Friday, January 07, 2011

SYAMSYUN84 Fan Box : Terima Kasih Kepada Rakan2 Yang Menyukai Laman Ini.


Ini Facebook Fanbox untuk SYAMSYUN84.

Kepada sesiapa yang menyukai laman ini di facebook. Tekan "Like" atau "Suka" di bawah ini.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih... Macam Hafizal Hamad plak kan...

Apapun, Terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang menyukai laman ini.

Tak lupa juga, boleh letak address laman korang di bawah ini. Kita pakat2 share dan follow blog antara satu sama lain. Kalau ada perkembangan terbaru atau apa-apa sahaja mengenai blog, facebook, twitter dan sebagainya, boleh kirim email kepada syamsyun@yahoo.com.

Adios. Amigos. Assalamualaikum...


SYAMSYUN84 on Facebook

Pemilik kedai makan terkejut cicak dalam sos


ALOR SETAR - Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd. Noor, 29, berkata, bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.

"Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak,” katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal. 

 Sumber : Kosmo Online

AGAKNYA, JENAMA APA SOS TU ?
KES NI YANG BUAT TAK LALU MAKAN SOS NI...