Showing posts with label JPJ. Show all posts
Showing posts with label JPJ. Show all posts

Wednesday, October 07, 2015

JEREBU : LANGKAH-LANGKAH PEMANDUAN DALAM KEADAAN JEREBU

JEREBU : LANGKAH-LANGKAH PEMANDUAN DALAM KEADAAN JEREBU


Thursday, September 03, 2015

Program MyLesen RM299, Pelancaran Rasmi Pada 15 September 2015 oleh JPJ



Kuala Lumpur: Program MyLesen mendapat maklum balas positif daripada institut dan sekolah memandu serta orang ramai di negara ini. 

Disifatkan sebagai program prihatin terhadap masyarakat khususnya remaja, ia diyakini dapat melahirkan golongan pemandu berkhemah melalui kursus bersepadu. 

Pengarah Surfine Hitech Sdn Bhd, Datuk Hanafi Mat Zin berkata, pihaknya hanya menunggu pelancaran rasmi program itu pada 15 September ini oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 

Katanya, pihaknya menyokong penuh MyLesen kerana yakin terhadap modul pengajaran yang lebih terperinci dan tersusun termasuk diselitkan dengan elemen baru. 

“Kita menunggu cara pelaksanaan program MyLesen ini sehingga dilancarkan kelak. Walaupun borang permohonan bersekali syarat program boleh dimuat turun dari laman web JPJ, mungkin ada perubahan. Jadi kena tunggu pelancaran rasmi. 

“Keuntungan pakej ini kurang sedikit berbanding biasa tetapi dari segi perkhidmatan kita sokong penuh sebab tujuannya untuk pastikan semua rakyat negara sekurang-kurangnya ada lesen memandu asas, B2,” katanya. 

Hanafi yang juga Presiden Majlis Permodenan Industri Memandu Malaysia (MAPIM) berkata, perbincangan MyLesen sudah diadakan dalam kalangan ahli majlis terdiri daripada hampir 40 institut memandu (IM) dan sekolah memandu. 

 “Kami berpendapat MyLesen ini satu program baik dan lebih tersusun dari segi modul pengajarannya selain kos kos RM299 ditetapkan untuk lesen B2 lebih murah berbanding harga semasa RM350. 

“Berkaitan program ini perlu diselesaikan dalam masa empat bulan saya yakin peserta dapat menyelesaikannya jika fokus,” katanya sambil memberitahu pakej asal masih diteruskan oleh syarikatnya di Ulu Langat, Selangor sebagai pilihan kepada orang ramai. 

Di Melaka, Pengarah Institut Memandu Semangat Intrajaya Sdn Bhd Md Sajali Tumin berkata, biarpun belum dilancarkan pihaknya menerima banyak maklum balas daripada remaja memilih pakej itu.

Sumber :- HMetro Online | 3 September 2015

Wednesday, June 27, 2012

Bawa Kereta Laju Denda RM2,000

Denda Tinggi Didik Pemandu Kenderaan


KUALA LUMPUR: Orang ramai melihat kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 bagi kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas mampu mendisiplinkan pengguna. 

Pekerja swasta, Mohd Azam Dinor, 26, berkata kadar baru yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat itu antara langkah mendisiplinkan pemandu agar mengikut had laju ditetapkan ketika di jalan raya.
“Langkah ini adalah relevan kerana pemandu sentiasa berwaspada supaya tidak memandu laju sehingga mengakibatkan kemalangan. Siapa yang sanggup membayar RM2,000 semata-mata bawa kereta laju.
“Lebih baik memandu mengikut had laju dan peraturan kerana itu lebih bagus daripada membayar denda atas kesalahan lalu lintas,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.

Perkara itu antara terkandung dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang mencadangkan tindakan lebih tegas bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama.

Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Pelajar kolej swasta, Liyana Jamaluddin, 20, berkata beliau setuju jika denda lebih tinggi dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Kadangkala kemalangan terjadi akibat kecuaian pemandu yang memandu laju sehingga mengorbankan pemandu berhemah.

“Cara ini boleh mengajar pemandu yang gemar memandu laju menghormati undang-undang dan hak pemandu lain,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Abu, 60, pula melihat denda baru berkenaan terlalu tinggi dan bukan semua pesalah trafik daripada golongan berada.

“Mungkin langkah ini antara inisiatif mengawal pemandu supaya lebih berhati-hati tetapi tidak semua pesalah mampu membayar denda dikenakan itu,” katanya.


Sumber : Berita Harian Online

APA PENDAPAT ANDA SEMUA? SETUJU DENGAN DENDA TERSEBUT? 
LA NI PUN BANYAK YANG MEMANDU TIDAK ADA LESEN MEMANDU...

Saturday, January 22, 2011

Semua kenderaan wajib pasang beg udara mulai 2012


RANTAU PANJANG: Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Katanya, kementerian berkenaan akan memastikan kenderaan yang diperbuat di negara ini termasuk kereta nasional memasang alat keselamatan berkenaan sebelum ia dikuatkuasakan sepenuhnya mulai tahun depan.

Kong berkata kenderaan import mungkin tidak menghadapi masalah kerana kebanyakannya telah dipasang alat keselamatan berkenaan sebelum dijual di negara ini.

Beliau berharap dengan peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan itu kerajaan dapat mengurangkan kadar kemalangan maut terutama yang membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan.

Katanya, hasil kajian Institut Penyelidikan dan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kebanyakan kes kemalangan maut adalah membabitkan penumpang bahagian depan kenderaan yang tidak menggunakan alat keselamatan, termasuk beg udara dan tali pinggang keledar. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
SEMUA KENDERAAN WAJIB PASANG BEG UDARA.... 
KECUALI PACUAN EMPAT RODA!!
KERETA AKU PROTON ISWARA TAHUN 1997 KENA PASANG BEG UDARA JUGAK KE ?