Tuesday, September 14, 2010

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2010 ( 14 Sept 2010 )

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2010

Johor FC 1 Kedah 1

Perak 2 ATM 2

Terengganu 1 Pahang 3

Selangor 3 T-Team 1

Perlis 3 Felda United 2

KL 0 Sabah 0

KL Plus 0 PKNS 1

Kelantan 0 Negeri Sembilan 1

Sumber : Utusan Malaysia Online

SERI PLAK KEDAH MALAM NI ?
BOLEH MENANG KA LEPAS NI ?

Restoran jual air suam RM1 segelas berdepan tindakan undang-undang: KPDNKK

GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengambil tindakan terhadap sebuah restoran makanan laut di Tanjong Tokong di sini yang menjual air suam pada harga RM1 segelas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, M Guna Selan, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai tindakan restoran itu mengenakan bayaran bagi air suam, walaupun harganya tidak terdapat dalam menu.
Selain itu, beliau berkata, pelanggan tetap dikenakan bayaran bagi air suam walaupun mereka memesan makanan dan minuman lain.
"Semalam, sepasukan pegawai penguatkuasa kita menyiasat dakwaan itu dan mengunjungi restoran berkenaan serta meminta segelas air suam, pegawai berkenaan juga telah dikenakan bayaran sebanyak RM1 bagi segelas air suam itu," katanya hari ini.

Guna Selan berkata, semua restoran diwajibkan mempamerkan tanda harga bagi semua makanan dan minuman, walaupun ia bukan barang kawalan.

Beliau berkata, peniaga juga perlu meletakkan harga yang munasabah agar pengguna tidak berasa mereka diperdaya.

Katanya, KPDNKK akan mengambil tindakan terhadap pemilik restoran itu mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Harga (Penandaan Harga Peruncit) 1993, Akta Kawalan Harga 1946 kerana gagal meletak atau mempamerkan tanda harga.

"Jika disabitkan kesalahan, peniaga secara individu, boleh didenda tidak lebih RM15,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun, atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000," katanya. - Bernama 

Sumber : Berita Harian Online
AWAT YANG PI JUAL SAMPAI RM1, JUAL LA RM10 KA...
BAGUIH JUGAK.. SENANG SKIT NAK DENDA... 

Tindakan tegas oleh SKMM terhadap penyalahgunaan Internet

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan komunikasi sebagai platform untuk menggugat keharmonian dan sensitiviti masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
SKMM berkata, pihaknya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas laman web, blog dan portal berita atas talian yang didapati melanggar peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.


Akta itu memperuntukkan kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 berkaitan pemberian kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau orang lain.


"Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk mengeluarkan notis atau amaran, menyekat laman web atau blog mengikut Seksyen 263(2) dan memulakan siasatan berdasarkan peruntukan akta berkenaan," kata SKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tindakan turut diambil untuk mendakwa pesalah di mahkamah dengan persetujuan Peguam Negara selain tindakan diambil ke atas kandungan dan aktiviti di internet berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan dan undang-undang di bawah bidang kuasa masing-masing. SKMM menasihatkan agar semua pengguna ICT lebih rasional dan bijak memanfaatkan kemudahan ICT seperti internet agar tidak terkeliru ataupun terpengaruh dengan unsur-unsur negatif yang cuba disalurkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.


"Pemilihan dan perkongsian maklumat dan informasi yang baik dan positif melalui internet adalah tanggungjawab kita bersama dan pihak SKMM berharap internet dapat digunakan sebagai wadah untuk membangunkan masyarakat dan negara," menurut kenyataan itu.


Sementara itu, sebuah pasukan khas diwujudkan bersama polis berhubung isu untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara menerusi Internet ekoran penerimaan 533 aduan salah guna Internet seperti Facebook dan Twitter.-Bernama 

Sumber : Harian Metro Online
BERHATI-HATI APABILA BERBLOGGER ATAU KOMEN DALAM INTERNET...

Akhirnya : Norman, Memey bertunang

 KOTA TINGGI 13 Sept. - Aktres Memey Suhaiza Suhaimi selamat ditunangkan dengan pasangannya yang juga aktor kacak, Norman Hakim, 34, di kediamannya di Felda Tenggaroh Selatan 1, di sini hari ini.

Memey, 22, yang anggun mengenakan busana berwarna putih rekaan Ezuwan Ismail menerima sebentuk cincin pertunangan daripada Norman dalam satu majlis ringkas yang diadakan petang ini.

Majlis menyarungkan cincin dilakukan oleh ibu Norman sendiri, Kamariah Kamal sambil disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain itu, Memey turut menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya kasut, beg tangan, baju dan buah-buahan manakala Norman pula menerima tujuh dulang daripada pihak perempuan berupa sirih junjung, set wangian untuk lelaki, coklat dan buah-buahan.

Dalam sesi perbincangan selama 30 minit itu, pihak lelaki diwakili oleh bapa saudara Norman, Mejar (B) Ismail Kamat manakala Memey diwakili oleh datuknya, Sarwani Saien.

Bagaimanapun tempoh pertunangan dan wang hantaran belum ditetapkan.

Memey ketika ditemui pemberita melahirkan rasa kesyukuran selepas bergelar tunangan kepada Norman atau nama betulnya, Muhammad Norhakim Zaidon apatah lagi selepas mengharungi pelbagai dugaan dalam alam percintaan mereka.

"Saya bersyukur kerana majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun persiapan untuk majlis tersebut hanya dua minggu. Terima kasih kepada keluarga dan sanak saudara yang banyak membantu.

"Mengikut perancangan awal, kami hanya bercadang untuk merisik tetapi setelah berbincang dengan kedua belah pihak kami bersepakat untuk terus mengikat tali pertunangan," katanya.

Sementara itu, Norman yang hadir memakai baju kemeja berwarna putih, berseluar jean dan bersongkok berkata, Memey adalah pilihannya dan ia mendapat restu kedua orang tua.

Malah dia turut menyifatkan Memey sebagai wanita yang sabar dan mampu melengkapi hidupnya untuk perjalanan akan datang.

"Saya yang memilih dia. Ia datang dari hati dan bukan paksaan dari mana-mana pihak. Malah saya juga bertuah kerana anak-anak saya juga menerima kehadirannya," katanya riang. 

Sumber : Utusan Malaysia Online
KALAU NIKAH TERUS KAN BAGUS...
DAH BERTUNANG, BILA PULAK NAK NIKAH NYER ??

Macam-Macam : Dua lelaki bekal sperma secara haram melalui internet didakwa

Dua lelaki bekal sperma secara haram melalui internet didakwa

LONDON 14 Sept. - Dua lelaki Inggeris membuat keuntungan secara haram dengan menjalankan laman web yang menyediakan sperma kepada wanita yang ingin hamil, kata pihak pendakwa semalam.

Nigel Woodforth dan Ricky Gage meraih pendapatan 250,000 pound (RM1.24 juta) dengan menjalankan syarikat dalam talian yang memperkenalkan penderma sperma tidak dikenali kepada wanita yang inginkan anak.

Para pendakwa memberitahu juri di mahkamah London bahawa Woodforth, 43, menjalankan syarikat dari ruang bawah rumahnya. Kedua-dua lelaki ini tidak mempunyai lesen untuk menerima dan mengedarkan sperma, seperti yang disyaratkan oleh undang-undang Britain.

Hampir 800 wanita telah membuat bayaran untuk menggunakan perkhidmatan syarikat itu yang menyediakan senarai maklumat penderma lelaki tidak dikenali itu.

Mereka boleh membuat pilihan dari segi etnik, ketinggian dan sehinggalah warna rambut daripada penderma sperma yang mereka mahu gunakan, dan sperma itu kemudian dihantar ke rumah menggunakan syarikat kurier, kata pihak pendakwa.

Kedua-dua lelaki tersebut menghadapi dua dakwaan berhubung menyediakan sperma secara haram, tetapi mereka mengaku tidak bersalah.

Mereka mendakwa bahawa syarikat tersebut hanya memperkenalkan perkhidmatan tersebut tetapi urusan perjanjian dijalankan secara peribadi oleh penggunanya.

Lelaki terbabit ditahan pada April 2009 selepas pegawai polis menjalankan siasatan dengan menyamar sebagai penyumbang sperma dan wanita yang mencari sperma. - AP

Sumber : Utusan Malaysia Online
AGAKNYA, KALAU DIJUAL KAT MALAYSIA, ADA ORANG NAK BELI TAK ?