Showing posts with label Facebook. Show all posts
Showing posts with label Facebook. Show all posts

Thursday, October 20, 2016

Apa Salah Aku ?




Ape salah aku?
knapa sampai tahap nak santau2?
aku xkacau ko n family ko pun..
so xpayah la nak sihir2..
tngah sedap2 makan trjumpa kain putih diikat..
istighfar panjang dibuatnya.. 
 hilang selera mkn..
trus tnjuk dekat mak bnda putih tu n ckp ada org cuba nak sihir.. 

masa tu tngok mak pun mcm dah nak kena.. 
mata dah naik merah.. paaappp!!! 
berlekuk dahi ni kena sudip mak.. 
 mak ckp "kau ni dah kenapa? 
sup bunjut pn dah xkenal ke??? hahaha..


Saturday, June 16, 2012

Teka Skor Di GFB Pendang, 16 Jun 2012


TOPUP RM5 UNTUK DIMENANGI
Peraduan Teka Skor Menjelma lagi...
Perlawanan Bola Sepak LIGA SUPER ANTARA KEDAH vs KELANTAN DI Stdm Sultan Muhammad IV, KB pada 16 Jun 2012 jam 8.45 malam.

Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 

PERADUAN TEKA BILANGAN GOL DAN PENJARING GOL 
HADIAH :- ( TOPUP BERJUMLAH RM5 . )
Sponser dari ADMIN : [ Mohammad Ridzuan Yahya ]

Peraduan ini terbuka kepada Admin dan Ahli Group FB Pendang.
Peraduan ni senang sangat, anda hanya perlu meneka jumlah jaringan gol dan penjaring gol tersebut.
Bagi yang dapat menjawab dengan betul atau hampir tepat,
topup rm5 adalah milik anda…
Hanya sekadar suka-suka untuk Admin dan Ahli FB Group Pendang.

Terma & Syarat :-

1. Peserta adalah Admin atau Ahli Group FB Pendang sahaja.
2. Isikan jawapan di kotak "komen". ( contoh:- Kedah 2-0 Kelantan, Penjaring : Ammar rohidan 1, Genc 1 )
3. Hadiah akan diberikan kepada yang telah meneka dengan betul atau tekaan yang hampir tepat pada keesokkan hari selepas perlawanan tersebut.
4. Peneka jawapan TERAWAL yang menjawab dengan betul atau hampir tepat akan dipaparkan di dalam FB Group Pendang berserta jawapan sebagai pemenang.
5. Peserta dikehendaki menjawab sekali sahaja. Jika didapati menjawab lebih dari 1 kali, maka penyertaan hanya dikira pada post terawal.
6. Admin tidak bertanggungjawab pada sebarang jawapan yang tidak sampai atau tidak berjaya dihantar.
7. Peraduan ini tiada berkaitan dengan mana2 agensi atau syarikat. Ianya adalah milik Group FB Pendang.
8. Tempoh peraduan adalah SEBELUM SEPAK MULA PERLAWANAN tersebut.
9. Keputusan pemenang adalah MUKTAMAD.

Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 
Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 
Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 

Wednesday, March 28, 2012

Jom Jadi Ahli Group Facebook Pendang, Macam-Macam Ada~~

GROUP FACEBOOK PENDANG

Kempen menambah ahli group FB Pendang.
Sesiapa yang hendak menjadi ahli, boleh klik banner diatas.
Ianya bukan hanya tertumpu kepada warga Daerah Pendang,
Sesiapa sahaja boleh menyertai group ini.

Sedikit info pasal PENDANG


Asal-usul nama Pendang

Pekan Pendang dibuka pada sekitar tahun 1800. Nama ‘Pendang’ dipercayai lahir daripada ‘pendiat’, perkataan Siam yang bermaksud tempat menangkap gajah. Dahulu, gajah liar banyak di kawasan Pendang. Menangkap gajah bukan perkara mudah. Satu parit yang panjang diperlukan untuk memerangkap gajah. Parit itu digali dengan ukuran lebarnya cukup-cukup untuk memuatkan seekor gajah. Gajah dikepung dan didorong supaya masuk ke dalam parit itu. Apabila gajah sudah berada di dalam parit, bahagian parit di belakang gajah itu segera ditimbus dengan tanah.

Dengan demikian gajah itu tidak dapat mundur untuk keluar dari parit tersebut. Sebaliknya gajah itu terpaksa mara kerana diasak oleh tanah timbusan di belakangnya. Gajah yang terhimpit itu dipaksa mara hingga sampai ke pendiat, tempat memberkas gajah di hujung parit. Pada setiap musim menangkap gajah, satu pesta berhampiran dengan pendiat diadakan. Pelbagai permainan tradisi seperti makyung, menora dan belaga ayam diadakan. Secara keseluruhannya pesta tersebut sangat meriah, namun adakala berlaku juga pergaduhan. Pergaduhan itu pula sering berakhir dengan pertumpahan darah kerana pengunjung tidak dilarang daripada membawa senjata seperti parang dan golok.

Pengunjung pesta di pendiat itu tidak terdiri daripada orang tempatan sahaja. Sebaliknya, mereka datang dari segenap pelusuk negeri Kedah dan bertutur dengan pelbagai loghat daerah. Daripada kepelbagaian loghat bahasa itu akhirnya perkataan ‘pendiat’ berubah menjadi ‘padang’. Lama-kelamaan perkataan ‘padang’ itu juga telah berubah, menjadi ‘pendang’. Pendang kekal sebagai nama tempat menangkap gajah itu. Biasanya gajah dari hutan Pendang dilatih sebagai binatang kenderaan pembesar-pembesar negeri. Gajah kuat, tahan lasak dan ditakuti binatang-binatang buas yang lain. Ciri-ciri ini menjadikan gajah kenderaan pengembara dan peredah hutan yang sangat sesuai.

Sumber : mykedah.org

JANGAN LUPA, SERTAI GROUP FACEBOOK PENDANG.

Tuesday, August 16, 2011

Kini, Ahli Group "PENDANG" di Facebook ialah 1063 Orang

 Facebook Group "PENDANG" 

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berkongsi info di Group "PENDANG" ini. Tak lupa juga kepada rakan-rakan baru samaada Anak Jati Pendang mahupun luar dari Pendang yang sudi menyertai group ini. Dengan adanya group ini, dapatlah kita berkongsi pendapat dan dapat mengetahui serba sedikit pasal DAERAH PENDANG.

Pihak Admin group "PENDANG" mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Rakan-Rakan dalam Group "PENDANG". Sekian. Assalamualaikum.

Kalau ada cadangan untuk penambahbaikan untuk group "PENDANG", anda boleh post di Group tersebut ataupun email kepada syamsyun@yahoo.com

p/s : Statistik bancian penduduk dari Pejabat Daerah dan Tanah Pendang menunjukkan jumlah penduduk di Daerah Pendang pada tahun 2007 adalah lebih kurang 112,000 orang.
AGAKNYA, GROUP PENDANG BOLEH MENCAPAI 10,000 AHLI ?

Friday, July 08, 2011

Aplikasi baru dari Facebook, Panggilan Video

MARK ZUCKERBERG (kiri) melihat perbualan video Facebook di ibu pejabat parti itu di Palo Alto, California kelmarin. 

NEW YORK Amerika Syarikat (AS) - Pihak pengurusan Facebook kelmarin mengumumkan 750 juta penggunanya kini boleh menggunakan laman jaringan sosial berkenaan untuk membuat panggilan video.

Ciri terbaru itu menggunakan perkhidmatan telefon Internet, Skype.

Facebook juga mengubah susun atur aplikasi laman sembang itu supaya ia lebih mesra pengguna.

Bagi membuat panggilan video, para pengguna Facebook yang menggunakan komputer dilengkapi kamera web, perlu terlebih dahulu memilih rakan sembang mereka.

Selepas satu tetingkap sembang akan tertera pada skrin, para pengguna perlu mengklik ikon video kecil berwarna biru untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Kemunculan produk terbaru itu seiring dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg, 27, yang menjanjikan beberapa pelancaran baharu untuk tahun ini. - Agensi

Sumber : Kosmo Online

MAKIN CANGGIH FACEBOOK SEKARANG NI KAN ...
JANGAN SALAH GUNA PANGGILAN VIDEO NI SUDAH LA...
BERHATI-HATILAH MENGGUNAKANNYA...

Saturday, December 04, 2010

Facebook Bagaikan Madu Dan Racun

FACEBOOK kini menjadi fenomena serta trend komunikasi terbaru bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia. Diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas pelajar Universiti Harvard, ia muncul sebagai rangkaian sosial cukup inovatif serta begitu interaktif membenarkan sesiapa saja berkomunikasi dengan rakan dan bertukar maklumat, pandangan, kritikan dan sebagainya.


Zuckerberg kini muncul sebagai antara manusia terkaya serta cukup berpengaruh di dunia.

Setakat 2009 saja, jumlah mereka yang menggunakan perkhidmatan rangkaian sosial itu meningkat kepada lebih 250 juta orang, menjadikannya model perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian paling popular mengalahkan MySpace yang dimiliki News Corporation.

Peningkatan kepada lebih suku bilion pengguna ini bukan saja sebagai petunjuk angka yang mengagumkan, tetapi juga sebagai ukuran berapa banyaknya hubungan peribadi yang dilakukan masyarakat di seluruh dunia, termasuk di negara kita yang turut merasai tempias fenomena ini.


Namun, apa yang menyedihkan dan menakutkan ialah budaya ‘berfacebook’ yang begitu rancak ketika ini boleh dianggap bagaikan madu dan racun iaitu jika digunakan secara betul akan memberi manfaat besar kepada pengguna dan masyarakat keseluruhannya.


Jika disalahgunakan akan memberi musibah serius kepada seseorang sehingga boleh memberi impak negatif kepada pembangunan serta pembinaan anggota dalam masyarakat dan generasi muda, kelompok terbesar di dalam rangkaian komunikasi maya ini.

Dulu konflik keluarga atau kes perceraian sering berlaku akibat isu kecil seperti kesan gincu di baju suami, salah faham suami isteri, campur tangan keluarga kedua-dua pihak atau impak lebih besar seperti SMS, e-mel dan sebagainya. Namun, dalam satu kajian terbaru di Barat yang boleh dijadikan panduan kita menunjukkan masalah itu kini turut disumbangkan oleh laman sosial seperti Facebook.

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sosial di samping beberapa punca tradisional lain. Malah, kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Situasi ini mungkin akan berlaku dan tidak jauh bezanya dengan pasangan di negara kita jika penggunaan laman sosial seperti Facebook dan medium komunikasi lain tidak diberi perhatian serius dan dipantau sewajarnya. Bibit-bibit berkenaan mungkin sudah berlaku di negara kita, cuma mungkin belum parah atau dilaporkan kepada media massa.

Apa yang sangat mengejutkan dilaporkan bahawa antara bahan digunakan ketika berkomunikasi adalah lambakan mesej yang tidak berfaedah atau bernada lucah dan gambar seksi yang menggoda di Facebook.

Ini mungkin untuk perhatian pengunjung supaya bertandang ke Facebook masing-masing. Aktiviti ini amat tidak beretika dan perlu dipantau agar tidak disalahgunakan. Tambahan pula kewujudan laman web itu juga didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih selepas terpisah sekian lama.

Kajian itu menunjukkan Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam AS mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian di mahkamah.

Selanjutnya, menurut kajian berkenaan, penyumbang kedua terbesar adalah laman sosial MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus) serta selebihnya laman sosial lain.

Tahun lalu sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca. Menurut laman web Divorce-Online, kebanyakan pengguna laman sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.

Realiti ini sangat bahaya dan oleh itu, pengguna Facebook perlu berhati-hati, beradab dan bertanggungjawab menggunanya.

Secara positifnya, di samping Facebook, Friendster, MySpace dan sebagainya kini turut menjadi medium yang popular, berkesan, mudah dan menarik untuk menjalinkan persahabatan dengan sesiapa saja di seluruh dunia.

Justeru, melihat kepada potensi besar kepada Islam dan dakwah serta tarbiyah, pemimpin Islam dan gerakan Islam disaran menyertai laman sosial ini sebagai satu cara menarik generasi muda umpamanya mendekati dan memahami agama Islam secara holistik.

Dengan laman paling digemari golongan muda, Facebook dan laman sosial lain boleh dijadikan portal untuk membimbing, memandu dan memperbetulkan kepincangan dan keruntuhan akhlak dalam masyarakat yang kian menjadi-jadi ketika ini.

Umumnya umat Islam tidak dihalang menggunakan laman sosial ini untuk berhubung dengan rakan dan melakukan kerja berfaedah misalnya, tetapi perlu ditegaskan bahawa untuk bergosip, bermain cinta dan menyebarkan fitnah serta berkelakuan tidak beradab adalah dilarang.

Semua lapisan masyarakat Islam, terutama golongan ulama, pendakwah, pemimpin politik, pendidik, pemimpin pelajar dan lain-lain perlu memastikan agar budaya berfacebook tidak disalahgunakan, malah mengaplikasikannya sebagai medium memastikan masyarakat benar-benar memahami Islam secara syumul dan komprehensif di samping menjadi medan rujukan dalam segala hal.

Cabaran dan agenda terbesar umat Islam hari ini dalam berdakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam adalah bagi memastikan mereka memahami perspektif Islam secara tepat, efektif dan sebagai prasyarat misi memperbetulkan prasangka buruk masyarakat bukan Islam terhadap Islam.

Persepsi negatif dan anggapan buruk masyarakat bukan Islam perlu ditangani agar keadaan tidak menjadi lebih serius serta merugikan masa depan Islam dan ini boleh dilaksanakan melalui medium komunikasi maya seperti Facebook. 

Sumber : Harian Metro Online
MEMANG TAK DINAFIKAN PUN, RAMAI ORANG MAIN FACEBOOK SEKARANG NI..
ADA JUGA MENGGUNAKAN FACEBOOK UNTUK KEBAIKAN DAN ADA JUGA MENGGUNAKAN FACEBOK UNTUK KEBURUKAN... 


p/s : Add saya di facebook http://www.facebook.com/syamsyun