Saturday, November 13, 2010

Tahniah!! Pengulas Sukan : Hasbullah Awang dapat gelaran Datuk

Info lewat untuk korang semua peminat blog SYAMSYUN84..

Info terbaru yang aku dapat tahu ( mungkin korang dah tahu ) iaitu pengulas sukan RTM dapat gelaran datuk. Haji Hasbullah Awang merupakan seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia yang berkhidmat dengan Radio Televisyen Malaysia. Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Beliau lebih dikenali sebagai pengulas untuk acara-acara sukan tempatan mahupun luar negara. Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Tahniah!! Haji Hasbullah Awang, Pengulas sukan RTM yang sering mengulas setiap acara sukan dalam RTM. Tak kenal ? Tak berapa pasti siapa Haji Hasbullah Awang ni ? Tengok gambar dia kat bawah ni.... Juga berita dari Utusan Malaysia... Layan...





 -----------------------------------------------------------------------


KUANTAN 23 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendahului senarai 1,211 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-80 di Istana Abu Bakar, Pekan esok.

Beliau dianugerahi Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang (DK) yang kebiasaannya hanya diterima kaum kerabat diraja.

Majlis istiadat itu turut menyaksikan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter dianugerahi Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) Kehormat yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pula merupakan penerima pertama dalam sejarah Pahang dianugerahi Sri DiRaja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Seri DiRaja.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Luar, Datuk Anifah Aman antara 19 penerima darjah kebesaran SSAP yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima SSAP ialah Pengarah Target Sdn. Bhd., Datuk Tengku Nong Suraya Almarhum Sultan Abu Bakar, Datuk Tengku Sulaiman Almarhum Sultan Abu Bakar, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Abu Samah Nordin, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, Datuk Mohamed Khalid Yusuf, Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Datuk Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Ab. Aziz Kasim.

Penerima lain, Panglima Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd. Zin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, Pengarah Urusan Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz, Pengerusi Proton Holdings Bhd., Datuk Nadzmi Mohd. Salleh dan bekas Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Shahron Ibrahim.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datin Madinah Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John masing-masing dianugerahkan darjah kebesaran Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Seramai 11 individu menerima anugerah Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kerja Raya yang juga isteri Pengerusi Kumpulan Utusan, Puan Sri Zaiton Mhad Ali dan seniman tanah air, Datuk Mustafa Maarof atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof yang juga Pengarah Urusan Warna Motion Pictures & Marketing Sdn. Bhd.

Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, Datuk Solah Mat Hassan, peguambela dan peguamcara, Datuk Ti Lian Ker, seorang lagi peguam kanan dan aktivis sosial, Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Zulkefli Hassan dan Panglima 3 Divisyen, Datuk Razali Ahmad turut menerima DSAP.

Penerima anugerah DSAP kehormat yang juga mendapat gelaran Datuk dianugerahkan kepada dua individu iaitu Duta United Arab Emirates ke Malaysia, Nasser Salman Nasser Abd. Alla Al-Aboudi dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia, T. Jasudasen.

Seramai 41 individu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya, penerbit filem terkenal tanah air yang juga pelakon, Datin Rosnani Jamil atau nama sebenarnya Rosnani Ludin.

Selain itu, Pengarah Urusan PSK Vega Sdn. Bhd., Mazran Abu Bakar @ Bajang, pengulas sukan terkenal, Hasbullah Awang dan bekas wartawan The Star, Datin Faridah Begum K.A. Abdul Kader turut dianugerahi DIMP.

Seramai 31 penerima dianugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 76 menerima Setia Mahkota Pahang (SMP), 59 menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 179 menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dikurniakan kepada 157 penerima, 185 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 382 bagi Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Sumber : Utusan Malaysia Online

TAHNIAH DATUK HAJI HASBULLAH AWANG....
PENGULAS SUKAN PALING POPULAR DI RTM...

No comments: