Monday, November 02, 2009

Win A Prize : Nokia N85 For You And More


Prizes:
Nokia N85 x 1 item
Panasonic Digital Camera FS-4 x 1 item
iPod Shuffle 3rd generation (4GB) x 1 item
Petronas Cash Voucher worth RM10 x 20 items
1000 AIP ONILNE SURVEYS EPoints x 50 winners


Sertailah sekarang untuk mewakili konsumer Malaysia dan mendapat Hadiah-hadiah!

AIP Corporation memberi khidmat kepada organisasi dan entiti daripada seluruh dunia, dengan menjalankan kaji selidik dalam talian dan dengan itu, menyampaikan suara anda untuk pembangunan produk dan perkhidmatan yang lebih baik.
Selepas anda menjadi ahli kami, anda akan dijemput melalui emel untuk menyertai Kaji Selidik Dalam Talian AIP kami.
Anda akan diberi ganjaran dengan Epoin untuk setiap kaji selidik yang dilengkapkan, dan boleh menebusnya untuk hadiah-hadiah yang hebat.









 

Polis bakar kemaluan remaja degil


GEORGETOWN - Penduduk Guyana terkejut dan marah selepas kemaluan seorang budak lelaki berusia 14 tahun melecur akibat dibakar dalam insiden terbaru melibatkan kekejaman polis di negara Amerika Selatan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Saudara mara mangsa dan beberapa pertubuhan hak asasi berkata, budak lelaki itu disiksa di balai polis Leonora, pedalaman Guyana setelah dia ditahan pada minggu ini berhubung satu kes bunuh.

"Polis mencurah sedikit cecair mudah terbakar pada kemaluan budak itu dan membakarnya. Mereka kemudian mencucuh api rokok pada mulutnya. Tidak cukup dengan itu, mereka turut membelasah mangsa hingga lembik," kata kenyataan Persatuan Hak Asasi Manusia Guyana.

Susulan insiden kejam itu, dua pegawai polis telah ditahan untuk soal siasat kelmarin.

Polis di negara yang diperintah oleh Presiden Bharrat Jagdeo itu sebelum ini kerap dikecam kerana didakwa gemar menyiksa suspek.
Guyana iaitu bekas tanah jajahan British, dihuni oleh 750, 000 orang penduduk. - Agensi

Pondan Jepun Dinobat Tercantik Dunia


PATTAYA - Seorang hos televisyen di Jepun, Haruna Ai menitiskan air mata apabila dimahkotakan sebagai pondan tercantik dunia di sini sekali gus menewaskan pondan tuan rumah yang sebelum ini terkenal dengan kejelitaan mereka.

Ai, 37, mengetepikan cabaran sengit 20 peserta lain termasuk dari Brazil, China, Singapura dan Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan Miss International Queen 2009 yang berlangsung di Pattaya iaitu pulau peranginan popular di Thailand.

"Saya amat, amat, amat gembira. Pondan di Thailand lebih bernasib baik kerana diterima masyarakat tidak seperti di negara kami (Jepun)," kata Ai yang tidak dapat menahan air mata selepas tiara pertandingan itu dipakaikan ke kepalanya.

Menurutnya, dia berharap agar orang ramai saling sayang menyayangi dan dapat menerima golongan itu tanpa sebarang prejudis.

Ai memenangi wang tunai AS$10,000 (RM34,125), penginapan selama setahun di sebuah hotel Pattaya dan baucar pembedahan kosmetik berharga AS$500 (RM1,700) selepas menewaskan dua naib johan iaitu peserta tuan rumah Karngsadal Wongdusadeekul, dan wakil Brazil, Daniela Marques.

Di Thailand, pertandingan ratu cantik melibatkan pondan dianggap serius seperti acara-acara tradisi lain.
Pertandingan yang berlangsung kelmarin itu disiarkan menerusi televisyen dan ditonton oleh berjuta-juta rakyat negara itu. - AFP

700 Cawangan Bank Di Britain Akan Ditutup


LONDON - Bank utama Britain, The Royal Bank of Scotland (RBS), Northern Rock dan Lloyds Banking Group bakal menjual sehingga 700 cawangan dalam tempoh beberapa tahun akan datang sebagai tukaran kepada pakej bantuan ekonomi yang diterima tahun lalu, kata seorang pegawai semalam.

Jelas pegawai yang enggan dikenali itu, aset yang dijual tersebut akan digunakan bagi membentuk tiga entiti bank baru dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bank-bank terbabit kini dalam fasa rundingan dengan perbendaharaan Britain dan pihak pengawal atur Eropah berhubung jumlah aset yang perlu diserahkan.

"Secara mudah, mereka (bank-bank) diperlu menarik pelaburan dengan menutup cawangan," kata pegawai.
Northern Rock kini memiliki lebih 100 cawangan, Lloyds Banking Group (hampir 3,000 cawangan) dan RBS (hampir 2,200 cawangan).

Syarikat kewangan terkenal seperti Barclays PLC atau syarikat Sepanyol, Banco Santander S.A. yang memiliki tiga perniagaan bank di Britain bagaimanapun tidak dibenarkan membida penjualan aset berkenaan.
Jelas sumber tersebut, jumlah cawangan bank yang dijual tertakluk kepada perubahan kerana ia masih belum dimuktamadkan.

Kerajaan Britain tahun lalu menyuntik dana awam kepada bank-bank di negara itu bagi menyelamatkan sistem perbankannya daripada terus gulung tikar.


Hasil penjualan aset milik Northern Rock, RBS dan Lloyds Banking Group itu diharap dapat memberi pulangan wang kerajaan. Lloyds Banking Group dan RBS enggan mengulas ketika dihubungi kelmarin. - AP

Kosmo Online - 2 November 2009

30 Peratus Murid Sekolah Di Kelantan Buta Huruf ?

KOTA BHARU - Kira-kira 30 peratus daripada lebih 100,000 murid sekolah rendah di Kelantan didapati masih buta huruf apabila mereka didapati gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
"Mereka dikatakan gagal menguasai 3M walaupun selepas tiga tahun bersekolah," kata Ketua Sektor Akademik dan Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Adnan Mohd. Nor.

Menurutnya, terdapat segelintir murid masih buta huruf walaupun sudah memasuki sekolah menengah.
"Sebahagian daripada mereka merupakan murid luar bandar dan anak-anak Orang Asli di pedalaman," ujarnya selepas majlis pelancaran Kem Membaca 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di sini semalam.

Sehubungan itu, menurut Adnan, JPN akan meneruskan kelas pemulihan di sekolah rendah bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran asas 3M.

Suka Duka Penyokong Kelantan


HAJAT para penyokong Kelantan ke Stadium Utama Negeri, Kangar untuk memberi sokongan serta meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka mara ke final Piala Malaysia bertukar menjadi peristiwa hitam.
Kegembiraan mereka seakan-akan telah disentap oleh segelintir penyokong Perlis yang tidak berpuas hati ekoran kekalahan skuad Singa Utara itu.

Insiden membaling objek dan mercun bukan sahaja berlaku di dalam stadium, malah ia turut berlarutan sehingga ke luar stadium.
Keadaan tersebut menyebabkan beberapa penyokong Kelantan didakwa mengalami kecederaan selain berpuluh- puluh buah kereta dan rosak teruk.
"Pihak berkuasa sepatutnya bertindak pantas menyuraikan keadaan sebelum keadaan bertambah teruk terutama ketika para penyokong Perlis mula berkumpul dan membaling objek," kata seorang penyokong Kelantan, Ilyas Abdullah, 18.

Sementara itu, seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd. Sabri Rauf, 20, menceritakan detik cemas selepas kenderaannya dibaling batu dan objek keras dipercayai oleh penyokong Perlis.
"Keadaan ketika itu begitu cemas, kereta yang saya naiki dihujani batu menyebabkan cermin belakang pecah serta beberapa bahagian kereta kemek dan saya bersama rakan- rakan lain berada dalam ketakutan," dakwanya.

Sabri berkata, dia yang memandu kereta jenis Nissan Sentra bersama berpuluh-puluh kenderaan termasuk bas yang membawa pemain dan penyokong Kelantan terpaksa diiringi oleh pihak polis untuk keluar dari stadium sejurus perlawanan tamat.
"Ketika kereta yang saya pandu keluar dari stadium saya bersama tiga lagi rakan terkejut apabila terdengar bunyi yang kuat pada bumbung kereta akibat dibaling batu.
"Selepas beberapa minit, kami sekali lagi terkejut apabila cermin belakang kereta saya berderai terkena balingan batu sehingga masuk ke bahagian tempat duduk bela- kang," katanya.

Seorang lagi penyokong setia Kelantan, Suib Abdullah, 26, memberitahu, pergaduhan tercetus sebelum perlawanan berlangsung lagi.
Dakwanya, ia berlaku apabila kedua-dua penyokong berperang mulut sebelum insiden membaling objek termasuk mercun.

7 pasangan kekasih dicekup


KUANTAN: Tujuh pasangan kekasih ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dalam operasi mencegah maksiat di beberapa hotel bajet di sini, pagi semalam termasuk satu pasangan yang memberi alasan terpaksa bermalam kerana mahu menghadiri uji bakat program realiti Raja Lawak dalam usaha melepaskan diri daripada ditahan.

Pasangan terbabit yang berasal dari Bukit Tinggi, Bentong ditahan jam 7 pagi, dan ketika pintu bilik mereka diketuk, seorang lelaki berusia 23 tahun membukanya.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaip, Badarudin Ahmad Bustami, berkata lelaki itu yang memakai seluar pendek dan kemeja-T mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu biliknya.




“Lelaki itu tergamam sebaik membuka pintu sehingga pegawai penguat kuasa memperkenalkan diri dan memasuki bilik. Kita kemudian temui remaja wanita berusia 19 tahun sedang berbaring di atas katil dengan berbaju-T dan bertuala.

“Apabila ditanya sama ada sudah berkahwin, kedua-duanya menafikannya. Lelaki itu memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah termasuk datang ke sini untuk menghadiri uji bakat Raja Lawak.

“Berikutan itu pasangan terbabit ditahan atas kesalahan berkhalwat," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Badarudin berkata, semua pasangan yang ditahan berusia antara 18 hingga 30 tahun dalam operasi yang dijalanakan bermula jam 6.30 pagi hingga 9 pagi.

“Mereka akan didakwa mengikut seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, semua pasangan yang ditangkap dibawa ke pejabat Jaip untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan penguat kuasa dan seorang penjamin.

“Kita bebaskan mereka dengan bersyarat iaitu jaminan seorang penjamin bagi memastikan pelaku maksiat itu hadir pada hari pendakwaan kesalahan di mahkamah nanti, biasanya sebutan kes didakwa sebulan selepas tarikh mereka ditangkap.
“Yang mana masih remaja dan belajar, kita akan maklumkan kepada ibu bapa mereka, biar keluarga masing-masing mengetahui apa kegiatan anak mereka di sini,” katanya.

Berita Harian Online - 2 November 2009

Dr Asri ditahan


Bekas Mufti Perlis didakwa mengajar tanpa tauliah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.

Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut.


Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya.

Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri.

Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang.

Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan.

Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais.

Menurut sumber, Jais menyiasat kegiatan Dr Mohd Asri sejak beberapa bulan lalu kerana dipercayai cuba menghidupkan fahaman yang berlawanan dengan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kelompok tertentu, terutama kumpulan elit dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sejak beberapa tahun kebelakangan ini di sekitar Selangor.

Sebelum ini beliau dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Fahaman itu diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab pada abad ke-18 di Semenanjung Arab. Muhammad dilahirkan pada 1703 di Najd.

Antara ajaran Wahabi ialah menolak doa qunut, amalan membaca Yasin, bertahlil di kuburan dan zikir selepas sembahyang yang menjadi amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ajaran itu dikatakan menimbulkan keraguan serta kontroversi sehingga menyebabkan ia dikatakan punca perpecahan umat Islam di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (Jappis) dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan difahamkan menolak serta menyekat ajaran itu disebarkan di negara ini.

Ia tidak bersesuaian dengan pendekatan Islam di negara ini dan dikhuatiri akan menggugat perpaduan umat. 


Berita Harian Online - 2 November 2009