Thursday, July 30, 2015

ACARA MENARIK GEMPAK KELUARGA FELDA DI PENDANG, KEDAH 1 OGOS 2015

















Wednesday, July 29, 2015

Senarai Penuh Kabinet 2015, Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri ( TPM ), Ganti Muhyiddin

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumum sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada barisan Kabinet baharu perdana menteri.

Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara demikian dalam satu sidang media yang berlangsung pada 1.50 petang tadi di sini sebentar tadi.

Perubahan portfolio turut melibatkan menteri lain antaranya Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Reezal Merican (Timbalan Menteri Luar), Datuk Wan Junaidi (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Salleh Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia) dan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Menurut Najib selepas mengumumkan rombakan tersebut, langkah menggantikan Muhyiddin ialah satu keputusan yang amat sukar, namun terpaksa dilakukan agar Jemaah Menteri terus bergerak sebagai pasukan jitu.

Selain, Muhyiddin, empat menteri lain yang turut digugurkan ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hasan Malek, Datuk Seri G. Palanivel, dan Datuk Dr Ewon Ebin.

Daripada tujuh menteri baharu itu, tiga merupakan timbalan menteri yang dinaikkan pangkat. Mereka ialah Datuk Hamzah Zainudin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Menteri Pendidikan).

Muka baharu ialah Datuk Wilfred Madius Tangau (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said Keruak (Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Dua muka lama yang menyertai semula kabinet ialah Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Ong Ka Chuan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II).


Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015: 

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Razak

MENTERI KEWANGAN II
Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri
1. Datuk Chua Tee Yong
2. Datuk Johari Abdul Ghani

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Timbalan Menteri
1. Datuk Mohd Johari Baharum

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri
1. Datuk Nur Jazlan Mohamed
2. Masir Anak Kujat

MENTERI LUAR NEGERI
Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2
Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri
1. Datuk Ahmad Maslan
2. Senator Datuk Lee Chee Leong

MENTERI KESIHATAN
Datuk Seri Dr S.Subramanian

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

MENTERI PENDIDIKAN
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Timbalan Menteri
1. P.Kamalanathan
2. Chong Sin Woon (Senator)

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan Menteri
1. Datuk Mary Yap Ken Jin

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri
1. Datuk Mas Ermieyati Samsudin

MENTERI PENGANGKUTAN
Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri
1. Datuk Abdul Aziz Kaprawi

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI: 
Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri
Datuk Noriah Kasnon

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Senator Datuk Seri Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri
1. Datuk Jailani Johari

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: 
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH: 
 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri
1. Datuk Alexander Nanta Linggi
2. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI: 
Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri
1. Datuk Dr Abu Bakar Diah

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR: 
Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri
1. Datuk Ir Hamim Samuri

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI: 
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri
1. Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

MENTERI KERJA RAYA
Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
Datuk Hamzah Zainuddin

Timbalan Menteri
Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT 
Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri 
1. Datuk Azizah Mohd Dun
2. Senator Datuk Chew Mei Fun

MENTERI SUMBER MANUSIA 
Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri 
1. Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN 
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri 
1. Datuk loga Bala Mohan

MENTERI BELIA DAN SUKAN 
Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri 
1. Datuk M Saravanan

MENTERI JABATAN PERDANA MENTERI 
1. Datuk Seri Azalina Othman Said
2. Nancy Shukri
3. Senator Datuk Seri Wahid Omar
4. Datuk Wee Ka Siong
5. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
6. Senator Datuk Seri Idris Jala
7. Tan Sri Joseph Kurup
8. Datuk Joseph Entulu Belaun
9. Datuk Seri Shahidan Kassim
10. Senator Paul Low Seng Kuan
11. Datuk Mah Siew Keong

Timbalan Menteri 
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/70592

Sumber : Facebook, Whatsapp, Bharian.com.my dan Astro Awani.

Tuesday, July 28, 2015

Karnival Berkonsepkan 'Santai Rohani' Menanti Komuniti Tempatan PENDANG, 1 Ogos 2015

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini, 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA yang pertama.


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Yayasan Felda mengumumkan koloborasi bersama Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) bagi mengadakan program jelajah; "Gempak Keluarga FELDA" di sepuluh lokasi utama rancangan Felda.

Ini adalah julung-julung kalinya Astro bekerjasama dengan Kumpulan FELDA dan beberapa entiti dibawahnya untuk menjayakan program jelajah berbentuk karnival seterusnya menjadikan program ini sebagai salah satu inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat mereka.

Program jelajah Gempak Keluarga FELDA ini mensasarkan kumpulan pelanggan yang terdiri dari komuniti Felda Wilayah dan daerah di sekitarnya. Gempak Keluarga Felda akan membuka tirainya di Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini. 

Program Gempak Keluarga Felda ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali Ibrahim dan turut dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Pegarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Dato’ Mohd Emir Mavani Abdullah, Pengarah Hal Ehwal Komuniti Astro, Datuk David Michael Yap, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Dato’ Sri Dr. Emel Faizal Mohd Mokhtar dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh. 

"Kami begitu teruja dengan kolaborasi yang dimeterai bersama FELDA, FGV dan Yayasan Felda ini. Di pihak Astro, kami telah mengatur pelbagai aktiviti menarik untuk diisi sepanjang berlangsungnya program ini. Berkonsepkan Salam Muslim (Santai Rohani), Gempak Keluarga FELDA menampilkan sedikit kelainan apabila menjadikan program-program berbentuk islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini”, jelas Khairul Anwar. 

"Pelbagai aktiviti berkonsepkan kekeluargaan akan disajikan kepada para pengunjung yang hadir ke Gempak Keluarga FELDA ini. Kami akan mewujudkan zon-zon yang berlainan untuk menampilkan kepelbagaian dan variasi serta sesuai bagi setiap peringkat umur dari kanak-kanak ke golongan dewasa. Para pengunjung berpeluang untuk menyuarakan sebarang soalan kepada peserta program Pencetus Ummah atau Imam Muda di slot ’Anda Tanya PU / Imam Muda Jawab’, belajar dengan lebih lanjut mengenai ’Seni Khat’ dan teka & jawab di slot ’Kuiz Agama’ di Zon Islamik @ Salam Muslim. Pengunjung juga boleh bertemu dengan pelawak-pelawak popular tanah air seperi Bocey di Zon Lawak dan barisan artis-artis terkemuka seperti Mawi, Haleeda (Gegar Vaganza), Idris (Kilauan Emas), Ewal (Akademi Fantasia), Erry Putra dan ramai lagi di Zon Hiburan dan Zon Drama", tambahnya.

Menurut beliau, ”Warga FELDA juga dialu-alukan untuk terlibat secara langsung di Zon Lifestyle yang mana menampilkan pertandingan-pertandingan berbentuk interaktif seperti Pertandingan Menghias Kek, Pertandingan Mencipta Resipi Bonda (Master Chef), Limbo Rock dan banyak lagi. Setiap pertandingan ini bakal diberikan suntikan tempatan apabila turut melibatkan wakil-wakil dari komuniti FELDA untuk tampil menjadi pengadil. Lebih menarik lagi, program ’Bintang FELDA Akhir’ yang dijangka akan diadakan di slot petang bakal menyaksikan juara yang dinobatkan membawa pulang hadiah menarik sumbangan pihak penaja”.

Sementara itu, Hanapi berkata, ”Program ini dapat mengetengahkan para usahawan generasi FELDA serta mempekenalkan produk – produk mereka ke khalayak ramai dengan lokasi berdekatan bandar-bandar utama” katanya.

Beliau juga menyatakan sehingga kini, terdapat lebih 30,000 usahawan generasi FELDA yang terlibat dalam Perusahaan, Perniagaan, perdagangan, Tanaman, Akuakultur, Kraf, Ternakan.

Mohd Emir berkata, program jelajah ini akan membantu FGV dan Kumpulan Felda untuk mendekati serta beramah mesra dengan orang ramai khususnya golongan peneroka.

"Kerjasama dengan Astro ini dilihat mampu memberi impak kepada ekonomi di 10 lokasi Felda yang akan dijelajahi dengan menawarkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan selain menarik pelancong luar sepanjang program,” katanya.

Sepanjang program jelajah ini, FGV akan turut mengetengahkan programprogram tanggungjawab sosial (CSR) Kumpulan antaranya adalah program pemuliharaan Beruang Matahari dan bunga Rafflesia melalui kerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan.

Gempak Keluarga FELDA akan turut memeriahkan sambutan Hari Peneroka peringkat kebangsaan yang dijangkakan akan diadakan di Terengganu pada Ogos nanti.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Stadium Mini Pendang, Kedah pada 1 Ogos 2015 ini, 10.00 pagi – 10.00 malam untuk sesi Gempak Keluarga FELDA yang pertama.

Lokasi seterusnya dijangka diadakan di Felda Wilayah Terengganu pada 8 Ogos 2015 bersempena dengan Hari Peneroka Kebangsaan. Lokasi-lokasi lain termasuklah di Felda Wilayah Trolak @ Perak, Felda Wilayah Raja Alias @ Negeri Sembilan, Felda Wilayah Segamat @ Johor, Felda Wilayah Kuantan @ Pahang dan banyak lagi. Nantikan pengumuman kami dari masa ke semasa mengenai tarikh-tarikh yang akan ditetapkan di setiap lokasi. Jumpa anda 1 Ogos 2015 ini! 

Sumber : http://www.feldaglobal.com/gempak-keluarga-felda.html

Gempak Astro Keluarga Felda di Pendang, Kedah Pada 1 Ogos 2015



KUALA LUMPUR 1 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan Yayasan Felda akan bekerjasama dengan Astro Malaysia Holdings Bhd, bagi penganjuran program jelajah 'Gempak Keluarga Felda' di 10 lokasi utama rancangan Felda bermula Ogos ini.

Program yang menyasarkan kumpulan pelanggan dalam kalangan komuniti Felda dan daerah di sekitarnya, akan membuka tirai di Stadium Mini Pendang, Kedah, pada 1 Ogos 2015.

Pengarah Besar Felda, Datuk Hanapi Suhada berkata, program itu dijangka dapat mengetengahkan para usahawan generasi Felda selain memperkenalkan produk-produk mereka di lokasi berdekatan bandar-bandar utama.

"Sehingga kini, terdapat lebih 30,000 usahawan generasi Felda yang terlibat dalam perusahaan, perniagaan, perdagangan, tanaman, akuakultur, kraf dan ternakan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Bhagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dalam satu kenyataan berkata, Astro telah mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang program yang berkonsepkan Salam Muslim (Santai Rohani) itu.



"Gempak Keluarga Felda menampilkan sedikit kelainan apabila ia menjadikan rancangan berbentuk Islamiah dan kerohanian sebagai asas utama program jelajah ini," katanya.

Menerusi penganjuran program terbabit, Astro akan mewujudkan zon-zon berbeza bagi menampilkan kepelbagaian, variasi serta bersesuaian mengikut setiap peringkat umur kanak-kanak sehingga golongan dewasa.

Program jelajah yang juga antara inisiatif tahunan tanggungjawab sosial korporat Felda, akan meneruskan penjelajahannya di tanah rancangan termasuk Felda Wilayah Terengganu pada 8 Ogos 2015, diikuti Felda Wilayah Trolak (Perak), Felda Wilayah Raja Alias (Negeri Sembilan), Felda Wilayah Segamat (Johor), Felda Wilayah Kuantan (Pahang).- BERNAMA

Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/felda-astro-bekerjasama-anjur-program-jelajah-gempak-keluarga-felda-1.109420

Monday, July 20, 2015

Buat Duit Dengan CMD Revell iEXP4U, PENDANG, KEDAH

Satu lagi peluang buat duit tahun 2015 ini adalah Buat Duit dengan CMD Revell iEXP4U. Melalui CMD Revell iexp4u ini, anda berpeluang menjana pendapatan RM1,000 setiap hari bersamaan RM30,000 sebulan.



Dengan satu produk sahaja anda boleh menjana pendapatan 3, 4 hingga 5 angka..anda guna..promote dan ceritakan pada kawan-kawan apa khasiat dan manfaat yang anda alami....

Guna dan jual lebih baik kerana diri anda sendiri testimoninya...

lebih ikhlas dan menyakinkan...

Caranya:
Anda beli sebotol 120ml terus menjadi ahli..
Keahlian seumur hidup

Modal anda itu sepantas kilat akan dapat semula..anda tidak akan rugi...modal dapat kembali..kesihatan anda juga terjaga...bukan anda sahaja TETAPI seluruh ahli keluarga anda juga sebab produk ini boleh digunakan untuk semua lapisan umur...
sebotol tu anda boleh berkongsi dengan ahli keluarga yang lain...

KEISTIMEWAAN CMD - 1001 KHASIAT, BERIBU TESTIMONI

CMD bukan calang-calang produk dan bukan macam produk yang berlambak kat pasaran. Air kedua terbaik selepas air zam-zam. Air zam-zam mempunyai 99 mineral, CMD pula mempunyai 72 mineral. Dua-dua air beralkali. 


InsyaAllah semua penyakit dari baby sampai la ke orang tua.. Dengan izin Allah, boleh kita ubati dan cegah. Apa pon mencegah lagi baik dari mengubati kan? 


Antara khasiatnya ialah untuk: 

• Kencing Manis 
• Resdung 
• Darah Tinggi 
• Asma 
• Gout 
• Buasir 
• Barah Payudara & Usus 
• Begok 
• Meningitis & Thalasemia 
• Ceasarean 
• Jantung & Barah Jantung 
• Barah Otak 
• Darah Rendah 
• Strok 
• Angin Ahmar 
• Buah Pinggang 
• Migrain 
• Gastrik 
• Paru Berair 
• Kulit Kering 
• Berat Badan 
• Sakit Anggota Badan 
• Badan Letih 
• Kuat Merokok 
• Sakit Sendi 
• Kurang Selera Makan 
• Kecederaan & Patah Tulang 
• Ketagihan alcohol/ dadah

MACAMMANA PROSES CMD DI KATAKAN BERKESAN?


Concentrate Mineral Drops – Titisan air dari Mata Air Great Salk Lake. Tasik ni berada 1000KM jauh dari bandar.. Tiada pencemaran, di kelilingi gunung. Air hanya masuk tapi tak mengalir keluar. Begitu hebat ciptaan Allah. Air dari tasik ini lah yang berkhasiat untuk kita gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat. Air tasik ini diekstrak dan disejat secara solar dan ditapis dan di pasteur secara semulajadi.


Bagaimana ANDA boleh buat duit dengan CMD revell ni ?

1. Bonus Sponsor = RM50


Contoh kiraan:

ANDA rekemen rakan beli 1 botol CMD (pakej silver) ANDA akan dapat BONUS RM50

5 rakan beli CMD Revell, ANDA akan dapat RM250 sehari

2. Bonus Pasangan (Pairing) - 12% = RM12

Bonus pairing dibayar secara harian. Ramai yang "tersenyum sorang2" setiap hari terima mesej kemasukan Bonus melalui SMS di henpon masing-masing sekitar jam 10 pagi.

3. Bonus Matching (Group Bonus)
Level 1 - 10%
Level 2 - 5%

Kunci menjana duit yang banyak di iEXP4U hanya berkongsi produk CDM ini cuma dengan 2 orang saja. Jika setiap kawan dan prospek anda dapat lakukan ini, anda akan menjana pendapatan dalam CMD Revell

Pakej Perniagaan CMD iEXP4U

1) SILVER - RM178 ( 1 botol 120ml )

Bonus Sponsor RM50
Potensi Sehari RM1000


2) Gold - RM470.70 ( 3 botol 120 ml PERCUMA 1 botol 65ml)

SPONSOR BONUS RM150
Pontensi RM4500 Sehari



3) Diamond - RM909.50 ( 6 botol 120ml PERCUMA 1 botol 65ml)

SPONSOR BONUS RM300
Pontensi RM6000 Sehari



Yang bestnya, yang kecil boleh taja yang besar. Contohnya anda Silver boleh taja Diamond dan ANDA akan dapat Bonus Sponsor RM300

Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Dengan CMD iEXP4U Revell ?

Mudah saja, anda hanya perlu sediakan modal minima RM178 dan kenalkan/buat sponsor dua orang sahaja.

Rakan anda juga buat perkara yang sama seperti yang anda telah buat.

Itu sahaja.


Yang jadi masalahnya kalau anda buat sorang2. Memang confirm takkan berjaya. Disini saya nyatakan 3 faktor penting untuk berjaya dalam bisnes networking iaitu:

1. Ada MENTOR 

2. Ada TEAM yang saling menyokong sesama ahli
3. Ada SISTEM yang mudah ditiru dan duplikasi


Bagaimana TEAM kami dapat membantu ANDA untuk buat bisnes ni ?

1. Kami ada mentor yang telah berjaya mencapai pendapatan 5angka sebulan..

2. Kami merupakan team yang mempunyai kepakaran dalam dunia pemasaran online. Anda akan diajar mempromosikan CMD Revell menggunakan pemasaran online seperti facebook dan website. Anda akan diberikan website promosi secara PERCUMA. Contoh website LIHAT SINI 

3. Dalam support group kami ada ribuan ayat dan gambar testimoni yang anda boleh copy dan paste

4. Tak perlu cari orang, orang yang cari kita

5. Anda tak perlu pos barang

6. Anda tak perlu keluar jumpa orang pun..duduk depan komputer je. dah ramai dalam team kami berjaya melalui teknik ini.

Niat kita nak bantu orang lain sihat..InsyaAllah duit akan datang dengan sendirinya

Nak jual tanpa jadi ahli pun boleh tapi harganya mahal la..lebih baik jadi ahli dapat harga MURAH. Lebih JIMAT..Sapa tak nak JIMAT kan?



Kenapa CMD Revell iEXP4U  ? 


  • CMD Revell adalah bisnes sebenar, platform yang terbaik dengan modal rendah tapi mampu menjana pendapatan yang lumayan secara berterusan
  • Produk CMD ni dah 20 tahun di pasaran Malaysia dengan ribuan testimoni pelbagai penyakit

  • Syarikat telah bertapak di Malaysia selama 27 Tahun - Sangat Kukuh 


Jadi, Apa yang anda perlu buat?


1. Daftar sebagai ahli..boleh mula dengan pakej yang paling kecil.

2. Copy paste ayat promosi dan gambar testimoni di group. Ada Ribuan ayat dan gambar TESTIMONI yang anda boleh gunakan. Produk ini tinggi permintaannya. 

Berminat?

SMS CMD<>Nama hantar ke 017-5763248
Contoh: CMD Amani hantar ke 017-5763248
atau

PM saya "CMD" Klik sini ---> http://facebook.com/messages/syamsyun

ikhlas
MD SHAMSUL BIN AWANG
017-5763248
syamsyun@yahoo.com
MYKED1132634