Showing posts with label Minyak. Show all posts
Showing posts with label Minyak. Show all posts

Thursday, July 05, 2012

5 Julai 2012 : Harga Minyak Turun 20sen Berkuatkuasa Hari Ini

Harga Runcit RON97 Turun 20 Sen Hari Ini

Kuala Lumpur: Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga berkenaan berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 yang menurun. Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dari semasa ke semasa, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu.

Sumber : Berita Harian Online

AGAKNYA, BILA PULAK HARGA PETROL RON95 NAK TURUN ?
SEKUPANG PUN JADI LA... TURUN GAK NAMANYA.... KAN ?

Thursday, May 05, 2011

5 Mei 2011 : Petrol RON 97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90

 Sumber : Malaysiakini

Bermula tengah malam Khamis, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter, menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).

Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.



Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dikatakan berpunca akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Bulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter.

Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan.

Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.

RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON 95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter. 

Sumber : MalaysiaKini Online
MINYAK RON97 NAIK LAGI... MENJADIKAN RM2.90..
MINYAK RON95 KEKAL PADA HARGA RM1.90..

Wednesday, December 01, 2010

RON97 kini RM2.30 seliter


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai esok.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.

Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.

Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan.

Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion.

Sumber : Utusan Malaysia Online
MINYAK NAIK HARGA LAGI!!
NASIB LA RON95 TAK NAIK... HARAP-HARAP TAK NAIK LA MINYAK RON95 NI...

Wednesday, November 03, 2010

Kenaikan harga petrol Ron 97 bukan isu, kata Ismail Sabri

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

-------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter semalam bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman.


"Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif sistem laluan Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) di sini hari ini.

Katanya, rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.


Beliau berkata, demikian berikutan pembangkang yang didakwa menggunakan isu kenaikan harga minyak RON 97 sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan.

Katanya, kebanyakan stesen minyak di kawasan kampung, termasuk Gua Musang dan Batu Sapi juga tidak menyediakan petrol jenis RON 97. "Kenapa kita nak bimbang kepada perkara yang tidak memberi kesan kepada kita. Rakyat tak perlu bimbang," katanya.

Beliau berkata, kenaikan harga petrol RON 97 itu juga tidak akan menyebabkan kenaikan harga barang kerana tidak membabitkan kenaikan harga diesel.


Ismail berkata, harga petrol RON 97 boleh berubah naik atau turun pada hari pertama setiap bulan, berdasarkan kiraan purata hari pertama hingga hari ke-28 bulan sebelumnya.

Harga seliter RON 95 ialah RM1.85, manakala diesel RM1.75 seliter.


Katanya, kerajaan tidak meletakkan harga lantai kepada pengusaha stesen minyak yang meletakkan harga rendah berbanding saingan mereka namun sebarang harga jualan dirujuk kepada Kementerian Kewangan.


Beliau berkata, ia bagi memastikan harga RON 97 tidak dimanipulasi dan dijual dengan harga tinggi berbanding dengan harga minyak pasaran dunia.


Mengenai MyCOID, beliau berkata lebih banyak agensi kerajaan persekutuan akan dibabitkan pada fasa ketiga inisiatif itu selain cadangan untuk mengambil kira pembabitan agensi kerajaan negeri pada masa akan datang. -Bernama

Sumber : Harian Metro Online
MINYAK OH MINYAK.... 
KALAU BUKAN TAHUN INI RON95 TAK NAIK,
ADA JAMINAN KE TAHUN DEPAN TAK NAIK HARGA ?
 

Tuesday, November 02, 2010

Harga Minyak Ron97 Naik 5 Sen pada 2 November 2010


Harga Minyak
Ron 97 
Naik 5 sen mulai
02 November 2010


HARGA ASAL : RM2.10
HARGA BARU : RM2.15


UNTUK MINYAK RON95,
MASIH KEKAL PADA HARGA SEKARANG



Sumber : selangor2u.com

KITA TUNGGU TENGOK HARGA MINYAK RON95 NAK NAIK BILA...
MINGGU DEPAN ? BULAN DEPAN ? TAHUN DEPAN ?