Thursday, April 28, 2011

Trend Kempen Terkini : Mamat Khalid bakal sertai UMNO Gopeng

 Mamat Khalid

IPOH: Selepas penyertaan Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida, UMNO Perak akan menerima seorang lagi selebriti sebagai anggota apabila pengarah filem, Mamat Khalid menyertai parti itu tidak lama lagi.

Mamat, yang berasal dari sini, mengesahkan hari ini beliau akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng "kerana itu adalah tradisi keluarga".

Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida
 
Minggu lalu, beliau menemani AC Mizal yang menyerahkan borang menyertai UMNO bersama-sama 500 yang lain dalam program "Jom Sertai UMNO" anjuran Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman, berkata sejak akhir- ini memang terdapat perubahan mendadak di mana selebriti dan golongan muda mulai memilih UMNO sebagai parti pilihan mereka.

"Saya harap trend ini akan terus meningkat di masa depan terutama menjelang pilihan raya umum akan datang dan seterusnya," katanya. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian Online
APA PENDAPAT ANDA ?