Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Sunday, April 03, 2011

Tahniah !! Amy Search dipilih menjadi Pengetua AF9

 Amy Search

Pelajar Akademi Fantasia AF9

KUALA LUMPUR 2 April - Teka-teki Pengetua Akademi Fantasi 9 (AF9) terjawab apabila Astro Ria mengumumkan Amy iaitu bekas vokalis kumpulan Search sebagai penyandang jawatan dalam program realiti TV itu.

Sumber : Utusan Malaysia Online

TAHNIAH AMY SEARCH... 
BUAT YANG TERBAIK UNTUK INDUSTRI TANAHAIR...


Thursday, April 08, 2010

Filem Homoseksual Pertama Tempatan Tunggu Kelulusan LPF

KUALA LUMPUR: Filem bertemakan homoseksual pertama Malaysia mungkin memasuki pawagam tempatan tidak lama lagi, selepas kerajaan meringankan sekatan tapisan yang menyekat industri filem di negara ini sejak sedekad.

Walaupun filem berbahasa Melayu tidak memaparkan babak seks secara jelas mahupun adegan bercium, tayangannya bakal memberikan kebebasan kepada media popular di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam untuk mengorak langkah, di mana ramai pihak bimbang ia akan dipengaruhi konservatisme Islam.

“Dalam Botol, atau ‘In A Bottle’, berkisarkan kisah seorang lelaki yang mempunyai hubungan dengan rakan lelakinya berdepan masalah apabila beliau menjalani pembedahan menukar jantina,” kata pengarah filem itu, Raja Azmi Raja Sulaiman, yang turut menulis cerita berkenaan berdasarkan pengalaman seorang rakannya.

“Kami mengambil risiko. Saya berasa bimbang. Kami tidak tahu sama ada sekiranya Lembaga Penapisan Filem (LPF) filem itu masih membenarkan kami menayangkan filem ini akhirnya,” katanya. - AP

Sumber : Berita Harian Online
LEPAS ATAU TIDAK FILEM NI UNTUK DITAYANGKAN DI PAWAGAM ??
APA PENDAPAT KORANG ?

Friday, February 12, 2010

AF8, Pengacara Termuda, Wanita Pertama






AKADEMI Fantasia kembali lagi untuk musim kelapan. Selepas mengumumkan pengetuanya yang disandang oleh Norman Abdul Halim, pengacara baru Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley serta barisan tenaga pengajar lain di Hotel Hilton Kuala Lumpur Selasa lalu, ternyata AF8 bakal memaparkan konsep yang lebih segar.




Menariknya AF8 kali ini, selain menggunakan dua khidmat pengacara pada malam konsert, para penonton juga diberi peluang untuk menikmati persembahan konsert AF8 terlebih dahulu sebelum menghantar undian.
Ini memandangkan keputusan penyingkiran akan diadakan pada hari berikutnya melalui siaran langsung Debaran AF.



BARISAN tenaga pasukan AF8, dari kiri, Adnan Abu Hassan, Fatimah Abu Bakar, Que Haidar, Linda Jasmin, Norman Abdul Halim, Sarimah Ibrahim, Jimmy Shanley dan Siti Hajar Ismail.



Suatu perubahan yang agak besar juga, dalam mencari bintang AF yang berkualiti, supaya penonton juga tidak akan bosan dengan elemen-elemen baru yang diselitkan nanti.

Kehadiran Norman sebagai pengetua juga mungkin akan menampakkan kelainan memandangkan, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios itu semestinya begitu mementingkan kualiti suara serta imej yang lengkap agar boleh 'dijual' dalam industri muzik tempatan.

Menurut Norman yang turut serta dalam pencarian bakat pelajar AF, dia tidak mahu pelajar-pelajar yang bakal bernaung dalam AF8 akan keluar dengan ilmu yang kosong.

"Saya ada cara yang tersendiri untuk melatih pelajar-pelajar AF8. Pertama sekali, saya mahu mereka kenali diri untuk melihat konsep lagu apa yang sesuai untuk diri masing-masing. Pihak kami (tenaga pengajar) akan memberi arah kepada mereka agar tidak terpesong daripada landasan AF8.

"Saya juga percaya, bila keluar dari AF8 nanti, tak semua yang akan jadi penyanyi. Mungkin mereka akan jadi pengacara, pelakon atau penyampai radio, tetapi saya akan pastikan mereka tidak akan keluar dan terus senyap tanpa khabar berita. Saya mahu mereka bertahan dalam dunia seni tempatan.


JIMMY merupakan pengacara Akademi Fantasia termuda buat masa ini.



"Dalam pada itu, tiga bulan dalam AF8 mungkin dapat memberi peluang untuk mengubah kehidupan mereka dalam mencapai sesebuah matlamat.

"Dari segi pemikiran bisnes pula, kami serta pelajar-pelajar perlu tahu aliran apa yang mereka mahu bawa sebelum melangkah masuk ke industri seni supaya mereka tidak rugi nanti. Kami juga tidak mahu melihat seorang lagi Stacy atau Mawi," tegas Norman.

Tambah anggota kumpulan trio KRU itu lagi, tenaga pengajar AF8 juga tidak boleh menjanjikan para pelajar bahawa mereka akan menjadi seorang superstar kerana ia bergantung kepada minat, usaha dan disiplin diri pelajar tersebut.

Kejutan Que

Dalam pada itu, kehadiran pelakon popular serta pengumuman nama Que Haidar sebagai salah seorang tenaga pengajar AF8 mengejutkan ramai pihak.

Ramai yang menganggap, mungkin kerana isterinya, Linda terlibat sebagai guru tari AF8, maka pengambilan Que sekadar satu pakej untuk memudahkan kerja pihak Astro dan mungkin dari segi bayaran kepada suami isteri itu.

Bagaimanapun, bagi Que, dia enggan berfikiran negatif kerana memikul tanggungjawab untuk jawatan Jurulatih Drama dalam AF8 membuatkan dirinya tidak sabar berkongsi pengalaman dalam bidang lakonan dengan para pelajar AF8 nanti.

"Saya ada juga terfikir, orang ramai pasti menganggap Astro menggunakan (memanipulasi) kami. Namun, itu adalah pemikiran yang negatif. Pengalaman saya dalam lakonan sebenarnya lebih daripada 10 tahun.



PENGLIBATAN Jimmy, Norman dan Sarimah dalam AF8 dijangka menyuntik elemen baru yang lebih segar.



"Kalau nak tahu, saya selalu menonton AF dan mengambil ilmu daripada cikgu-cikgu lakonan untuk memperbaiki lakonan saya.

"Pada masa yang sama, saya bertanya pada diri sendiri, kenapa mereka tidak panggil saya untuk mengajar budak-budak AF? Tak sangka pula, saya benar-benar turut serta dalam pengajar AF8 kali ini.

"Apa pun, saya dapat rasa yang saya boleh jadi cikgu lakonan yang baik. Walaupun saya gementar, tapi saya sudah bersedia untuk menunaikan tanggungjawab saya," katanya.

Lakar sejarah

Tumpuan utama AF8 kali sudah tentu kepada pengacara yang diberi tanggungjawab mengantikan khidmat pengacara AF sebelum ini, AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim.

Dua nama ini melakar sejarah sebenarnya. Sarimah, 32, merupakan pengacara wanita pertama AF, sementara Jimmy, 30, pula merupakan pengacara AF termuda.

Biarpun cabaran menunggu, namun dengan pengalaman Sarimah dan Jimmy, mereka dijangka memberi sentuhan baru dalam program realiti paling popular ini.

Menurut Jimmy, dia percaya tugasan pengacara AF8 yang bakal dilunaskannya bersama Sarimah mampu menghiburkan penonton, memandangkan kedua-dua mereka mempunyai keserasian yang agak kuat.

"Jangan ingat lain pula," ujar Jimmy sambil ketawa, seolah-olah bimbang andai dia tiba-tiba disalah anggap
punya hubungan emosi dengan Sarimah.

"Kami memang sangat akrab dan kerjasama ini pasti akan memeriahkan suasana. Selamatlah, kami telah dibahagikan kerja pada malam konsert. Kalau tidak, saya percaya kami pasti akan berebut untuk mahu bercakap," jelas Jimmy.

Dalam pada itu, Sarimah pula berasa terharu apabila dia diberi kepercayaan untuk mengendalikan AF8 bersama Jimmy.

"AF8 kali ini sangat berbeza dengan pengalaman saya mengendalikan Diari AF sebelum ini.
"Sepanjang 13 tahun mengacara saya tidak pernah rasa terharu seperti yang dirasakan sekarang ini," ungkap Sarimah.

Tambahnya: "Kebetulan pula bekerjasama dengan Jimmy pasti akan memberi nafas baru dan keunikan tersendiri."

Sumber : Kosmo Online

BANYAK PERUBAHAN MUSIM KE LAPAN NI KAN...
PENAMPILAN PENGACARA BERGANDINGAN LELAKI DAN WANITA....
SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN AKADEMI FANTASIA MUSIM KE -8

Thursday, November 26, 2009

Mamat dijamin bakal mertua?

Mamat dijamin bakal mertua?


MAMAT didakwa mencuri telefon seorang pelakon di Singapura.


RASANYA ramai juga yang sudah tahu tentang kes yang hangat dilaporkan akhbar di Singapura beberapa hari sudah yang melaporkan bekas vokali Exist, Mamat, telah ditangkap kerana mencuri telefon bimbit seorang pelakon asal Singapura. Penyanyi Untukmu Ibu itu khabarnya telah diikat jamin oleh salah seorang saudaranya.

Buat masa ini, kes Mamat masih lagi dalam siasatan polis di negara jiran dan Marilyn difahamkan, pelakon itu ingin menggugurkan dakwaan terhadap Mamat kerana kasihan akan nasib dan cemuhan yang bakal diterima oleh keluarga serta anak-anaknya.

Apa yang Marilyn mahu ceritakan di sini, Marilyn mendapat maklumat bahawa 'saudara' yang mengikat jamin Mamat bukanlah saudaranya yang sebenar.

"Sebenarnya, Mamat dijamin oleh ibu kepada kekasihnya sendiri. Alah, kekasih yang baru berumur 16 tahun yang Kosmo! dedahkan itulah. Kononnya wanita yang menjamin Mamat itu takut anak perempuannya dimalukan kerana mendapat kekasih seperti Mamat sebab itu dia sanggup menjamin," beritahu satu sumber hebat Marilyn sayup-sayup di corong telefon. Sumber ini pun orang seberang juga.

Marilyn diberitahu, ibu kepada kekasih Mamat juga sangat menyayanginya selain selalu memberi nasihat tentang perceraian Mamat dengan isterinya, Shila yang sudah beberapa bulan ditinggalkan Mamat di Kuala Lumpur.

"Isteri Mamat juga pernah dicaci maki oleh wanita itu kononnya cuba mengganggu hidup anaknya itu. Pelik juga aku, sepatutnya isteri Mamat yang patut marah dekat 'bakal ibu mertua dan budak sekolah itu, sekarang sudah terbalik pula," keluh sumber Marilyn.

Alahai Mamat, ingatkan pergi ke Singapura, mahu membina tapak perniagaan, tetapi lain pula ceritanya. Jika betullah cerita ini, Marilyn harap Mamat cepat-cepat sedar dan ikut ke jalan yang benar.

Sumber : Kosmo Online

ARTIS ARTIS........

Tuesday, November 24, 2009

Perang buang lemak bermula!




JURULATIH program, Kristy (kiri) dan Dave.





Di Amerika Syarikat, program realiti ini sudah berjalan selama lapan musim. Popularitinya turut dapat dilihat di United Kingdom dan Australia yang sudah menayangkan tiga musim program yang diberi judul The Biggest Loser itu.

Timur Tengah serta Netherlands sudah melahirkan empat juara untuk program sama. Malah, negara-negara seperti Brazil, Hungary, India, Israel, Mexico, New Zealand, Slovakia dan Afrika Selatan juga tertarik dengan format menarik program realiti yang diisi dengan peserta obesiti.

Menjadi satu-satunya program yang memerlukan pesertanya menguruskan badan untuk menang, kini tiba giliran masyarakat Asia untuk bertanding. The Biggest Loser Asia telah memulakan sesi uji bakat dijalankan di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia dari penghujung bulan Julai hingga pertengahan Ogos lalu.

Namun, daripada 2,000 orang yang hadir, hanya 30 orang dipilih untuk menjadi peserta program realiti itu. "Kami menawarkan peluang kepada seorang peserta bertuah bukan sahaja untuk memperbaiki secara drastik kualiti hidupnya tetapi juga menjadi jurucakap bagi menangani masalah obesiti di Asia.

"Tidak dilupakan juga pemenang akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak AS$100,000 (RM338,000) dan sebuah kereta jenama Renault," kata Pengarah Urusan NBC Universal Global Networks Asia Pasifik, Raymund Miranda pada sidang media mempromosikan program itu.



PENGACARA, jurulatih dan mereka yang berada di belakang tabir penerbitan The Biggest Loser Asia.



The Biggest Loser Asia akan ditayangkan setiap pukul 9 malam, setiap Selasa bermula malam ini di saluran Hallmark (Astro 702). Kesemua peserta akan berlatih di bawah dua jurulatih profesional, Dave Nuku dan Kristy Curtis.

"Mereka perlu mengurangkan berat badan yang dikumpul selama ini. Ia satu perjalanan yang emosi bagi peserta kerana mereka bukan sahaja akan mendapat berat badan ideal malah memperolehi keyakinan diri untuk meneruskan hidup.

"Ini kerana ramai yang hadir memberitahu mereka bukan sahaja mempunyai masalah kesihatan tetapi sentiasa ditindas serta diketawa kerana berat badan. Maka, ramai di antara mereka yang hidup dalam kesedihan," jelas Raymund mengenai program yang pertama kali diterbitkan untuk peserta Asia.

Merangkumi 14 episod, program itu juga mahu menyampaikan mesej kepentingan mengurangkan berat badan terutama kandungan lemak. Kesemua peserta berada dalam kem di Melaka dan akan menjalani program diet serta latihan fizikal lain.

Peserta akan dicabar dari segi mental dan fizikal. Mereka perlu menyertai program kesihatan, mengubah rutin hidup yang mewah, tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit dan Internet, diet secara sihat dengan maksimum 1,500 kalori sehari dan pastinya senaman.



PENGACARA The Biggest Loser Asia, Sarimah Ibrahim.





Ia bukan senang kerana mereka akan digoda dengan makanan sedap dan setiap pergerakan mereka akan diawasi kerana penerbit mahu mereka berubah selama-lamanya. Dibahagikan kepada dua kumpulan dan terdapat penyingkiran pada setiap episod, The Biggest Loser Asia dihoskan oleh Sarimah Ibrahim dan akan disaksikan oleh penonton di beberapa buah negara Asia.

Mahu mengetahui siapa antara 30 peserta yang berjaya menyertai program itu? Jangan lupa untuk menyaksikan The Biggest Loser Asia dan mengikuti perjalanan cerita peserta kegemaran anda.











Sumber : Kosmo Online

JOM SAMA-SAMA KITA BUANG LEMAK BERKRIM PADA BADAN KITA....

Tuesday, November 17, 2009

Seks Sebelum Kahwin



AMRITA RAO



AKTRES Amrita Rao yang bersungguh-sungguh mahu meninggalkan imej wanita baik, baru-baru ini telah membuktikan bahawa dia boleh melakukannya.

Menjadi penghias muka untuk majalah The Man edisi November 2009, Amrita membuat satu kenyataan mengejutkan peminatnya.

Amrita yang memainkan watak pengantin pemalu dalam filem Vivaah memberitahu dalam temu bual majalah itu, “Saya tidak rasa ia satu keburukan pasangan kekasih melakukan seks sebelum berkahwin. Jika terdapat perasaan romantik, pasangan itu pastinya mahukan hubungan intim.

“Asalkan kedua-dua mereka selesa dan ada mengambil langkah berjaga-jaga.”

Komen Amrita dikritik hebat oleh pemimpin politik, media dan peminatnya kerana tidak sensitif.

Sumber : Kosmo Online

ARTIS LA KATAKAN. BIASA LA....
NAMA PUN ARTIS.....

Syanie Tak Pandai Bergaya




"SAYA sedar berat badan naik mendadak sejak di bangku sekolah lagi. Paling tidak boleh lupa, dulu saya bedal nasi ikut sedap. Semakin lama, badan semakin berisi macam dipam-pam," luah Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 35, ketika ditemui di syarikat produksi milik ibunya, Nizarman (M) Sdn. Bhd. di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini.

Keadaan menjadi semakin buruk, lebih-lebih lagi selepas ibu bapanya bercerai. Akibat tekanan dan tidak dapat menerima hakikat, Syanie mula makan pelbagai jenis makanan tanpa mengira masa.

"Masa kecil saya manja dengan ayah dan rapat dengan mummy. Sejak itu, bila rasa sedih dan menangis, saya akan makan," kata anak kepada penerbit filem Ruhani Abdul Rahman itu.

Hubungannya dengan ahli keluarga sangat rapat. Selepas ibu bapanya bercerai, Syanie mula rapat dengan adik perempuannya, Syarina. Apa sahaja masalah akan dikongsi bersama.

Ketika berusia 11 tahun, berat badannya meningkat sebanyak 70 paun (31 kilogram). Anak sulung daripada lima beradik itu juga memberitahu, pernah ada orang tersalah anggap yang dirinya sudah remaja. Sedangkan umurnya pada masa itu baru berusia 12 tahun.

Syanie sentiasa merasakan dirinya tidak pernah normal sejak kecil. Disebabkan memiliki badan yang besar, dia mula malu untuk bercakap dengan orang. Malah, menjadi seorang yang sangat sensitif.

Rezeki berlakon
Keadaan itu berterusan sehingga Syanie masuk ke Kolej Sunway, di Petaling Jaya, Selangor pada usia 18 tahun. Dia yang tidak mempunyai ramai teman semakin rasa terasing dan tertekan.


SYANIE mudah penat setiap kali selepas menjalani rakaman program televisyen atau drama.


"Setiap kali habis kelas saya akan pulang ke rumah. Jarang sekali melepak dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan.

"Saya rasa diri kecil sangat kalau hendak dibandingkan dengan orang lain. Sewaktu remaja, saya tak tahu bergaya. Pakai baju pun tak ikut fesyen," katanya yang mengakui sering diperhatikan ketika di kolej.

Biarpun pandai dalam pelajaran, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia tidak dapat menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan, Syanie memperoleh tawaran berlakon dalam drama Sayang Si Montel daripada Azmah Advertising selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selepas itu, dia pernah mendapat jemputan daripada pengarah Aziz M. Osman untuk menjayakan dua episod drama Cili Padi.Nama Syanie mula dikenali selepas menjayakan drama arahan Azwan Ali iaitu Lontong dan Sambal.

Cepat penat
Menceritakan kesukaran dihadapi sepanjang membawa beban badan yang besar, Syanie menyatakan dia sukar mencari saiz baju, kasut dan seluar yang sesuai. Sehinggakan dia terpaksa membeli pakaian dalam di luar negara.

"Apabila badan sudah terlalu besar, nak berjalan pun payah. Jadi, pada tahun 2006 saya ada makan pil. Saya gembira kerana berat badan turun. Tetapi selepas saya berhenti makan pil tersebut, berat badan bertambah sebanyak 70 kilogram (kg). Lebih daripada berat badan sebelum ini.

"Saya juga menghadapi masalah setiap kali pergi ke set penggambaran. Saya sering merasa gementar untuk keluar dari kereta dan berjumpa dengan orang," kata Syanie yang enggan mendedahkan berat badannya ketika itu.

Dia juga sering penat setiap kali menjayakan rakaman drama. Sebaik sahaja pengarah menjerit 'cut', dia akan segera mendapatkan kerusi berdekatan untuk duduk dan berehat.


SAIZ tubuh yang besar membuatkan Syanie berasa rendah diri.

Pada bulan November tahun lalu, dia menghadapi masalah kerap terjaga pada waktu malam (obstructive sleep apnea). Setiap kali tidur pada waktu malam, dia akan terjaga kerana sesak nafas.


Kadangkala, Syanie boleh terjaga beberapa kali. Ini menyebabkan dia merasa mengantuk pada siang hari. Jelasnya, pernah semasa duduk bersembang dengan orang dia boleh terlelap.

Gastric bypass
Takut dengan masalah yang dihadapinya, Syanie pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu, setiap kali dia tidur, oksigen tidak sampai ke otaknya sebanyak 70 kali. Disebabkan kesukaran dan masalah kesihatan yang dihadapi, dia nekad mengubah gaya hidupnya.

Berat badannya ketika ini telah berkurang sebanyak 45kg. Ia semakin berkurangan selepas dia melakukan pembedahan gastric bypass bagi memendekkan ususnya. Itu pun selepas mengambil masa selama setahun untuk memikirkannya.

"Pembedahan itu tidak ada kena mengena untuk tampil cantik. Semuanya kerana soal ingin menjaga kesihatan. Doktor cakap, umur boleh jadi pendek jika berat badan melampau.

"Selain itu, mereka yang berbadan besar juga cenderung menghidap penyakit jantung, asma, kencing manis dan darah tinggi," kata pelakon yang pernah mendirikan rumah tangga selama enam tahun tetapi tidak berkekalan.

Doktor juga ada memberitahunya mengenai kemungkinan berlakunya kebocoran usus selepas pembedahan.
Alhamdulillah, selepas melakukan pembedahan gastric bypass dia tidak mengalami sebarang komplikasi.

Namun, bukan mudah untuk doktor melakukan pembedahan ke atas Syanie. Disebabkan terlalu banyak lemak, doktor menyarankan supaya dia mengurangkan berat badan sebanyak 10kg.

Dalam tempoh sebulan sebelum pembedahan, dia cuma makan sup, Nestum dan roti. Syanie juga berenang untuk mengurangkan berat badan. Bertekad untuk kurus dan sihat, dia sanggup menahan lapar.


PEMBEDAHAN yang dilaluinya bukan untuk tampil cantik, sebaliknya ingin menjaga kesihatan.


Bersikap positif
Kini, selepas hampir lima bulan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya ternyata berat badannya semakin berkurang.

Selain pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit, Syanie juga rajin bersenam.

"Nafsu makan masih macam dulu. Kadang-kadang saya ambil nasi penuh sepinggan dengan dua ketul ayam dan lauk-lauk lain. Tetapi selepas menjamahnya dua atau tiga suap, saya sudah kenyang," katanya.

Syanie menyeru kepada individu yang bertubuh besar agar jangan sesekali berasa rendah diri dan tidak berani mencuba untuk menguruskan badan.Tanamkan sikap positif dalam diri.

Biarpun sifat malu dalam diri masih tebal, namun Syanie meminta supaya golongan senasib dengannya membuang dan melawan semua perasaan tersebut. Walaupun pernah diketepikan dan dicemuh, anggaplah itu semua sebagai cabaran untuk mematangkan diri.

"Berani mencuba apa saja yang ingin dilakukan. Saya pernah teringin menaiki Roller Coaster. Pergi beli tiket dan cuba duduk di kerusi Roller Coaster tersebut tetapi malangnya tak muat.

"Kalau tidak berani mencuba, kita tidak tahu kemampuan diri sendiri," katanya yang kini sudah boleh memandu kereta selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang.

Sumber : Kosmo Online

GEMUK??
ANDA BAGAIMANA ??
KURUS ATAU GEMUK ??
KALAU GEMUK, SUSAH DAPAT JODOH KE ???

Saturday, November 14, 2009

Resort spa Linda Onn

Dikuasai warna merah dan hitam, sesiapa yang melangkah ke dalam banglo mewah Linda Onn akan dicengkam aura keyakinan, keberanian dan kekuatan yang menawan hati tetapi penuh misteri.





"SAYA sendiri masih tidak percaya ini semua suatu kenyataan," tutur Linda Onn membuka pintu bicara mengenai kediaman barunya di Setiahills yang terletak di Bukit Indah, Ampang.

Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000 kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.

Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga RM3.6 juta.



DARI ATAS IKUT ARAH JAM: KAMAR mandi peribadi pemilik kediaman yang berkonsep vila spa Bali.
SUASANA malam di kediaman mewah Linda.
LINDA mencurahkan idea sendiri dalam menata rias kediaman barunya.



"Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang agak tinggi," akui Linda, 32.

Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, "Namun, apabila mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut) sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan membelinya untuk dijadikan aset terbaru."

Bersatu dengan alam
Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur. Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar, keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala tekanan hidup.
Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.


ATAS: PERHATIKAN kolam mandi yang terletak dalam jarak hanya satu langkah daripada sofa di ruang tamu yang luas dan selesa ini.
BAWAH KAMAR beradu Linda yang memiliki saiz melebihi saiz apartmen atau kondominium biasa.



Dinding ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik sederhana besarnya yang membina struktur belakang banglo itu bukan dibina dengan konkrit tetapi diwakili pintu kaca gelungsur telus pandang, yang apabila disingkap akan betul-betul mendedahkan bahagian dalaman rumah kepada dunia luar.

Bayangkan ini. Selangkah sahaja di belakang sofa di ruang tamu ialah kolam mandi yang lengkap dengan jakuzi. Kolam mandi tersebut dibina memanjang dari ruang tamu sehingga ruang makan dan pemandangan kedamaian kolam tersebut boleh dinikmati daripada bilik yang bersambung dengan ruang makan itu.

Melangkah pula dari ruang makan ialah zon bersantai yang menghadap kolam. Sempat Linda menjamu krew Jurnal menikmati juadah makanan di situ. "Terasa seperti sedang dalam percutian pula," sahut jurugambar, Nooradzrene Mohd. Noor.

Melangkapkan suasana resort banglo Linda itu ialah sebuah gazebo, selain sebuah taman mini yang bersambung dengan ruang tamu di bahagian kanan rumah.

"Persekitaran kolam dan gazebo ini adalah antara ruangan yang paling saya suka di banglo ini selain dari bilik tidur saya di atas," ujarnya mengenai banglo yang memiliki lima bilik - satu di bawah dan empat di tingkat atas serta sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.








Curahan idea peribadi
Meraih layanan kelas pertama, krew Jurnal sempat merasai betapa empuknya tilam di katil bilik utama Linda. Saiz bilik beradu Linda itu kalau dibuat perbandingan adalah lebih luas daripada sebuah apartment atau kondominium dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.

Uniknya bilik tidur ini menepati ciri-ciri resort spa Bali dengan bilik mandinya yang amat luas dan terbuka - justeru, ia turut bersatu dengan alam.

Keluasan bilik tidur utama ini digandakan dengan pintu kaca gelangsar telus pandang dan beranda bersaiz mega yang menghadap bahagian belakang banglo dan menuju terus kepada pemandangan kehijauan bukit.

"Apabila mula-mula melihat ruangan dalam banglo ini saya terus terfikir, nampaknya saya perlu menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman. Namun, apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya sendiri," ujar Linda.

Menjadikan majalah-majalah dan program-program dekorasi di televisyen sebagai rujukan, Linda mengambil masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya berjaya memercikkan idea bagi menata rias seluruh ruangan banglo tersebut.

"Saya membuat tinjauan di kedai-kedai perabot, lampu, aksesori sehingga akhirnya mendapat barangan yang menepati kehendak saya bagi dekorasi banglo ini," katanya.

Mengulas mengenai penataan warna, Linda memberitahu, "Sememangnya warna hitam dan merah adalah warna kegemaran saya. Merah mewakili tiga sifat - yakin, berani dan kuat, manakala hitam pula menawan dan misteri.

Tambahnya, "Sesiapa yang melangkah ke kediaman saya ini akan merasai aura gabungan kelima-lima elemen tersebut."

Persinggahan sementara
Umum mengetahui Linda turut membawa ibu dan bapanya tinggal bersamanya sejak dia mula-mula membuka bisnes francais restoran nasi ayamnya yang terkenal itu, My Mom's Chicken Rice sejak lima tahun lepas.

"Selama ini, Linda tinggal dengan ibu dan bapa di rumah jenis berkembar di kawasan perumahan mewah Beverly Heights di Ukay Perdana.

"Sebagai anak bongsu, ibu bagi Linda ibarat nyawa Linda. Ibu selalu kata, 'Linda ni tak kahwin-kahwin juga sebab jadi baby girl semula'," seloroh Linda sambil mengukir senyuman di bibir.


SESIAPA yang berpeluang menghuni di bilik tidur di tingkat bawah banglo ini, pasti merasakan seolah-olah sedang dalam percutian di sebuah resort.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.
RUANG menonton televisyen di tingkat atas banglo dengan balkoni yang menghadap panorama kehijauan bukit.



Linda yang mengumumkan bakal membuka empat lagi cawangan My Mom's Chicken Rice - dua di Melaka dan dua di Johor dalam pada itu mengakui ibunya, Saadiah, 67, lebih suka tinggal di Beverly Heights kerana selain sudah lama tinggal di sana, kejiranan di situ amat disenangi ibunya itu.

"Di Beverly Heights, hubungan sesama jiran sangat akrab dan saling mengunjungi khususnya apabila ada ada kenduri-kendara atau sambutan hari perayaan seperti Aidilfitri.

"Buat sementara waktu, banglo baru saya ini saya jadikan sebagai rumah persinggahan. Sebab itulah ada ruang yang belum sepenuhnya dihias, seperti bahagian balkoni bilik utama yang masih kosong lagi," jelasnya yang turut memberitahu antara perabot yang dibawa dari rumah lama ke kediaman di Setiahills itu termasuklah sofa dan meja makan.
"Banglo ini sejuk suasananya, dan memanglah lebih luas berbanding rumah di Beverly Heights. Tapi suasananya sunyi," ujar ibu Linda, Saadiah, ketika diminta mengulas mengenai aset terbaru anaknya itu.
Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, "Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai."

Jika ibunya sudah berpuas hati dengan pencapaian Linda selaku anak bongsunya, bagaimana pula dengan Linda?

Adakah dia sudah berpuas hati memiliki banglo mewah tersebut ataupun mahu membeli kediaman yang lebih mewah di masa hadapan nanti?

"Saya hanya jual banglo ini kalau harganya mencecah RM7 juta," ujar Linda berseloroh.
Melahirkan isi hatinya, akui Linda, "Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.

"Ia sememangnya memberikan kepuasan seratus peratus apatah lagi dekorasinya adalah hasil curahan idea saya sendiri. Banglo ini sememangnya rumah impian saya."

Sumber : Kosmo Online

BEST TAK JADI ARTIS ???

Thursday, November 12, 2009

Datuk Malaysia gilakan Andy Lau


ANDY LAU

BERITA ini sudah pastinya mengejutkan sesiapa sahaja yang membacanya. Jangan terkejut kerana Andy Lau yang kini sudah mendirikan rumah tangga secara rahsia dengan teman wanita lamanya, Carol Chu terus 'diintip' oleh peminat fanatik.


Bukan calang-calang kerana pemuja setia kepada si lelaki idaman ramai kaum wanita itu merupakan seseorang yang bergelar Datuk dari Malaysia. Hebat bukan?

Menurut laporan media Hong Kong, Andy menerima lamaran daripada wanita berpangkat itu untuk menghabiskan satu malam bersama kerana hati wanita kaya itu sudah tertawan dengan penghibur terkenal tersebut.

Biarpun begitu, lelaki berusia 47 tahun itu menolak dengan baik pelawaan wanita itu apatah lagi dia cukup menjaga keharmonian rumah tangganya dengan Carol yang sebelum ini turut diganggu oleh mafia Hong Kong yang cuba mengugut dengan bermacam-macam cara.

Andy yang memulakan kerjaya seninya pada tahun 1983 menerusi drama bersiri, Return Of The Condor Heroes terus meraih perhatian peminat sehingga menjangkau ke negara Asia lain. Dalam waktu sama, Andy cukup dicintai oleh orang ramai termasuk dari Malaysia sendiri.

Kegilaan wanita bergelar Datuk itu menjadi parah apabila dia sering mengekori walau ke mana sahaja Andy berada. Kehadiran Andy ke Malaysia untuk mengikuti rangka promosi filem atau bertentang mata dengan peminat menjadi peluang terbaik kepada Datuk itu untuk mendekatinya.

Bahkan, Datuk itu juga sering menerima akses penuh untuk berada di belakang pentas bagi menemui Andy. Dia terus mencuba pelbagai cara semata-mata mahu merapati Andy meskipun mengetahui lelaki itu sudah berkahwin.

"Daripada sikapnya yang sedikit luar biasa membuatkan saya awal-awal lagi menyedari bahawa Datuk ini punya agenda tersembunyi mendekati saya sambil mengatakan dia merupakan peminat fanatik saya.
"Sangkaan saya tepat apabila suatu hari Datuk ini mengajak saya menghabiskan satu malam berdua-duaan. Menolak dengan baik ajakan wanita ini, saya memberikan alasan terlalu penat selepas bekerja dan mahu kembali ke bilik hotel untuk berehat," jelasnya.

Sumber : Kosmo Online

KAT MALAYSIA KAN RAMAI LAGI JEJAKA

Wednesday, November 11, 2009

Sumpah Tidak Rampas Suami Orang




ORANG lain yang bercerai, orang lain pula yang terima tempiasnya. Itulah yang terjadi kepada pelakon jelita yang semakin meningkat naik Eira Syazira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 25.

Dalam diam, tiba-tiba namanya terus berada di carta wanita perampas suami orang gara-gara dia dituduh sebagai punca utama penceraian pelakon Wan Sharmila Wan Muhamad dengan suaminya Fazli Bahrom seorang penerbit syarikat produksi Radius One.

Anak kelahiran Kuala Lumpur itu terkejut apabila dia dikatakan orang ketiga yang merampas suami kepada rakannya sendiri sedangkan dia hanya tahu penceraian Wan Sharmila melalui laporan akhbar.

"Saya terkejut sebab ramai yang bertanyakan hal yang sama kepada saya. Saya pelik kenapa nama saya tiba-tiba dikaitkan dengan penceraian mereka. Tetapi ada kawan beritahu di Internet sudah tersebar luas kononnya sayalah punca utama mereka bercerai," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Skrin 2009 baru-baru ini.

Mungkin khabar angin kurang enak itu bertebaran kerana Eira pernah digosipkan bersama Fazli sebelum ini dan banyak berlakon di bawah produksi Radius One termasuk memegang watak utama dalam drama terbarunya Cinta Balqis yang tengah hangat disiarkan di TV3 yang juga terbitan produksi yang sama.
Meskipun Fazli pernah tampil dan menafikan wujudnya orang ketiga dalam keruntuhan rumah tangganya, namun semua itu belum cukup untuk menutup mulut-mulut orang yang tidak berhenti menuduh Eira sebagai puncanya.

"Saya mengaku memang saya sedih dan marah dengan orang yang buat cerita ini. Tetapi saya nak buat macam mana, kalau beribu kali saya cakap bukan saya puncanya orang masih tidak percaya.

"Sebagai seorang wanita dan apatah lagi rakan kepada Wan Sharmila saya tidak tergamak untuk melukakan hati wanita lain dan suami orang bukanlah pilihan saya.

"Mungkin kerana dulu ada gosip kononnya saya bercinta dengan seorang penerbit walhal mana ada. Saya masih solo," ujarnya dalam nada serius.


EIRA meminta bukti daripada orang yang menuduh dia sebagai perampas suami Wan Sharmila.


Tegas Eira lagi, dia berani bersumpah bahawa dia bukanlah orang ketiga yang dimaksudkan, malah dia turut bersedih dan tumpang simpati terhadap nasib yang menimpa rakannya itu.

"Saya boleh bersumpah, saya langsung tidak ada kena mengena dengan penceraian mereka. Memang saya banyak berlakon dengan produksi Radius One tetapi hubungan saya dan Fazli profesional tidak lebih sebagai artis dan penerbit," jelasnya.

Tegasnya lagi, jika ada pihak yang masih menuduhnya menjalinkan hubungan dengan bekas suami Wan Sharmila, Eira dengan berani meminta bukti ditunjukkan kepadanya.

"Saya pun tidak tahu nak kata apa. Saya tidak pernah keluar berdua atau pergi tonton wayang ke dengan Fazli. Kalau betul saya perampas pasti sudah lama gambar saya dikeluarkan," katanya.

Baik dengan Wan Sharmila
Meskipun orang menuduhnya sebagai perampas suami rakannya sendiri tetapi hubungannya dengan Wan Sharmila masih lagi baik seperti biasa. Itu, sebagai bukti bahawa dia bukanlah perampas seperti yang dihebohkan.

Malah, ketika di belakang tabir sebelum menjayakan pelancaran majlis Anugerah Skrin 2009 di Hotel Sunway Resort & Spa mereka masih lagi boleh berbual seperti biasa.

"Saya dan Wan pernah rapat sebab berlakon dalam drama Sindarella dan bila kami berjumpa di belakang tabir untuk menjayakan pelancaran Anugerah Skrin, kami masih berbual seperti biasa dan bertanya khabar.
"Sebenarnya sebelum ini ketika gosip kononya saya bercinta dengan penerbit keluar, kami selesaikan dengan baik kerana saya jenis yang suka bertanya terus. Wan pun faham dan tidak menyalahkan saya. Bila orang tuduh saya perampas pada saya cukuplah orang terdekat dan Wan yang tahu perkara sebenar," ucap Eira jujur.

EIRA berlakon sebagai Balqis dalam drama siri terbarunya Cinta Balqis.


Walaupun cerita itu tidak benar, Eira tetap berasa tertekan kerana dipandang serong oleh masyarakat sekelilingnya.

Kata Eira lagi, dia tidak biasa menjadi bahan gosip kerana namanya jarang termasuk dalam ruangan gosip. Bahkan, dia berharap kontroversi terbaru itu tidak akan mengganggu perkembangan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

"Memang saya agak tertekan sebab orang yang tidak tahu cerita akan pandang serong kepada saya. Tetapi saya masuk dunia lakonan bukan kerana glamor tetapi kerana minat. Jadi saya ketepikan semua itu dan fokus pada kerjaya," luahnya.

Ditanya andai dia berjodoh dengan suami orang, Eira hanya tersenyum seraya berkata: "Tidak mahulah, kalau boleh minta di jauhkan. Bagi saya jika kita merampas hak orang suatu hari nanti perkara yang sama akan berlaku pada kita."

Eira sebagai Balqis
Berlakon dalam drama Cinta Balqis yang disiarkan di slot Akasia merupakan satu cabaran besar buat Eira kerana wataknya sebagai Balqis seorang gadis yang bekerja di ladang kelapa sawit.

Berlakon di samping suami pelakon Diana Rafar iaitu Zamarul Hisyam juga membuatkan Eira berasa kaget di samping pelakon-pelakon senior yang lain.

SEBAGAI rakan kepada Wan Sharmila (kanan), Eira tidak sanggup untuk menjadi perampas kebahagiaannya.


"Satu pengalaman yang berharga buat saya kerana pada awal cerita ini saya berlakon sebagai gadis kampung manakala pada pertengahan cerita pula kerja saya asyik menangis.

"Jalan ceritanya agak menyayat hati, tetapi alhamdulillah dengan tunjuk ajar pengarah Heykal Hanifah dan pelakon-pelakon lain saya dapat lakukan dengan baik," katanya.

Drama 44 episod itu telah mula ditayangkan di TV3 setiap 6.30 petang.

Sebelum berlalu pergi, ditanya pada Eira mungkinkah selepas ini dia serik untuk berlakon lagi di bawah produksi Radius One Eira berkata: "Saya tidak salah buat apa saya melarikan diri. Kalau saya buat begitu nampak macam saya pula yang bersalah. Selagi ada rezeki saya akan bekerja dengan mana-mana produksi termasuklah Radius One."

Sumber : Kosmo Online

SUKA DUKA ARTIS

Monday, November 09, 2009

Cerita ciuman Mamat


UMUM sedia maklum, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Untukmu Ibu, Mamat Exist atau nama sebenarnya, Mohd. Ali Kamarudin, sedang bersendirian tanpa isteri dan anak-anak di sisi sejak beberapa bulan yang lalu.

Pergolakan rumah tangga yang berlaku antaranya dan isteri, Marshila Mustapa Kamal, membuatkan kedua mereka tidak lagi tinggal sebumbung dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk dirinya, isteri serta tiga orang anaknya iaitu, Aleeya Mysara, 7, Mohd. Eiki Daniell, 5 dan Dylea Mysara, 3.

Mamat telah membawa diri ke kota Singapura untuk mencari peluang perniagaan serta menyiapkan album barunya di sana.

Sehingga kini, Mamat belum nampak petanda-petanda positif yang akan berlaku kepada keluarga yang dibinanya sejak lapan tahun dahulu.

Bagaimanapun, saat Mamat cuba menenangkan fikiran untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik buat keluarga, ada khabar angin mengatakan Mamat sudah menemui pengganti cinta baru di Singapura.

Malah, Mamat dilihat sering bersama kekasihnya ke mana-mana sahaja serta dikatakan pernah berciuman di khalayak ramai.

Sejauh mana kebenaran itu, Kosmo! telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.
Mengakui dia mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita yang sangat memahaminya, bagaimanapun Mamat menolak yang mereka sedang mempunyai hubungan yang serius.

"Saya akui, sepanjang berada di Singapura, saya mempunyai seseorang yang faham dan mengambil berat tentang saya. Hakikatnya kami tidak mempunyai ikatan yang serius.

"Cuma dia faham apa yang saya sedang alami. Kami berkawan bukan berniat untuk merosakkan rumah tangga saya. Kami cuma rapat, bukan bercinta.

"Saya juga akui memang saya ada ramai teman wanita, tetapi bukan yang istimewa. Takkan nak berkawan pun tak boleh," tegas Mamat.

Tambahnya, khabar angin tentang ternampak dirinya sedang berciuman dan bermesra di khalayak ramai adalah tidak benar sama sekali.

"Saya tahu batasan saya. Terpulanglah apa orang nak cakap, yang penting, saya masih menjaga rumah tangga saya," katanya.

Masih lagi tidak tinggal sebumbung dengan isteri, Mamat mungkin akan menemui jalan penyelesaian pergolakan rumah tangganya di mana dia sendiri tidak sanggup untuk lakukan.

Pada tarikh 19 November ini, Mamat dan Marshila terpaksa membawa masalah mereka ke Mahkamah Syariah untuk menyelesaikan konflik yang dialami mereka berdua.

Cerai atau tidak, Mamat sendiri tidak tahu keputusannya. Bahkan, dia sendiri tidak pernah mengungkap perkataan berat itu lagi.

"Penceraian bukanlah satu perkara yang boleh dimain-mainkan. Sebab itu saya dan isteri memberi ruang kepada masing-masing untuk berfikir sama ada mahu mengekalkan ikatan suami isteri ataupun tidak.

"Saya pun tak berani nak cerita tentang hal ini lebih-lebih sebab kalau boleh, saya tidak mahu rumah tangga saya runtuh.

"Saya sayangkan anak-anak dan isteri. Mana tahu, ketika perbicaraan nanti, ada perkara positif yang akan berlaku antara kami dan bolehlah kami hidup dalam satu keluarga seperti dahulu.

"Tapi setakat ini, hati saya mengatakan tiada yang positif akan berlaku nanti. Bagaimanapun saya terima dengan reda kerana ini semua ketentuan Ilahi," jelasnya.

Enggan memberitahu punca keretakan rumah tangganya, Mamat menganggap hal rumah tangganya terlalu peribadi untuk diketahui umum.

Apa pun, seboleh-bolehnya penyanyi itu tidak mahu orang ketiga dipersalahkan. Antara mereka, mungkin tiada lagi persefahaman dalam memainkan peranan sebagai suami isteri.

"Sejak saya dalam industri muzik, saya tidak ada pun gosip-gosip berkaitan bermain kayu tiga. Gosip ini satu perkara yang baru untuk saya dan saya pun tidak boleh nak mengelak.

"Isteri saya juga hampir mempercayai khabar angin yang tersebar di Internet. Tetapi selepas berbincang dan menerangkan perkara yang sebenar, dia faham.

"Yang penting sekarang anak-anak. Mereka masih kecil lagi untuk memahami keadaan kami. Bagaimanapun, anak sulung kami, Alia, dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan ibu dan ayahnya.

"Dia akan menangis setiap kali saya meluangkan masa dan meninggalkan mereka," tuturnya yang akan menerima sebarang keputusan di mahkamah dengan reda.

Rezeki di Singapura
Tidak tahu apa yang bakal terjadi dengan masalah rumah tangganya di mahkamah nanti, Mamat bagaimanapun perlu meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Mahu melebarkan pemikiran mengenai perniagaan hartanah, Mamat masih lagi tidak lupa dengan bidang muzik yang disayanginya itu.

Hasil penghijrahan selama tujuh bulan ke Singapura, Mamat sibuk dengan proses rakaman albumnya.
"Alhamdulillah rezeki saya banyak di Singapura. Kini saya di bawah label Life Records Singapura. Tidak lama lagi lagu duet saya bersama penyanyi Singapura, Noryz berjudul Kerna Setiaku akan diedarkan di stesen radio Singapura dan Malaysia.

"Selepas itu lagu solo saya berjudul Bintang Cinta akan menyusul. Untuk album kali ini, saya merakamkan lagu-lagu evergreen tahun 50-an.

Sumber  : Kosmo Online

ARTIS CERAI LAGI.....

Maafkan dia? Bukan sekarang


PERANG antara pelakon Nora Danish dan pelakon kontroversi Fasha Sandha yang dikatakan menjadi punca utama penceraian pelakon comel itu dengan suaminya Rizal Ashram Ramli bukan lagi rahsia.


Walaupun ketika sesi sidang media drama popular Spa Q yang kini bertukar judul kepada Spa Qistina dua artis jelita itu dilihat masih 'berperang dingin' namun, persoalannya bergandingan bersama dalam sebuah drama adakah perang mereka sudah tamat?

Sebelum ini walaupun diganding bersama dalam drama tersebut hanya Fasha yang menghadirkan diri pada sidang media itu sedangkan bayang Nora tidak kelihatan. Ia seolah-olah menggambarkan status hubungan mereka masih dingin lantaran enggan bersua muka antara satu sama lain.

Namun kenyataan Nora dalam satu temu bual minggu lalu membayangkan mungkin ada bibit damai antara mereka. Nora tanpa dipaksa membuat pengakuan sudi memaafkan Fasha ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah Skrin baru-baru ini.

"Saya memang nak maafkan dia tetapi ambil masa. Akhirnya hati saya lega terbuka hati untuk memberi kemaafan kepada dia tetapi bukan sekarang, saya perlu tunggu sampai masa yang sesuai," ujar Nora dalam nada perlahan.

Bagaimanapun Nora memberitahu kemaafan itu haruslah berlaku tanpa dipaksa dan dia juga tidak mahu apa yang terjadi terhadap mereka berdua dimanipulasikan sesetengah pihak.

"Saya tidak mahu kemaafan ini berlaku di hadapan kamera atau disebab oleh perkara lain. Saya mahu biarlah kemaafan ini berlaku secara semula jadi tanpa dipaksa dan dilakukan dengan ikhlas. Biarlah kemaafan itu terjadi dengan sendirinya. Apa yang sudah terjadi saya anggap ia takdir.

"Saya juga tidak mahu orang mengambil kesempatan atas apa yang telah terjadi terhadap saya kerana saya ingin menjalani hidup dengan tenang tanpa sebarang gangguan," ucap Nora jujur.

Belum bertemu Fasha
Pasti ramai kalangan penonton mahu menyaksikan Nora dan Fasha beraksi dalam satu babak yang sama dalam drama popular itu, tetapi kata Nora pertemuan yang diharapkan itu masih belum terlaksana.

"Setakat hari ini saya masih belum ada sesi penggambaran dengan dia dan kami belum dipertemukan lagi. Sepanjang penggambaran semuanya berjalan dengan lancar cuma tergendala seketika kerana masalah produksi dan akan disambung semula tidak lama lagi," katanya.

Tambah wanita berusia 27 tahun ini lagi, dia menerima tawaran untuk berlakon dalam Spa Qistina bukan kerana publisiti meluas yang bakal diraih sementelah ketika tawaran dibuat dia langsung tidak tahu Fasha turut terlibat.

"Saya terima tawaran berlakon dalam drama Spa Qistina kerana ia ditawarkan oleh Global Station Sdn. Bhd. dan kerana Kak Ton (Datin Zaiton Mohd. Jiwa). Saya memang teringin untuk berlakon dalam drama terbitan Kak Ton.

"Sebelum ini, saya hanya berlakon drama terbitan Aziz M.Osman sahaja, kiranya ini merupakan langkah baru saya. Semasa terima watak itu, saya tidak tahu pun dia berlakon tetapi apabila diberitahu saya tidak kisah kerana saya bekerja secara profesional," ujar Nora.


BARISAN pelakon Spa Qistina (dari kiri) Riezman, Keifli, Faradhiya dan Nanu.


Nora wanita teraniaya?
Drama bersiri 13 episod arahan Zulkifli Arshad itu bakal ditayangkan bukan lagi di stesen percuma TV3 tetapi di Astro dengan menampilkan Nora sebagai Maya yang akan berkahwin dengan watak Dafi.

Seorang wanita yang bahagia pada awal perkahwinan bagaimanpun rasa tergugat apabila suaminya beralih tumpuan kepada wanita lain.

Pelbagai cara dilakukan untuk menambat semula hati suaminya termasuklah mengupah pengawal upahan untuk memantau tindak-tanduk suaminya itu.

Apabila disoal jalan cerita wataknya seolah-olah melakonkan wataknya sendiri, Nora bagaimana enggan komen dan hanya mengatakan sebagai pelakon dia hanya mengikut kehendak skrip yang diberi kepadanya.

Mungkin pengalaman yang dilalui Nora membuatkan dia sering diberi watak wanita baik dan wanita teraniaya. Tidak pernah sekali dalam kerjaya lakonannya, dia diberi watak antagonis. Alasan yang sering diberikan pengarah adalah wajah yang nampak baik.

Menjawab kenyataan itu, Nora tidak menafikan perkara tersebut tetapi sekadar membetulkan kenyataan di atas Nora mengatakan watak baik diterima bukan sahaja selepas penceraian, malah sebelum berkahwin dia memang banyak menerima tawaran untuk watak baik.

"Kalau boleh saya nak watak yang lebih mencabar tetapi rezeki dapat banyak watak baik, sebelum kahwin dan bercerai pun memang selalu dapat wanita baik.

"Saya tidak kisah tetapi kalau boleh memang suka watak lain dari yang lain macam watak jahat tetapi apa boleh buat pengarah kata muka saya muka baik (ketawa)," terangnya.

Selain Spa Qistina, Nora yang bakal terlibat dalam sebuah filem terbitan David Teo dan menjadi pengacara untuk sebuah program carta muzik Bollywood yang berjudul Bolly 10 di Astro menceritakan, meskipun sudah kembali sibuk dia langsung tidak ada masalah untuk menjaga anak tunggalnya Putera Rayqal, 11 bulan.

Ini kerana Rayqal dijaga bergilir-gilir oleh ibunya dan juga bekas ibu mertuanya.

"Saya bertuah kerana dikurniakan bekas keluarga mertua yang cukup memahami dan mengambil berat pasal saya dan Rayqal.

"Walaupun saya dan suami tidak panjang jodoh tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan begitu baik. Saya bahagia dengan apa yang dimiliki hari ini," ucap Nora dalam senyuman.

NORA masih belum bertemu masa yang sesuai untuk memaafkan Fasha.


Drama kontroversi
Menurut Penerbit Eksekutif Global Station, Adila Ramly, dia mengakui sejak Spa Q sehinggalah ditukar nama kepada Spa Qistina drama tersebut sering dilanda kontroversi.

Bukan sahaja kerana jalan cerita tetapi juga disebabkan kisah peribadi setiap pelakon yang menjadi perhatian penonton sekali gus menyumbang kepada jumlah rating.

Bagaimanapun tegas Adila meskipun barisan pelakon drama terbitannya itu tidak pernah lari daripada kontroversi tetapi jika jalan cerita yang dihidangkan kepada penonton tidak menepati selera mereka, pasti drama tersebut tidak akan mendapat perhatian.

"Saya mengakui segala kontroversi yang wujud menyumbang kepada populariti dan rating drama Spa Q dulu. Tetapi harus diingat bukan kontroversi mata-mata yang menyumbang kepada populariti drama ini tetapi juga jalan cerita dan kekuatan lakonan yang ditonjolkan setiap pelakon," ujarnya.

Tambahnya melalui Spa Qistina, pihaknya juga akan menemukan dua pelakon yang sebelum ini satu Malaya sudah tahu perang dingin tidak pernah surut antara mereka dek kontroversi peribadi iaitu Nora Danish dan Fasha Sandha.

"Mungkin orang nampak kami sengaja nak timbulkan lagi kontroversi dengan menyatukan mereka berdua tetapi mereka dipilih kerana kesesuaian watak," ungkapnya.

Spa Qistina telah memulakan penggambaran pada 19 Oktober lalu dan dijangka selesai 20 November ini.

Bakal ditayangkan pada tahun depan, namun, pihak Astro masih belum menetapkan saluran untuk menyiarkan drama bersiri popular itu.

Selain Nora yang pertama kali terlibat dalam Spa Qistina pelakon baru lain yang dibawa masuk ke dalam drama itu adalah Nanu Baharuddin (Qistina), Fasha Sandha (Frieda), Amyza Aznan (Kathy), Riezman Khuzairi (Dr. Zulfadzli), Ainul Aishah (Vina), Watie Sadali (Ninie), Adiputra (Fahmi) Keifli AF3 (Aril) dan Wan Raja (Tarmizi).
Sungguhpun begitu, pihak penerbitan masih mengekalkan muka-muka lama dalam Spa Qistina iaitu Azizah Mahzan selaku Marlia, Faradhiya (Julia), Nik Zaris Nellydya (Melissa), Fazren Rafi (Dafi), Jasmin Hamid (Sofiera) serta Kenchana Dewi (Sheila).

Sumber : Kosmo Online

SPA Q KEMBALI ....

Tuesday, November 03, 2009

Filem 'This Is It' raih RM346.33 juta


LOS ANGELES: Filem Michael Jackson, This Is It mengumpul AS$101 juta (RM346.33 juta) di seluruh dunia dalam tempoh lima hari pertama dan pengedarnya Sony melanjutkan filem selamat tinggal untuk ikon Amerika Syarikat itu melebihi dua minggu.

Filem itu melancarkan minggu 'Halloween' dengan menduduki tangga nombor satu dengan kutipan AS$21.3 juta (RM73.04 juta) pada pembukaan hujung minggu, menurut anggaran studio itu, kelmarin.

Filem tempat pertama hujung minggu sebelumnya, sensasi seram bajet rendah keluaran Paramount, 'Paranormal Activity', jatuh ke nombor dua dengan kutipan AS$16.5 juta (RM56.6 juta), meraih kutipan keseluruhan AS$84.8 juta (RM290.78 juta).

This Is It meraih kutipan tayangan tempatan berjumlah AS$32.5 juta (RM111.44 juta). Filem itu menarik kutipan AS$68.5 juta (RM234.89 juta) di luar negara termasuk AS$10.4 juta (RM35.66 juta) di Jepun; AS$6.3 juta (RM21.6 juta) di Jerman; AS$5.8 juta (RM19.89 juta) di Perancis dan AS$3.2 juta (RM10.97 juta) di China.

"Beliau dicintai di seluruh pelusuk muka bumi ini," kata Rory Bruer, ketua pengedaran Sony. "Tidak kira jika ia di Asia, Afrika, Australia, Eropah, Amerika Selatan. Setiap benua di dunia cintakannya dan muzik yang dibawanya."

Di Britain, tempat Jackson merancang siri 50 konsert maraton di London bermula Julai lalu, filem itu mencapai kutipan AS$7.6 juta (RM26.06 juta).
This Is It mendedahkan persembahan di belakang tabir Jackson beberapa minggu sebelum kematiannya Jun lalu, ketika beliau berlatih lagu yang menjadi hits terbesarnya untuk persembahan di London.

This Is It pada awalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam hanya dua minggu. Studio terbabit melanjutkan tayangannya beberapa minggu lagi di sini, sehingga hujung minggu sambutan Hari Kesyukuran, satu daripada musim paling sibuk tayangan filem.

Sony merancang melanjutkan tayangan This Is It di luar negara dan ada kemungkinan tayangannya sehingga tiga minggu, kata Bruer.

Studio berkenaan membayar AS$60 juta (RM205.74 juta) untuk hak tayangan filem sehinggalah rakaman latihan Jackson, satu pelaburan dalam filem yang dikumpulkan selama beberapa hari.
"Mereka bertaruh AS$60 juta untuk filem ini dan mendapat AS$101 juta dalam tempoh lima hari," kata Paul Dergarabedian, penganalisis pemecah blok bagi Hollywood.com. "Ia adalah satu perjudian dan pertaruhan yang mendapat pulangan lumayan," katanya. � Agensi

Wednesday, October 14, 2009

Peserta Sehati Berdansa 3



Segala teka-teki telah berakhir apabila 9 pasangan selebriti kanberentap dalam program realiti tarian popular, Sehati Berdansa 3 (SB3)yang akan memulakan siarannya mulai 17 Oktober ini.

Mereka yang terpilih adalah Sazzy Falak & Nazril Idrus; Anita Baharom & Ismadi Ismail; Isma & Zul; Enot & Zainul; Dira & Ash; Mirnawan Nawawi & Noorah Mokhsin; Oshin & Firdaus Shukor; Syed Hussein & Noor Diyana; Didie & Isham Ismail.

Pengumuman senarai peserta telah diadakah sebentar tadi di Hotel Sunway Resorts, dengan dihadiri oleh semua pasangan terbabit.

Programpopular siaran Astro Ria ini akan kembali menemui peminat bermula 17Oktober ini, jam 9 malam menerusi program pengenalan iaitu KenaliPasangan Sehati Berdansa 3.

Sekali lagi murai.com.my dipilihsebagai portal hiburan rasmi program itu. Inilah masanya peminat dapatmengikuti perkembangan mutakhir tentang pertandingan itu terutamapaparan berita dan gosip.

Anda boleh mendapatkan liputaneksklusif menerusi laman mikro khas iaitu SehatiBerdansa3@murai.com.my. Turut dimuatkan paparan video sebalik tabir,foto serta latar belakang peserta musim ini.

Sebelum ini pihakAstro telah membuat pengumuman bahawa hos utama adalah Scha Al Yahyadan Fahrin Ahmad yang mana mereka akan mengendalikan Malam SehatiBerdansa 3 serta Kenali Sehati Berdansa 3. Scha yang juga pelakon AwanDania telah dipilih menggantikan tempat Linda Onn sebagai hos baru SB3

ManakalaAwal Ashaari atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin Shaari akanmengendalikan 4 program iaitu Debaran Sehati Berdansa 3, Detik SehatiBerdansa 3, Di Sebalik Sehati Berdansa 3 dan Memori Sehati Berdansa 3.
Berikut adalah senarai program SB3:

Kenali Sehati Berdansa 3
17 & 18 Oktober, Sabtu & Ahad, 9.00 Malam

Detik Sehati Berdansa 3
Bermula 19 Oktober, Setiap Isnin – khamis, 9.00-9.05 Malam

Di Sebalik Sehati Berdansa 3
Bermula 23 Oktober, Setiap Jumaat, 9.00 Malam

Malam Sehati Berdansa 3
Bermula 24 Oktober, Setiap Sabtu, 9 Malam

Debaran Sehati Berdansa 3
Bermula 25 Oktober, Setiap Ahad, 9.00 Malam

Info : KLK Yahoo Group