Saturday, October 16, 2010

Al-Fatihah : Artis Yalal Chin Meninggal Dunia

Kenal dengan pelakon dan dramatis ini ?
( Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin )



  (  Drama lakonan Arwah Yalal Chin )


Al – Fatihah. Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin, telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.15 tengah malam tadi (16 Oktober), di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Allahyarham sebelum ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM setelah mendapat serangan jantung mengejut, kira-kira dua minggu lalu. Allahyarham mendapat serangan jantung ketika sedang mengambil wudhu untuk solat Subuh.

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.

Jika ada salah dan silap yang pernah dilakukan oleh Allahyarham, sama-samalah kita memaafkannya.

Al-Fatihah.

 Sumber : Internet Online

AL-FATIHAH.. 
SEMOGA ROHNYA DITEMPATKAN BERSAMA MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

Kelantan mara ke separuh akhir Piala Malaysia

 PEMAIN Kelantan, Mohd. Nor Farhan Mohamad (atas) berjaya melepasi asakan pemain pertahanan Selangor, Hardi Jaafar pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, malam tadi. Kelantan menang 3-0


 

Video Gol Ke-2 Jaringan Akmal Rizal :- http://syamsyun84.blogspot.com/2010/10/kelantan-mara-ke-separuh-akhir-piala.html

KOTA BHARU – Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan berada dalam kelas tersendiri apabila mara sebagai pasukan pertama ke separuh akhir Piala Malaysia setelah menewaskan Selangor dengan agregat 3-0 pada pertemuan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, semalam.

Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong, tuan rumah menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri dengan mempamerkan corak permainan menyerang sebaik sahaja wisel dibunyikan.

Kelantan membuka jaringan menerusi pemain sayap lincah Mohd. Nor Farhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran rakan sepasukan untuk meletakkan tuan rumah mendahului 1-0.

Kelantan mengukuhkan kedudukan dengan menyumbat gol kedua pada minit ke-24 menerusi Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang menanduk hantaran lintang ketua pasukan Indra Putra Mahyuddin.

Selangor yang tergamam dengan corak permainan tuan rumah cuba bangkit dengan mempamerkan rentak berbeza pada babak kedua apabila sering mengancam kubu Kelantan.

Peluang terbaik Selangor hadir pada minit ke-59 menerusi R. Surendran, namun rembatannya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi membuktikan kematangan apabila berjaya menyelamatkan sepakan kapten Selangor, Amri Yahyah.

Tersentak dengan asakan Selangor, Kelantan mula memperkemaskan jentera serangan.

Mohd. Badri Radzi melengkapkan malam cemerlang Kelantan apabila memperdayakan pemain pertahanan Selangor untuk memastikan Kelantan layak ke pusingan seterusnya.

Menanti Kelantan di separuh akhir ialah pemenang antara Kedah menentang Terengganu dalam satu lagi saingan suku akhir, hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia Online

KELANTAN, NANTIKAN KUNJUNGAN KEDAH ANDAI KATA MENANG DENGAN TERENGGANU.....
BUAT SELANGOR, TUNGGU TAHUN DEPAN PLAK ITUPUN KALAU LAYAK KE SUKU AKHIR.... 
CAKAP BESAR SANGAT... BLEH MENANG DENGAN KELANTAN.. AMBIK KAU!!

Pemberian bonus beri implikasi kewangan besar – PM


KUALA LUMPUR 16 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam berikutan ia akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.

Najib berkata, beliau sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab tak boleh membelanjakan wang melebihi pendapatan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini. – Utusan


Sumber : Utusan Malaysia Online
MAKNA KATA, BONUS TAK DAPAT TAHUN NI.....
DAPAT RM500 PUN OK LA DARI TAK DAPAT LANGSUNG....
PENDAPAT KORANG ?