Monday, May 10, 2010

Chelsea Julang Trofi EPL

 LONDON – Chelsea berjaya merampas kejuaraan Liga Perdana England dari Manchester United selepas membelasah Wigan Athletic 8-0 semalam dengan Didier Drogba melakukan hatrik.


Walaupun United menamatkan saingan musim ini dengan mencatat kemenangan 4-0 ke atas Stoke City di Old Trafford, tetapi perayaan terbesar berlaku di Stamford Bridge yang mana jaringan dihasilkan Drogba, dua lagi oleh Nicolas Anelka dan masing-masing satu gol melalui Frank Lampard dan Salomon Kalou menyaksikan Chelsea muncul juara dengan kelebihan satu mata bagi musim pertama Carlo Ancelotti di EPL.


Ia merupakan kejuaraan ketiga Chelsea selepas enam tahun dan keputusan itu menghalang United untuk menjadi pasukan pertama muncul juara EPL empat tahun berturut-turut.


“Selepas mendahului 1-0 saya mula terfikir kejuaraan akan menjadi milik kami, lupakan tentang perkara lain, ia adalah hari buat Kelab Bola Sepak Chelsea dan ini adalah hari kami.


“Ia memang amat perit selepas tiga tahun tidak memenangi kejuaraan liga dan hari ini kami berhak memenanginya. Saya berasa sangat kecewa selama tiga tahun, melihat United menjulang trofi ini dari musim ke musim,” kata ketua pasukan Chelsea, John Terry selepas kisah peribadinya menjadi tajuk akhbar dan kehilangan jawatan ketua pasukan England.


Kali terakhir Chelsea muncul juara ialah musim 2005/06 ketika di bawah bimbingan Jose Mourinho manakala penyerang mereka, Didier Drogba muncul penjaring terbanyak dengan 29 gol mengatasi Wayne Rooney dengan 26 gol keseluruhan


The Blues memberi isyarat awal trofi EPL musim ini menjadi milik mereka apabila memperoleh jaringan pada minit keenam melalui rembatan deras Nicolas Anelka.


Gol tersebut berpunca dari sepakan percuma Drogba pada minit keenam yang terkena benteng sebelum di sepak Michael Ballack ke dalam petak penalti dan Florent Malouda melakukan tandukan menuju tepat ke arah Anelka.


Chelsea dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-29 selepas Frank Lampard ditarik pertahanan Wigan, Gary Caldwell seterusnya menyaksi kan pemain itu dilayangkan kad merah.


Lampard tenang mengambil sepakan penalti menewaskan penjaga gol Wigan, Michael Pollitt walaupun dia berjaya merebahkan badan ke arah yang tepat.


Gol ketiga Chelsea disumbangkan Salomon Kalou pada minit ke-53 selepas melakukan gerakan satu dua dengan Lampard sebelum Anelka menambah gol keempat tiga minit kemudian.


Pasukan bimbingan Ancelotti itu terus berpesta gol melalui jaringan keempat Nicolas Anelka pada minit ke-56 sebelum Drogba melakukan hatrik pada minit ke-63, 68 dan 80, sementara gol terakhir disumbangkan pertahanan kiri mereka, Ashley Cole pada minit ke-90.


Sementara itu, di Old Trafford menyaksikan Darren Fletcher melakar nama selaku penjaring pada minit ke-31 sebelum Ryan Giggs menambah gol kedua pada tujuh minit kemudian.


Babak kedua menyaksikan Stoke bertambah hampa apabila Danny Higginbotham menjaringkan gol sendiri pada minit ke-54 manakala gol terakhir disumbangkan Park Ji-Sung enam minit sebelum perlawanan tamat.


Chelsea mampu muncul juara berganda jika mereka memenangi perlawanan akhir Piala FA menentang Portsmouth, Sabtu ini. – AP

Sumber : Utusan Malaysia Online

CHELSEA MENANG BERGAYA MENGALAHKAN WIGAN 8-0
DAN SETERUSNYA MENANG JUARA EPL.....
SELEPAS NI NAK JUARA PIALA FA ....

MAN UTD JUARA APE PLAK ????
 

Mail ‘diperkosa’ ibu tunggal

SUNGAI PETANI: “Dia merenung saya dengan penuh ghairah sebelum tiba-tiba menyelak kainnya dan merangkak ke atas tubuh saya,” kata seorang pemandu lori berusia 40-an yang mendakwa ‘diperkosa’ seorang tukang urut wanita di Bedong, dekat sini, pertengahan bulan lalu.
Lelaki terbabit yang mahu dikenali sebagai Mail berkata, dia tidak menyangka, malah terkejut apabila wanita berusia 50-an itu bertindak demikian kerana hanya mengetahui wanita terbabit menyediakan khidmat mengurut.




Difahamkan, wanita terbabit yang juga ibu tunggal hanya memberi khidmat mengurut kepada lelaki selain turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.




Tukang urut wanita itu menjalankan kegiatan berkenaan sejak beberapa tahun lalu di rumahnya yang turut didiami bersama dua anaknya. Malah, ketika memberikan ‘perkhidmatan’ itu, kedua-dua anaknya berada di ruang tamu manakala dia bersama pelanggannya ‘beraksi’ dalam bilik.




Mail ketika ditemui berkata, dia yang sebelum ini tidak tahu-menahu mengenai kegiatan itu pergi ke rumah wanita berkenaan kira-kira jam 5 petang bagi mengurut badan yang sakit selepas diberitahu rakan berhubung urutan wanita itu kononnya sangat berkesan.




“Saya diberitahu supaya datang mengurut selama tiga hari berturut-turut dengan bayaran RM30 setiap kali urutan,” katanya.




Katanya, pada hari kedua, wanita terbabit mula bertindak pelik apabila tiba-tiba mengurut kemaluannya. “Dia kemudian dengan ghairah tiba-tiba menyelak kainnya dan meniarap ke atas saya yang terlentang. Lebih mengejutkan, dia tidak memakai seluar dalam,” katanya.




Mail yang terkejut dengan tindakan wanita itu segera menolaknya hingga jatuh sebelum mencapai pakaiannya serta bergegas keluar dari rumah wanita terbabit.




Katanya, berikutan kejadian itu, dia tidak pergi ke rumah wanita berkenaan untuk mengurut pada hari ketiga kerana menyesal serta terkejut dengan tindakannya.


“Saya kesal dengan perbuatan wanita itu kerana mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang mendapatkan perkhidmatannya. Sepatutnya dia hanya mengurut, sebaliknya sanggup mengajak melakukan hubungan seks.




“Selepas kejadian itu, saya diberitahu rakan bahawa wanita itu memberi perkhidmatan urut kepada orang lelaki saja dan perkhidmatannya itu sudah berlarutan selama beberapa tahun dan sering menjadi tumpuan golongan lelaki,” katanya.




Mail berkata, dia dimaklumkan ramai di kalangan pemandu lori sering ke rumah wanita terbabit bagi mendapatkan khidmat urutnya terutama pada sebelah petang dan malam. Katanya, wanita itu menjadi tumpuan kerana masih cantik dan ramping walaupun usianya sudah melewati 50 tahun. Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, ketika dihubungi, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kegiatan wanita itu tetapi berjanji akan melakukan siasatan.

Sumber : Harian Metro Online

SEMAKIN PARAH LA NI....
YANG WANITA TUA SEMAKIN MENJADI-JADI....
SANGGUP MEMPERKOSA LELAKI....

WANITA PERKOSA LELAKI ???