Thursday, January 13, 2011

Lepaskan Pemain Menyertai Pasukan Luar Demi Bola Sepak Negara, Kata Raja Ahmad

IPOH, 13 Jan (Bernama) -- Pasukan bola sepak dalam negara diminta melepaskan pemain mereka yang ingin berhijrah atau mendapat tawaran bermain dengan pasukan luar negara bagi membolehkan pemain itu memperolehi pendedahan dan pengalaman.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar semasa membuat saranan itu berkata ia merupakan jalan terbaik bagi meningkatkan mutu permainan bola sepak dalam negara, yang pada dasarnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain.

Beliau berkata keengganan pasukan melepaskan pemain tidak menjanjikan perubahan kepada kemahiran pemain itu, terutama di kalangan pemain muda yang sangat memerlukan pendedahan.

"Sekiranya negara benar-benar ingin kembali menjadi gergasi bola sepak di rantau ini, pasukan negeri atau negara hendaklah mengorbankan pemain mereka untuk beraksi sementara di luar negara," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan jersi bola sepak kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak di sini pada Khamis.

Katanya di pihak pemain pula, mereka juga hendaklah berani keluar bermain dengan pasukan luar terutama di Eropah yang mempunyai mutu permainan yang jauh berbeza.

"Janganlah hanya mengharap ilmu bola sepak yang ada dalam negara sahaja, sebaliknya tanam sikap berani berubah dan pergi ke pasukan lain (luar negara) demi mencari pengalaman," katanya.

Raja Ahmad seterusnya menasihati pemain agar tidak hanya meletak sasaran untuk berhijrah menyertai pasukan rantau Asia Tenggara yang mempunyai corak permainan hampir serupa dengan Malaysia.

"Bertekadlah untuk bermain di negara yang pernah melahirkan lagenda bola sepak. Indonesia, Singapura dan Thailand adalah negara jiran yang mempunyai corak permainan yang hampir sama dengan Malaysia, pergilah ke Eropah, Jepun atau Korea Selatan yang kini jauh lebih baik," katanya.

Menurutnya setiap pemain hendaklah memberanikan diri mengharungi pelbagai rintangan bagi menimba ilmu dan mencari pengalaman jika ingin menaikkan mutu permainan bola sepak diri yang dimiliki, dan seterusnya untuk negara.

Sumber : BERNAMA

LEPASKAN.. LEPASKAN.. 
PEMAIN-PEMAIN MALAYSIA YANG MENERIMA TAWARAN DARIPADA LUAR NEGARA....
BIARKAN PEMAIN-PEMAIN MENIMBA PENGALAMAN BERAKSI DI LUAR NEGARA..

Naik 2 Anak Tangga : Malaysia baiki ranking FIFA


KUALA LUMPUR: Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA.

Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993.

Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146).

Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara. - BERNAMA 

Sumber : Berita Harian Online
TAHNIAH MALAYSIA.. BERJAYA MEMPERBAIKI KEDUDUKAN CARTA FIFA..
LEPAS NI, DENGAN HARAPAN MENGGUNUNG RAKYAT MALAYSIA..
SKUAD HARIMAU MALAYA BOLEH PERGI JAUH LAGI.. 
 SETERUSNYA LAYAK KE PIALA DUNIA..