Showing posts with label Utusan Malaysia Online. Show all posts
Showing posts with label Utusan Malaysia Online. Show all posts

Tuesday, August 09, 2011

Bonus Raya RM500 kepada Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Tahun 2011



* Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

* Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan.

* Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Sumber : Utusan Malaysia Online

TERIMA KASIH NAJIB!!
SEKURANG-KURANGNYA DAPAT MENGURANGKAN BEBAN PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN DI MALAYSIA

Friday, August 05, 2011

Kempen Merdeka 2011 : Sertai Pertandingan Hiasi Kenderaan & Web / Blog


Salam Sejahtera untuk semua,
Aku jumpa info peraduan ni dalam Utusan Online, 
jadi nak share dengan korang yang sudi buka blog aku ni....
Hadiah menarik menanti korang jika sertai peraduan ini.....

Cara Penyertaan :

Kempen Hias Kenderaan
Hiaskan kenderaan anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

Jenis-jenis kenderaan yang boleh dihiaskan termasuk kereta, motosikal, bas, lori, beca dan basikal.

Rakam foto anda bersama kenderaan anda yang dihiasi itu (sila guna kamera digital) dan hantar kepada kami untuk dinilai.

Pertandingan ini bermula pada 1 Ogos hingga 18 September 2011. Hadiah mingguan berjumlah RM3,500 menanti para pemenang.

Hadiah mingguan berupa:

Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM1,500
Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM1,000
Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM500
Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM100 untuk lima pemenang

Syarat penyertaan:

1. Pengirim hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

2. Pertandingan terbuka kepada pemilik-pemilik kenderaan seluruh negara.

3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik kenderaan sahaja dianggap pemenang.

4. Semua foto untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu foto tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja bagi setiap minggu.

6. Tarikh akhir muat turun foto penyertaan pukul 12 tengah malam setiap Ahad minggu berkenaan:

Minggu I: 1 Ogos hingga 7 Ogos 2011

Minggu II: 8 Ogos hingga 14 Ogos 2011

Minggu III: 15 Ogos hingga 21 Ogos 2011

Minggu IV: 22 Ogos hingg 4 September 2011

Minggu V: 5 September hingga 11 September 2011

Minggu VI: 12 September hingga 18 September 2011

7. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan) dan keterangan gambar.

8. Pemenang minggu berkenaan akan diumumkan pada minggu berikutnya.

9. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

10. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

11. Foto-foto yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

12. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto yang dihantar untuk pertandingan.

13. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

14. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.


Anda juga boleh rujuk di laman : http://xtive.utusan.com.my/kempen_merdeka


Sumber : Utusan Malaysia Online

KEPADA YANG KREATIF YANG PANDAI MEKAP BLOG DAN WEB....
BOLEHLAH SERTAI PERTANDINGAN INI....
AKU PLAK TAK PANDAI NGAN BAB-BAB MEKAP BLOG NI.... HEHE

Saturday, July 23, 2011

Qari dan Qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 Tahun 2011


Tahniah Kepada Peserta Dari MALAYSIA


KUALA LUMPUR 23 Julai – Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini.

Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.

Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan qari Malaysia tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 berserta trofi dan sijil.

Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Dalam pada itu, qari Filipina, Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.

Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 berserta sijil.

Peserta lain tilawah tersebut pula menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 berserta sijil.

Bagi kategori qari, tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.

Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat, manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.

Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis malam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Sumber : Utusan Online

TAHNIAH KEPADA PESERTA MALAYSIA..