Showing posts with label Kedah Darul Aman. Show all posts
Showing posts with label Kedah Darul Aman. Show all posts

Monday, October 23, 2017

PENDANG : GANGGUAN BEKALAN AIR DARI SADA PADA 23 OKTOBER 2017 ( ISNIN )


Gangguan Bekalan Air di Alor Setar, Kedah.

PENYELENGGARAAN BERJADUAL

Pengurangan Operasi Loji Rawatan Air Pelubang bagi menukar Busbar Insulator Untuk VCB Panel Main Substation.

Tarikh : 23/10/2017 

Masa gangguan : 10.00 AM –  6.00 PM

Jangka masa siap : 8 Jam

Kawasan yang terjejas ialah:

Kawasan 1:
Keseluruhan Kawasan Kuala Kedah Dan Pokok Sena, Sepanjang Jalan Titi Haji Idris, ke Pekan Tanah Merah, Tobiar, Pekan Tanah Merah hingga Pekan Simpang Empat, Bandaraya Alor Setar, Kampung Sungai Nonang, Jalan Batas Paip.

Kawasan 2:
Dari Jalan Simpang Empat Masjid Aman menuju ke Kuala Kedah, sepanjang Jalan Lencongan Barat, Jalan Tandop, Jalan Dato’ Kumbar, Jalan Alor Mengkudu, Jalan Pknk Jalan Stadium, Jalan Pekan Cina, Taman PKNK dan Alor Melintang.

Info dari : rakan fb.

Wednesday, January 18, 2017

TANAH KEDIAMAN DI ALOR MELINTANG UNTUK DIJUAL RM105K






TANAH LOT KAMPUNG 16K PERSEGI,
KAMPUNG ALOR MELINTANG, BANDAR ALOR SETAR
HARTANAH TERLETAK DALAM KAMPUNG ALOR MELINTANG, BANDAR ALOR SETAR.
JIKA BERMINAT REBUTLAH PELUANG YANG DITAWARKAN.

-STATUS REZAB MELAYU: HAK MILIK KEKAL
-LUAS LOT 16K KAKI PERSEGI/KP (0.37 EKAR)
-TANAH RAPAT JALAN KAMPUNG (MINI TAR) ANTARA YANG MENARIK
-SESUAI DIBINA RUMAH BUNGLOW ATAU JENIS KEDIAMAN KAMPUNG
-SESUAI DIBINA RUMAH SEWA KERANA LOKASI BERDEKATAN DENGAN PUSAT BANDAR
-LOT INI TERLETAK DALAM KAMPUNG DAN BERSEBELAHAN RUMAH2 SEDIA ADA
-SESUAI DIJADIKAN SIMPANAN ASET HARTANAH MASA DEPAN YANG BAIK
-KAWASAN BEBAS BANJIR

HARGA TANAH : RM105,000/= 
BOLEH DIRUNDING DAN DIPERTIMBANGAKAN
MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI
 EN. OTHMAN BIN AHMAD : 010 7857159 (CALL/WHATSAPP)

Tuesday, November 08, 2016

RUMOURS KEDAH FA 2017


Status Tempatan

Kekal:
1.   Abdul Hadi Hamid
2.   Syazwan Abdullah
3 .  Syawal Nordin
4 .  Osman Mohd Yusoff
5 .  Raphi Azizan
6 .  Khairul Helmi
7.   Syazwan Tajuddin
8.   Ariff Farhan
9.   Asri Mardzuki
10. Baddrol Bakhtiar
11. Abdul Halim Saari
12. Farhan Roslan
13. Hanif Mat Dzahir
14. Syazuan Hazani
15. Syafiq Ahmad

Keluar :
1. Shafizan Hashim (bersara)
2. Amar Rohidan
3. Sabree Abu
4. Farhan Abu Bakar
5. Syazuan Ashraf Mathew
6. Alif Fadhil (jadi cikgu)
7. Azmeer Yusof (mohon dilepaskan)
8. Ahmad Fakri Saarani

Masuk :
1) Gary Steven Robbat
2) Shakir Shaari
3) Nor Shahrul Idlan Talaha (Masih dlm perbincangan)

Masih belum membuat keputusan:
1. Rizal Ghazali
2. Syazwan Zainon
3. Amirul Hisyam
4. Ifwat Akmal

Status Import

Keluar:
1. Bang Seung Hwan (tidak disambung kontrak)
2. Thiago Augusto (kembali ke Felda)
3. Liridon Krasniqi (demand gaji terlalu tinggi kerana mendapat offer lumayan dari Melaka United)
4. Shane Edward Smeltz (kembali ke pasukan asal)

Masuk:
1. 2 pemain import dari Bosnia
2. Baihakki Khaizan (import asia)
3. Sandro Da Silva Mendonca (kembali dari kecederaan)

P/s: harap hampa faham maksud rumours
#baca & dngaq bleh, percaya x sah lagi
#ada hat Btoi & ada hat X btoi


Salin dari group Whatsapp

PILIHAN TERBAIK PASUKAN KEDAH MUSIM 2016



1.RIZAL GHAZALI
Pemain berusia 24 tahun ini mencapai kemuncak prestasi bagi musim 2016.Rizal cukup konsisten dari awal musim sehingga muncul wira skuad jolokan Lang Merah menjulang Piala Malaysia.Prestasi Rizal ternyata ditahap terbaik selepas dipanggil menyertai pasukan kebangsaan dan membuat kemunculan 'debut' pada perlawanan menentang Singapore.Rizal membuat 30 penampilan bersama Kedah musim ini dengan purata 2790 per/minit termasuk aksi Perlawanan Akhir Piala Malaysia.

2.BADDROL BAKHTIAR
Pemain berusia 28 tahun ini merupakan 'icon' kepada bola sepak Kedah.Tidak menghairankan beliau menggunguli senarai Pemain Terbaik Tahunan - KFA.Badd membuat penampilan 34 kali dengan purata 3150 per/minit untuk musim 2016 dan meledak 6 gol serta 6 hantaran gol.Kesetiaan kepada pasukan dan komited yang tinggi menjadikan Badd bukan sahaja idola peminat tetapi rakan seperjuangan Kedah.Untuk rekod,Badd telah merangkul 3 kejuaraan Piala Malaysia (07,08,16),2 Piala FA (07,08),2 Liga Super (07,08),1 Liga Premier (15).

3.LIRIDON KRASNIQI
Pemain berusia 24 tahun kelahiran Kosovo ini antara aset kekuatan pasukan Kedah buat dua musim berturut-turut.Liridon Krasniqi dianggap arkitek kepada pasukan dan pakar 'delivery' kepada rakan sepasukan.Untuk musim 2016 ini,Liridon telah beraksi sebanyak 37 kali dengan purata 3420 per/minit.Liridon turut menyumbang 10 gol serta 6 hantaran gol sepanjang musim ini.Untuk rekod,Liridon telah memenangi medal kejuaraan Liga Premier (2015) dan medal Piala Malaysia (2016).Selain itu Liridon turut memenangi Anugerah Gol Terbaik Tahunan - KFA.

4.IFWAT AKMAL
Pemain berusia 20 tahun ini merupakan penjaga gol muda berpotensi dari development Kedah.Ifwat hadir ketika pasukan Kedah mengalami krisis diposisi benteng terakhir dengan 'debut' beliau semasa menentang T-Team.Dari situ Ifwat tidak lagi menoleh kebelakang,beliau terus mempamerkan aksi konsisten dan merampas posisi no1.Ifwat merekodkan ranking teratas 'clean sheets' pada saingan Piala Malaysia 2016.Beraksi 17 kali musim ini,Ifwat merekodkan 1620 per/minit termasuk perlawanan akhir.Ifwat turut merangkul Anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan - KFA dan medal kejuaraan Piala Malaysia.Disamping itu,Ifwat juga diserapkan ke skuad bawah 22 tahun kebangsaan.

5.AMIRUL HISYAM
Pemain muda berusia 20 tahun ini prospek besar pasukan Kedah.Amatlah sukar di Malaysia ketika ini untuk seorang pemain beraksi di posisi Defensive Midfielder.Kehadiran Amirul Hisyam Awang Kechik pada musim ini cukup memberi impak positif kepada pasukan.Bintang Malaysia B-22 tahun ini juga turut silih berganti mewakilu Malaysia Senior.Kepintaran dan ketenangan beliau dalam mengawal situasi tengah bersama Liridon musim ini cukup mantap.Untuk musim pertama bersama Hijau Kuning,Amirul membuat penampilan 28 penampilan dengan purata 2610 per/minit termasuk perlawanan akhir.Pada bulan Mac,Amirul turut ditabalkan Pemain Pilihan Cola Kedah.

Salin dari group whatsapp

Sunday, October 30, 2016

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2016 : Kedah vs Selangor, Isnin Cuti Peristiwa Negeri Kedah Darul Aman

( Sumber : sports247 )

( Sumber, HMetro Online )


IMBUHAN wang tunai berjumlah RM25,000 setiap seorang menanti pemain Kedah sekiranya berjaya menewaskan Selangor pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata skuad Lang Merah juga akan menyertai perlawanan persahabatan di luar negara sebagai bonus tambahan sekiranya menjulang trofi Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2008.  

"KFA memutuskan untuk memberi (imbuhan) sebanyak RM20,000 dan kerajaan negeri menambah RM5,000 bagi menaikkan lagi semangat pemain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pemain Kedah di sebuah hotel, di Subang Jaya, malam ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan Isnin ini sebagai cuti‎ peristiwa di Kedah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat negeri berkenaan yang memberikan sokongan padu kepada pasukan berkenaan sehingga mara ke final Piala Malaysia.  

Pengumuman cuti peristiwa itu, kata Ahmad Bashah, selaras dengan Akta Hari Kelepasan Am 1951.

"Sekiranya majikan tidak boleh memberikan cuti pada hari tersebut, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda pada hari berkenaan.

"Namun begitu, majikan juga mempunyai pilihan untuk menggantikan hari Isnin tersebut kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peraturan undang-undang yang berkaitan," tegas Ahmad Bashah. - Bernama

( Sumber, Sinar Harian Online )

Thursday, October 20, 2016

Siaran Langsung Bola Sepak Liga Super Dan Liga Perdana 2016



🔰 Live Liga Super 2016:📺

Kedah vs Felda United (Live TV9)
Penang vs Terengganu (Live TV3) 


Live Liga Perdana: 

 Melaka vs Sime Darby (Live TV9)

Thursday, September 10, 2015

INFO : MAI BELAJAQ ( BELAJAR ) BAHASA KEDAH



blajaq cakap Kedah

haaa...kepada semua sesiapa saja lee yg nak blajaq cakap Kedah first sekali kalo ampa semua noticed...org utara ni esp kedah ngan penang kalo cakap volume dia kuat sikit...perasan dak...
org kedah ni ckp dia slalu nya ujung dua sebut 'a' laaa... pas tu kalu cam ujung dia ada huruf 'r' selalunya di pronouns kan sbg 'q'.pas tu lagi satu slalunya cam rumah disebut 'ghumah'

air = ayaq
dahaga air = lapaq ayaq
beritahu/bagi tau = habaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidur = tidoq
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
saya = Chek
awak = hangpa
kamu = hang
mereka = depa/lepa ('e' adalah pronouns dlm ekor)
yang = hat
tension = sakit pala
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai
lagu ni = 'macam ni'
segan = malas
gila/tak betui = loqlaq
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pergi=pi=gi
pasai pa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai ?.eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang
sigung = menyiku
handuh = ghimbuk = pukul (dgn benda mcm kayu)
ketumbil = ketumbit
tukul=merton
rojak (bahasa selatan)=pasembur
rojak buah (selatan)=rojak
pencuri = kawaq
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
melengung = termenung
air paip=epek (cemana ntah sebutnya)
beghetuh = maksudnya berlaga atau berlanggaq
seneghih = calaq
menyoronot = sembunyi
benyai ? lembik?eg kalo nak rebuih kacang bendi tu jgn lama 
sangat...satgi
benyai"
seluloi = selalu
ngenjot = menari
kebuloq = mentekadarah...(betoi ke dak ntah la..rasa-rasa betoi)
tibai = besit = pukui..
pukui = pukul (masa) = jam
lecah = lopak
selut/keleboq = lumpoq / lumpur
segheyat = berenti (hujan)
cedoq ayaq = ceboq ayaq = cebok air
kelippoq2 (mata) = pejam celik-pejam celik
hawin = punggai = lempaq = baling (benda)
simboq = tempias (hujan)
tubik = terbit = keluar
sua = hulur
menyorok = sarapan
eg: Hang dah menyorok dak laghie nie? makna : awak dah sarapan pagi ke belum?

Lagi takleh ingat tang ciwi ni...hehehehe...slalu kena tang ciwi batat...
pelaq betoi...hehehehhe

kepak (bukan kepak ayam yer-e tu bertanda) =:mematahkan sesuatu yg keras dgn tangan
contoh ayat: "aku kepak tulang belakang ang satgi!"
REBAN (gheban)= RUNTUH)...mcm reban ayam tu lee cecara 
penyebutannya....

pegi penang-pi tanjong
eg: kedah panggil penang 'tanjung' dan bahagian penang yg tanah besar (butterworth dan sewaktu dgn nye) depa panggil 'bagan'.yg penang pulau tu depa panggil 'tanjung'. lagi satu lima sen tu lima ret...paling kurang faham pun sekupang lima duit

ni plak penjodoh yg digunakan setiap kali guna sesuatu pktn tu:-
manis sangat = 'manis melecaih'
tawar = 'tawaq hebiaq' (e dalam ekor)
pahit = 'pait bedengung'

kalau kat tempat lain ada beza roti dan biskut ni tapi kalau kat kedah majoritinya dipanggil roti . misalannya, 
roti mengali = roti macam gardenia yg potong2 atau sebijik
roti marie = biskut bulat
roti semekut = roti bulat / panjang ( lebih kurang la )
roti 4 sagi = biskut mayat/biskut 4 segi/biskut lemak/jacob punya tu ..
yg lain2 aku tak ingat la ... roti canai ja maintain "

p/s: ampa perasan dak satu benda kalo kita pi makan kat kedai...waiter tu
nanti mai tanya kat kita "nak makan/minum apa tak tau?" instead of "nak minum/makan apa?"

CopyPaste dari : http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/759611/1/