Sunday, November 13, 2016

PLAZA TOL PENDANG AKAN DILAKSANAKAN KUTIPAN TOL ELEKTRONIK MULAI 30.11.2016



Alor Setar: Pengguna lebuh raya di Plaza Tol Hutan Kampung, di sini, hingga Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang akan menikmati perjalanan lebih lancar apabila PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melaksanakan sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya bermula 30 November ini. 

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata, pihaknya kini dalam proses persediaan seratus peratus sistem itu yang membabitkan sembilan plaza tol dengan mewajibkan pengguna menggunakan kad PLUSMiles, Touch n Go atau SmartTAG. 

Katanya, sembilan plaza tol itu ialah Plaza Tol Hutan Kampung, Alor Setar Utara, Alor Setar Selatan, Gurun, Pendang, Sungai Petani Utara, Sungai Petani Selatan, Bertam dan Sungai Dua. 

"Di sini saya ingin menyarankan supaya pengguna menggunakan kad PLUSMiles kerana kami menawarkan rebat sempena musim perayaan dan promosi tertentu, jadi pengguna akan mendapat manfaat selain dapat melancarkan perjalanan semua kenderaan. 

“PLUS akan menyediakan lorong khas bagi mendapat dan menambah nilai kad elektronik Touch n Go dan PLUSMiles di lorong paling kiri di plaza tol terbabit,” katanya selepas Majlis Gotong-Royong PLUS sempena Hari Komuniti PLUS di Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah, hari ini.

Sumber : Hmetro Online http://www.hmetro.com.my/node/180986