Wednesday, March 10, 2010

Piala Dunia 2010 : Kumpulan & Jadual Perlawanan


Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jadual_Piala_Dunia_FIFA_2010

Sumber : Wikepedia

 BILA MALAYSIA NAK LAYAK KE PERLAWANAN AKHIR PIALA DUNIA ??

Keputusan Bola Sepak Piala FA : 09 Mac 2010

KEDAH 1 - 1 ATM

SELANGOR 5 - 1 POS MALAYSIA

KL PLUS 1 - 0 NEGERI SEMBILAN

T TEAM 3 - 1 TERENGGANU


SELANGOR berpesta gol apabila menumpaskan Pos Malaysia 5-1 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Selayang malam tadi.

Amri Yahyah dan pemain gentian Rudie Ramli masing-masing menyumbang dua gol, manakala Safee Sali melengkapkan kemenangan selesa untuk dijadikan bekalan buat Gergasi Merah Kuning apabila menyambut kunjungan Pos Malaysia di Stadium Shah Alam 20 Mac ini.

Jaringan tunggal Pos Malaysia disempurnakan oleh bekas penyerang Telekom Melaka, Khairul Zal Azmi Zahiruddin, pada minit ke-77.

Di Alor Star, Kedah terikat 1-1 dengan Angkatan Tentera Malaysia. Kedah membuka tirai jaringan pada minit ke-57 menerusi Khairul Helmi Johari sebelum V. Saravanan menyamakan kedudukan enam minit kemudian. Malang buat penyerang Kedah, Azlan Ismail, yang dilayangkan kad merah tidak lama sebelum wisel penamat ditiup.

KL Plus pula menewaskan Negeri Sembilan 1-0 manakala T-Team menewaskan Terengganu 3-1.



Sumber : FAM Website

KEDAH SERI... 
SELANGOR KENDURI GOL.. 
TERENGGANU KALAH DENGAN ADIK.... 
NEGERI SEMBILAN KENA SEBIJI DENGAN KL PLUS.... 
INILAH REALITI PERMAINAN BOLA SEPAK.. 
TAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN MENANG....