan kelab jirannya, Manchester United 1-0 di Stadium Wembley, awal pagi ini.

Gol tunggal City hadir menerusi rembatan kencang Gneri Toure Yaya pada minit ke-52.

United pula terpaksa bermain 10 orang selepas Paul Scholes dibuang pada pada minit ke-72.

City yang kali terakhir menjulang trofi Piala Liga pada 1976, akan berdepan dengan pemenang antara Stoke City dan Bolton 14 Mei ini. - AFP 

Sumber : Utusan Malaysia Online
NAMPAKNYA.. RAMALANKU BENAR... MANCHESTER UNITED KALAH....

Wednesday, March 02, 2011

Chelsea tewaskan United 2-1



LONDON, 2 Mac - Chelsea menghangatkan kembali perlumbaan merebut takhta Liga Perdana England apabila menang ke atas Manchester United 2-1 hasil jaringan penalti kontroversi Frank Lampard pada minit ke 79 di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Walaupun ketinggalan satu gol hasil jaringan Wayne Rooney pada minit ke 29, Chelsea bangkit dengan gol penyamaan melalui pemain pertahanannya dari Brazil, David Luiz pada minit ke-54.

Penyandang juara itu berjaya menjaringkan gol kemenangan, apabila Yuri Zhirkov dijatuhkan pemain United, Chris Smalling dalam petak penalti dan membuka ruang kepada Lampard untuk menjaringkan gol kemenangan.

Bagaimanapun kekalahan malam semalam masih tidak menggugat kedudukan Manchester United yang mendahului dengan 60 mata, empat mata di hadapan Arsenal. Manakala Manchester City di tangga ketiga dengan 50 mata.

Chelsea kini berada di tangga ke empat mengutip 48 mata. - REUTERS

Sumber : Utusan Malaysia Online
YAHOOOOoooOO.... CHELSEA MENANG LAWAN MANCHESTER UNITED 2-1..

Saturday, February 12, 2011

Kelab Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dalam proes untuk DIJUAL


Glazer jual Man Utd dengan harga RM8 bilion?

PEMILIK Manchester United, keluarga Glazer dikhabarkan sedang dalam proses untuk menjual kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kepada Qatar Holdings dengan nilai £1.6 bilion (RM8 bilion).

Menurut sebuah akhbar tempatan, pemilik United dari Amerika Syarikat, kini sedang ‘tawar-menawar’ tetapi proses itu pada dasarnya sudah dipersetujui dan bakal menyaksikan pelabur dari Amerika itu akan membuat untung hampir dua kali ganda berbanding £790 juta (RM3.95 bilion) yang mereka bayar ketika membeli kelab itu pada 2005.

United sedang bersiap-sedia untuk berdepan pasukan sejiran Manchester City yang turut dimiliki pelabur kaya-raya dari Timur Tengah, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dan mungkin perlawanan sejiran itu menjadi perlawanan terakhir United di Old Trafford di bawah regim Glazer.
Glazer kurang digemari sejak enam tahun lalu, malah pernah dibantah ketika mengambil alih kelab itu kerana peminat setia bimbang pemilik dari Amerika itu akan meletakkan United di ambang risiko dalam jangka masa panjang.

Akhbar melaporkan Glazer membuka tawaran dengan harga £2 bilion tetapi menerima tawaran £1.6 bilion dan sumber dalaman memberitahu, rundingan pembelian oleh Qatari Holdings - rangkaian pelaburan milik keluarga diraja Qatar yang diketuai Emir Sheikh Hamad - hampir menjadi kenyataan tetapi United terus menafikannya.

Pengarah Komunikasi United, Phil Townsend kelmarin, menegaskan tiada tawaran dibuat.

“Tiada sebarang usaha dibuat untuk membeli Manchester United dan usaha ini juga tidak dialu-alukan,” katanya kepada media.

Qatar Holdings mempunyai pelbagai hartanah di England termasuk Kedutaan Amerika di London dan kompleks membeli belah mewah Harrods, yang dibeli daripada pemilik Fulham, Mohamed Al Fayed tahun lalu. – Agensi

Sumber : Berita Harian Online
 
MANCHESTER UNITED NAK KENA JUAL.. APA REAKSI PEMINAT MAN UTD  ?

Sunday, February 06, 2011

Manchester United kalah di tangan pasukan tercorot, Wolverhampton Wanderers


Wolves calar rekod Man Utd


LONDON: Wolverhampton Wanderers melakukan kejutan Liga Perdana Inggeris apabila menewaskan pendahulu liga, Manchester United 2-1, awal pagi tadi, sekali gus memusnahkan rekod tanpa kalah United musim ini.

United yang bertandang ke Wolves yang kini kelab tercorot liga, memperoleh gol awal menerusi Nani pada minit ke-3 tetapi George Elokobi menyamakan kedudukan enam minit kemudian.
Wolves memperoleh gol kemenangan menerusi Kevin Dolye pada minit ke-40.

Dengan keputusan itu, Arsenal yang mencatat keputusan seri 4-4 dengan Newcastle merapatkan jurang tiga mata dengan United yang masih di tangga teratas liga. - Agensi

Sumber : Berita Harian Online, livescore

REKOD MAN UTD LEBUR... HAHA

Wednesday, December 01, 2010

Manchester United Kena belasah dengan West Ham 0-4

West Ham belasah Manchester United

 


LONDON: Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menjaringkan dua gol untuk West Ham membelasah juara bertahan Manchester United 4-0 dan mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga manakala Arsenal turut layak selepas menewaskan Wigan 2-0 pagi tadi.

Bekas pemain United, Jonathan Spector, menjaringkan gol pada separuh masa pertama sebelum Cole menambah dua lagi gol selepas rehat untuk West Ham yang berada di tempat tercorot Liga Perdana Inggeris.

Arsenal kini menjadi pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan itu apabila gol sendiri Antolin Alcaraz dan jaringan Nicklas Bendtner memastikan Wigan tersingkir. - AP

Sumber : Berita Harian Online

MANCHESTER UNITED KENA BELASAH.... APA SUDAH JADI ?

Sunday, November 21, 2010

20 November 2010 : Chelsea Kalah Lagi, Chelsea 0 - 1 Birmingham

Giliran Birmingham aibkan Chelsea 1-0

( Lee Bowyer meraikan jaringannya )

LONDON: Lee Bowyer menjadi wira Birmingham City apabila gol tunggalnya membolehkan kelabnya menumpaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea 1-0, sebentar tadi.

Ia kejutan kedua berlaku dalam saingan liga hari ini apabila sebelum itu Arsenal yang di tempat kedua juga kalah kepada Tottenham Hotspur 3-2.

Penjaga gol Birmingham, Ben Foster pula mempamerkan kecemerlangan apabila banyak menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi serangan Chelsea yang bertubi-tubi.

Meskipun tewas, Chelsea masih kekal di tempat teratas liga dengan 28 mata daripada 14 perlawanan, sama mata dengan Manchester United tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol. - Agensi

Sumber : Berita Harian Online
KALAH LAGI.. GARA-GARA RAMAI PEMAIN UTAMA CEDERA..

Saturday, November 13, 2010

Tahniah!! Pengulas Sukan : Hasbullah Awang dapat gelaran Datuk

Info lewat untuk korang semua peminat blog SYAMSYUN84..

Info terbaru yang aku dapat tahu ( mungkin korang dah tahu ) iaitu pengulas sukan RTM dapat gelaran datuk. Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Tahniah!! Haji Hasbullah Awang, Pengulas sukan RTM yang sering mengulas setiap acara sukan dalam RTM. Tak kenal ? Tak berapa pasti siapa Haji Hasbullah Awang ni ? Tengok gambar dia kat bawah ni.... Juga berita dari Utusan Malaysia... Layan...





 -----------------------------------------------------------------------


KUANTAN 23 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului senarai 1,211 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-80 di Istana Abu Bakar, Pekan esok.

Beliau dianugerahi Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK) yang kebiasaannya hanya diterima kaum kerabat diraja.

Majlis istiadat itu turut menyaksikan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dianugerahi Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Kehormat yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pula merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang dianugerahi Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman antara 19 penerima darjah kebesaran SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SSAP ialah Pengarah Target Sdn. Bhd., Datuk Tengku Nong Suraya Almarhum Sultan Abu Bakar, Datuk Tengku Sulaiman Almarhum Sultan Abu Bakar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Abu Samah Nordin, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Mohamed Khalid Yusuf, Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Datuk Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Ab. Aziz Kasim.

Penerima lain, Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz, Pengerusi Proton Holdings Bhd., Datuk Nadzmi Mohd. Salleh dan bekas Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Shahron Ibrahim.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John masing-masing dianugerahkan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 11 individu menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya yang juga isteri Pengerusi Kumpulan Utusan, Puan Sri Zaiton Mhad Ali dan seniman tanah air, Datuk Mustafa Maarof atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof yang juga Pengarah Urusan Warna Motion Pictures & Marketing Sdn. Bhd.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan, peguambela dan peguamcara, Datuk Ti Lian Ker, seorang lagi peguam kanan dan aktivis sosial, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Zulkefli Hassan dan Panglima 3 Divisyen, Datuk Razali Ahmad turut menerima DSAP.

Penerima anugerah DSAP kehormat yang juga mendapat gelaran Datuk dianugerahkan kepada dua individu iaitu Duta United Arab Emirates ke Malaysia, Nasser Salman Nasser Abd. Alla Al-Aboudi dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia, T. Jasudasen.

Seramai 41 individu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya, penerbit filem terkenal tanah air yang juga pelakon, Datin Rosnani Jamil atau nama sebenarnya Rosnani Ludin.

Selain itu, Pengarah Urusan PSK Vega Sdn. Bhd., Mazran Abu Bakar @ Bajang, pengulas sukan terkenal, Hasbullah Awang dan bekas wartawan The Star, Datin Faridah Begum K.A. Abdul Kader turut dianugerahi DIMP.

Seramai 31 penerima dianugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 76 menerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 59 menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 179 menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dikurniakan kepada 157 penerima, 185 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 382 bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sumber : Utusan Malaysia Online

TAHNIAH DATUK HAJI HASBULLAH AWANG....
PENGULAS SUKAN PALING POPULAR DI RTM...

Tuesday, October 19, 2010

Pasukan Chelsea akan ke Malaysia pada Julai 2011

Pasukan Chelsea iaitu pendahulu liga ketika ini akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Skuad Pasukan Pilihan Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Julai 2011.

 VS



Chelsea bertemu Malaysia 21 Julai depan

KUALA LUMPUR: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad pilihan Malaysia XI pada 21 Julai tahun depan dalam program pra musim Siri Jelajah Asia 2011 pasukan itu ke rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam, iaitu promoter Siri Jelajah Chelsea ke Asia, dalam kenyataan hari ini berkata perlawanan itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, pasukan "Blues" itu juga telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Trofi Asia Barclays di Hong Kong bagi melengkapkan jelajah pra musim pasukan itu tahun depan.

Kejohanan Trofi Asia Barclays itu disertai oleh Aston Villa, Blackburn Rovers, kedua-dua pasukan EPL dan juara Divisyen Satu Hong Kong pada 27 hingga 30 Julai depan.

Kam berkata, sebuah program menyeluruh akan dirangka bagi menyambut ketibaan pasukan Chelsea ke Kuala Lumpur dan harga tiket perlawanan akan dimaklumkan kemudian. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online

APA KATA KALAU PASUKAN YANG MENANG PIALA MALAYSIA MUSIM INI LAWAN DENGAN CHELSEA, APA PENDAPAT KORANG ?

LIKE FACEBOOK!! ?

Monday, October 18, 2010

Liverpool Kalah Lagi, Kali Ni Dengan Everton ( Liverpool 0-2 Everton )

Everton benam Liverpool

( Tim Cahill meraikan gol yang dihasilkannya )

LONDON: Liverpool tewas 2-0 kepada Everton dalam pertarungan Merseyside ketika gergasi bola sepak Inggeris itu memulakan era baru dengan kehampaan.

Gol oleh Tim Cahill dan Mikel Arteta dalam setiap babak permainan memberi mata penuh kepada Everton yang melonjak ke tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool terus terbenam ke tempat kedua tercorot.

Dengan pemilik baru dari Amerika Syarrikat, John W Henry, menyaksikan perlawanan itu di Goodison Park, Liverpool gagal menjelmakan kemenangan yang diharapkan selepas drama perundangan yang berakhir dengan pengambilalihan kelab itu.

Kekalahan itu bermakna pasukan Roy Hodgson hanya meraih enam mata daripada lapan permainan musim ini, satu petanda betapa sukarnya cabaran yang dihadapi Henry dan kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool. - AFP

Perlawanan lain, Blackpool 2-3 Man City

Sumber  : Berita Harian Online
LIVERPOOL KALAH LAGI, KALI NI DENGAN EVERTON..
APA MASALAH SEBENARNYA KELAB NI ? PEMAIN BINTANG X DAK KA ?
ATAU BANYAK PEMAIN BINTANG INJURED ?? APAPUN, LIVERPOOL KENA BANGKIT SELEPAS INI.. KALAU TIDAK, BERKURANGAN LA SOKONGAN KE ATAS KELAB LIVERPOOL....