Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Semakan Keputusan (GSTT) AMBILAN DISEMBER 2011



Semakan Keputusan 
GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) 
AMBILAN DISEMBER 2011


Sukacita dimaklumkan Bahagian Pendidikan Guru, 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 
akan membuka talian semakan keputusan 
GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) 
AMBILAN DISEMBER 2011 
melalui portal rasmi 
bermula 19 Disember 2011.


Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA BERJAYA KEPADA BAKAL GURU SANDARAN

Wednesday, October 19, 2011

JAWATAN KOSONG : Guru di SMI Al-Amin Gombak


Assalamu'alaikum,

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak mempunyai kekosongan jawatan sebagai guru sebanyak 8 kekosongan berikutan penambahan kelas pada tahun 2012. bilangan pelajar semasa (2011) seramai 700+ dan akan bertambah menjadi 800+. jadi kami memerlukan individu untuk mengisi jawatan guru baru:

1 Guru bahasa melayu
4 Guru bahasa inggeris
1 Guru diniyyah / B.arab
2 Guru sains

Kelebihan yang ditawarkan:
Biah solehah yang memberangsangkan
Subsidi makanan
Tabungan Haji dan Umrah
Manfaat kesihatan
Insuran berkelompok
internet percuma 24 jam
Kenaikan gaji tahunan

Kelayakan:
Umur bawah 40 tahun
Warganegara
Muslim/Muslimah
Minima ijazah dalam bidang yang berkaitan
tak perlu sijil pendidikan
Tidak merokok
berpengalaman atau tidak tak jadi masalah

Cara memohon:
1. Hantar resume ke alamat berikut: Unit Sumber Manusia, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Lot 1078 Batu 8, Sungai Pusu, Gombak. (lengkap dengan salinan sijil2 pengajian termasuk SPM dan sijil2 sokongan - tak perlu pengesahan)
atau
2. Isi secara online di portal Al-Amin 

Sebarang kemusykilan sila hubungi: Encik Rizal (03-61889873)

TARIKH TUTUP: 31 OKTOBER 2011