Monday, November 02, 2009

Suka Duka Penyokong Kelantan


HAJAT para penyokong Kelantan ke Stadium Utama Negeri, Kangar untuk memberi sokongan serta meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka mara ke final Piala Malaysia bertukar menjadi peristiwa hitam.
Kegembiraan mereka seakan-akan telah disentap oleh segelintir penyokong Perlis yang tidak berpuas hati ekoran kekalahan skuad Singa Utara itu.

Insiden membaling objek dan mercun bukan sahaja berlaku di dalam stadium, malah ia turut berlarutan sehingga ke luar stadium.
Keadaan tersebut menyebabkan beberapa penyokong Kelantan didakwa mengalami kecederaan selain berpuluh- puluh buah kereta dan rosak teruk.
"Pihak berkuasa sepatutnya bertindak pantas menyuraikan keadaan sebelum keadaan bertambah teruk terutama ketika para penyokong Perlis mula berkumpul dan membaling objek," kata seorang penyokong Kelantan, Ilyas Abdullah, 18.

Sementara itu, seorang lagi penyokong Kelantan, Mohd. Sabri Rauf, 20, menceritakan detik cemas selepas kenderaannya dibaling batu dan objek keras dipercayai oleh penyokong Perlis.
"Keadaan ketika itu begitu cemas, kereta yang saya naiki dihujani batu menyebabkan cermin belakang pecah serta beberapa bahagian kereta kemek dan saya bersama rakan- rakan lain berada dalam ketakutan," dakwanya.

Sabri berkata, dia yang memandu kereta jenis Nissan Sentra bersama berpuluh-puluh kenderaan termasuk bas yang membawa pemain dan penyokong Kelantan terpaksa diiringi oleh pihak polis untuk keluar dari stadium sejurus perlawanan tamat.
"Ketika kereta yang saya pandu keluar dari stadium saya bersama tiga lagi rakan terkejut apabila terdengar bunyi yang kuat pada bumbung kereta akibat dibaling batu.
"Selepas beberapa minit, kami sekali lagi terkejut apabila cermin belakang kereta saya berderai terkena balingan batu sehingga masuk ke bahagian tempat duduk bela- kang," katanya.

Seorang lagi penyokong setia Kelantan, Suib Abdullah, 26, memberitahu, pergaduhan tercetus sebelum perlawanan berlangsung lagi.
Dakwanya, ia berlaku apabila kedua-dua penyokong berperang mulut sebelum insiden membaling objek termasuk mercun.

No comments: