Showing posts with label Kenderaan. Show all posts
Showing posts with label Kenderaan. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei 2012

PILIHAN ANDA ?
Walaupun opsyen transmisi automatik bakal memudahkan calon lulus ujian memandu, 
lesen mereka kelak hanya terhad untuk memandu kenderaan transmisi yang sama sahaja.

IPOH - Kementerian Pengangkutan memberi opsyen kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.

Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagaimanapun berkata, jika calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperoleh lesen kelak.

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.

Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.

"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.

"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

Sumber : Kosmo Online

LEBIH BAIK AMBIL LESEN MANUAL DARIPADA AMBIL LESEN AUTOMATIK...
TAK PERLU AMBIL LESEN SAMPAI 2 KALI.. SETUJU ?

Saturday, June 11, 2011

Kemalangan : Lagi Besi Penghadang Tembus Kereta


10 Jun 2011

NAHAS RAGUT 4 SEKELUARGA...Anggota penyelamat memeriksa kereta yang terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Sauk menyebabkan empat sekeluarga terbunuh manakala seorang parah.

Sumber : Berita Harian Online

LAGI BESI PENGADANG TEMBUS KERETA...
APA KOMEN ANDA ?

Wednesday, April 20, 2011

Dari Email : TOLONG SEBARKAN, Kereta Hilang di Subang Jaya



Asalamualaikum / Salam sejahtera,

Sebentar tadi saya di kejutkan oleh panggilan talipon oleh adik ipar saya mengatakan beliau telah di samun menggunakan parang di kediaman 24, Jalan USJ 1/2L Taman Subang Mewah, Subang Jaya. Kejadian berlaku pada jam 5:00 Pagi Tarikh :14 April 2011. Perompak tersangat lah bahaya, kerana mereka sanggup mencederakan dan beliau telah di tetak sehingga mendapat kecerderaan di kepala dan muka. Perompak telah melarikan 2 bijik kenderaan, Jenis : Proton Wira Sedan, berwarna hitam, Plate No : ADA9279 dan Honda Ferio, berwarna silver, bonet hitam, Plate No : JBT94 . Selain itu perompak telah melarikan talipone bimbit, wang tunai, dan barang lain. Minta jasa baik tuan/puan/adikberadik/abg/kakak/ sekiranya berjumpa dengan kenderaan ini sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan atau hubungi : Muhd Firhan +60 12 496 53 81 | Aziem +60 12 536 77 82.

Bantuan tuan/puan/adikberadik/abang/kakak untuk sampaikan kepada rakan2 amat2 di hargai, dan moga bantuan anda mendapat pahala yang besar kelak. Sekian, terima kasih.

Sumber : Email Yahoo Group
BANTU-MEMBANTU AMALAN MULIA...

Tuesday, December 21, 2010

Tragedi Bas : 27 termasuk 25 pelancong Thailand balik dari Cameron Highlands terbunuh








SIMPANG PULAI: Dahsyat dan mengerikan. Itulah gambaran keadaan nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara membabitkan sebuah bas persiaran dua tingkat yang mengorbankan 27 orang - 25 pelancong Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai berhampiran Kampung Juang di sini, semalam.

Dalam nahas kira-kira jam 11.40 pagi, bas yang membawa 37 penumpang dari Cameron Highlands itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan ketika menuruni bukit serta melalui selekoh tajam sebelum terbalik dan terhumban ke dalam longkang sedalam dua meter di laluan bertentangan.

Nahas itu menyebabkan kedua-dua tayar depan bas terbabit tercabut dan tercampak ke longkang di laluan bertentangan, manakala bumbungnya ranap sama sekali dengan lebih 10 mayat bergelimpangan di jalan raya dan longkang manakala selebihnya termasuk yang cedera tersepit dalam kenderaan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, berkata 22 penumpang mati di tempat kejadian, lima lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala 10 cedera termasuk dua kritikal.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas berkenaan yang bekerja sebagai pemandu bas syarikat SK Murni Travel & Tours, Omar Shahidan, 48, dari Kangar, Perlis, serta pemandu pelancong, Soontorn a/l Kian, 38. Pelancong Thailand yang maut pula membabitkan lapan lelaki dan 17 wanita.

Zakaria berkata, semua pelancong terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, beliau berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika bas yang dipandu laju itu menuruni bukit di satu selekoh tajam sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

"Pemandu bas dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas itu terbalik dan terjatuh ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter. Ada di antara penumpang tercampak dan tersepit di bahagian tempat duduk menyebabkan kebanyakan mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pasukan penyelamat terdiri daripada 100 anggota dan pegawai polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Tinjauan Berita Harian di tempat kejadian mendapati dua tayar serta lampu isyarat kanan bas itu tercampak di laluan bertentangan dipercayai tertanggal ketika melanggar pembahagi jalan.

Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan lebih lima jam apabila polis terpaksa menutup kedua-dua laluan bagi menyekat aliran trafik untuk melancarkan operasi menyelamat serta mengeluarkan mangsa.

KRONOLOGI

# 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai

# 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan

# 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan

# 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup

# 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan

# 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan

# 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba

# 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan

# 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan

# 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula

# 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai


INFO

Senarai mangsa yang terbunuh dalam nahas bas di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai

Rakyat Malaysia


1. Omar Shahidan, 48 (tahun) (pemandu bas)
2. Soontorn a/l Kian, 38 (pemandu pelancong)


Rakyat Thailand (lelaki)

3. Poonporn Poolsaeng, 41
4. Charcart Knagsuwan, 48
5. Sumruay Swatphet, 48
6. Pongthanest Akkrarachewwanont, 45
7. Thitisak Pongtanarat, 51
8. Ekachai Na Banexane, 64
9. Phayone Krujinli, 49
10. Weera Chungtanagon


Rakyat Thailand (wanita)

11. Natkritta Poolsaeng, 6
12. Thanyarat Poolseng, 36
13. Achara Wiwati, 36
14. Nutthiya Inyim, 50
15. Puthnaree Akkrarachewwanont, 42
16. Sunchanchira Chaigueai, 40
17. Sriwai Swatphet, 42
18. Priya Prassakul Chai, 38
19. Chutima Throukooi, 25
20. Junpen Pongtanarat, 50
21. Mantana Phromduang, 51
22. Maliwan Mekmahaprom, 53
23. Ampaiwan Thianhtham, 50
24. Isariya Thiangtham, 25
25. Darunee Songsern
26. Rung Da
27. Areena Songserm

Artikel lain berkaitan:
  • Mayat bergelimpang atas jalan, longkang
  • Pemandu baru 3bulan kendali bas
  • Kementerian siasat Murni Tours
  • Kenderaan kemalangan ada tiga saman

Sumber : Berita Harian Online, Utusan Malaysia Online, Kosmo Online


BAS LAGI, LAGI² BAS.
SEJAK AKHIR² NI KITA DIKEJUTAN DENGAN KEMALANGAN MEMBABITKAN BAS.
BILA DAH BERLAKU KEMALANGAN MELIBATKAN BAS, BARU TAU KENDERAAN ADA SAMAN DAN MACAM² LAGI SEBAB..

Thursday, December 16, 2010

TRAGEDI BAS : 23 pegawai penjara cedera bas jatuh gaung

PENAMPANG 16 Dis. - Sekurang-kurangnya 23 pegawai dan anggota Penjara cedera apabila bas yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 30 Jalan Kota Kinabalu - Keningau berhampiran Kampung Moyog kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan.

Sumber : Utusan Malaysia Online

BAS LAGI.. ASYIK BERITA PASAL KEMALANGAN BAS AJA NI...

BERITA PENUH AKAN DISIARKAN ESOK..

Wednesday, December 15, 2010

Kemalangan Bas dengan Treler : 2 parah, 12 cedera ringan kemalangan dekat Nibong Tebal

NIBONG TEBAL: Dua orang cedera parah, manakala 12 lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Kilometer (KM) 153.2, dekat sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua kenderaan sedang dalam perjalanan dari arah Utara menuju ke Selatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata kemalangan berlaku ketika treler memuatkan kontena hendak memotong bas kilang yang membawa kira-kira 30 pekerja sebuah kilang.

"Lori itu bagaimanapun hilang kawalan dan bergesel dengan bas mengakibatkannya terbabas ke parit di tepi lebuh raya, manakala bas pula terbalik di atas permukaan jalan.

"Kurang 12 orang cedera ringan termasuk pemandu dan mereka mendapat rawatan di Hospital Sungai Bakap, manakala dua penumpang bas yang cedera parah dihantar ke Hospital Seberang Jaya, Butterworth," katanya di sini, malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 KM menghala ke arah Selatan lebuh raya berkenaan berikutan bas kilang itu menghalang satu lorong lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, pemandu bas kilang berkenaan, Aizat Mohamad, 37, berkata dia sedang dalam perjalanan dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam menuju ke Bukit Merah, Perak untuk menghantar pekerja kilang.
"Ketika hendak berhenti di hentian Sungai Bakap, tiba-tiba bas kami dilanggar oleh sebuah treler menyebabkan saya hilang kawalan seterusnya melanggar pembahagi jalan.

"Ia menyebabkan bas kami terbalik dan saya tercampak keluar daripada bas," katanya yang hanya mengalami kecederaan ringan.

Sumber : Berita Harian Online
BAS LAGI..... NASIB X DAK YANG MATI...

Sunday, December 12, 2010

Tragedi Bas : Tiga parah bas terbabas di Gua Tempurung

Tiga parah bas terbabas di Gua Tempurung

IPOH 11 Dis. — Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.

Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.

Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.

"Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online
TRAGEDI BAS LAGI... KENAPA SEKARANG NI ASYIK DENGAR BAS KEMALANGAN JA ?

Saturday, December 04, 2010

KENDERAAN TERBAKAR : Lagi Kenderaan Terbakar


ANGGOTA polis melihat kereta yang remuk dan rentung selepas melanggar belakang sebuah treler di KM241 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas hala utara awal pagi tadi. Dalam nahas itu, tiga mangsa turut rentung apabila terperangkap dalam kereta yang terbakar itu.

 Sumber : Berita Harian Online

APAKAH MASALAHNYA KENDERAN TERBAKAR INI ?
KEMALANGAN AJA, MESTI TERBAKAR.
APA KOMEN ANDA ? JOM SHARE

Thursday, December 02, 2010

BAS TERBAKAR Di Lebuh Raya

  MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam.

Difahamkan, bas terbabit yang disewa khas untuk membawa penumpang dari Sungai Besi menghala ibu kota tiba-tiba berasap sebelum terbakar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Dua jentera bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi serta Taman Desa dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Operasi memadamkan kebakaran itu mengambil masa 45 minit.


“Hasil siasatan awal, kebakaran itu berpunca dari arah belakang bas sebelum merebak. Bas itu sempat berhenti di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Sementara itu, seorang saksi kejadian yang ditemui berkata, bas terbabit dipercayai rosak pada enjin apabila melihat kepulan asap dari arah belakang bas sebelum dia memaklumkan perkara itu kepada pemandu bas.

“Pemandu itu memberhentikan bas di bahu jalan sebelum kami turun. Api mula merebak pada badan bas dan hangus keseluruhannya.

“Pemandu terbabit cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berhasil kerana ia marak cepat,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. 

Sumber : Harian Metro Online
INI BAS TERBAKAR BUKAN PASAL MINYAK RON95 ATAU RON97..
MASALAH ENJIN BAS.. BENAR KAH ?

Friday, November 05, 2010

Galeri Gambar : Banjir di Jitra, Kedah pada 2 Nov 2010



































( KLIK PADA GAMBAR UNTUK GAMBARAN LEBIH JELAS!! )


Sumber : Email Yahoo Group

GAMBARAN BANJIR SEKITAR PEKAN JITRA, KEDAH...
KEPADA ANAK PERANTAUAN, BALIK LA JENGUK KAMPUNG HALAMAN ANDA...
KEMUNGKINAN, AHLI KELUARGA KORANG INGIN ANDA BERSAMA MEREKA...

Nahas Bas Ekspres : Lelaki lemas, 2 wanita parah di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi

 ( Bas Ekspres Transnational, gambar ambil dari google search )

Lelaki lemas, 2 wanita parah nahas bas ekspres

PEKAN: Seorang lelaki terbunuh manakala dua wanita cedera parah apabila bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang dari Johor Bahru ke Kuantan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu memasuki sungai di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi dekat sini malam ini.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Ismail Nakayudin Hamdan, 25, dari Taman Cenderawasih, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat lemas.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata mangsa terperangkap di dalam bas berkenaan yang separuh tenggelam.
Beliau berkata, penumpang lain berjaya menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan bas terbabit.

Sumber : Berita Harian Online 

ADA LAGI NAHAS BAS....
KALI NI MEMBABITKAN BAS EKSPRES TRANSNATIONAL LA PLAK....
INI MEMBUATKAN ORANG AWAM BERASA TRAUMA DAN TAKUT UNTUK NAIK BAS...

Saturday, October 30, 2010

Gambar : Proton Ispira Memang Yang Cun














CUN DAK ? DIA PUNYA METER DALAM TU NAMPAK CUN KAN ?
TERBAIK PUNYA DARI PROTON INSPIRA
APA PENDAPAT KORANG ??