Thursday, October 14, 2010

Adam Lambert beri jaminan tidak melakukan adegan cium di atas pentas

 ( Adam Lambert )

KUALA LUMPUR: Penyanyi Rock Amerika Syarikat (AS), Adam Lambert, berkata beliau tidak akan melakukan adegan cium ketika di atas pentas, tetapi meneruskan aksi ranggi, selepas mendapat bantahan daripada umat Islam di negara ini.

Lambert menempah nama dalam dunia hiburan susulan penyertaannya pada pertandingan American Idol, yang mana secara terbuka mengakui beliau adalah homoseksual.

Bintang baru realiti televisyen AS itu sering menimbulkan kontroversi menerusi persembahannya, termasuk ketika diundang untuk menyampaikan lagu pada Anugerah Muzik AS, di mana Lambert melakukan aksi seks ketika di pentas.

Ia membabitkan tindakannya mencium pemain keyboard lelaki.

“Saya berpendapat sesetengah pihak mempunyai masalah apabila saya mencium lelaki di atas pentas. Bagaimanapun, seperti yang kamu ketahui saya tidak suka menimbulkan kecurigaan...ia adalah penting bagi saya untuk memberikan persembahan kepada rakyat Malaysia,” Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum mereka membenarkan pertunjukan itu diteruskan di sini, hari ini. - AFP

Sumber : Berita Harian Online

BENARKAH TIADA ADEGAN CIUM DI PENTAS ??
KALAU ADA, MACAM MANA ?

BBSK kempen jangan bayar tarif air baru Kedah


ALOR SETAR: Barisan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) yang dianggotai kira-kira 50 ahli Pemuda UMNO negeri akan mengadakan "Kempen Jangan Bayar Tarif Air Baru" bagi membantah langkah kerajaan negeri menaikkan tarif air kegunaan domestik sebanyak antara 25 dan 44 peratus berkuatkuasa 1 Oktober lalu.

Pengerusi Penaja BBSK, Sobri Sudin, berkata kempen berkenaan akan dilaksanakan secara konsisten dengan mengadakan siri jelajah seluruh negeri bagi menyeru rakyat Kedah supaya tidak membayar bil air yang menggunakan tarif baru berkenaan.

Beliau berkata, ini adalah pendekatan yang dilaksanakan oleh pihaknya demi memperjuangkan hak rakyat di negeri ini yang disifatkan teraniaya dengan kenaikan tarif baru itu.

"Kita di peringkat akar umbi akan laksanakan kempen ini secara besar-besaran dengan menyeru seluruh ahli Pemuda, termasuk Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim, supaya menyertai kempen ini bagi membantah tindakan kerajaan negeri menaikkan tarif baru berkenaan.

"Kerajaan negeri perlu sedar kebanyakan penduduk di negeri ini masih berpendapatan rendah dan kenaikan harga air adalah satu penganiayaan kerana ia menambah beban ditanggung rakyat.

"Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak lebih baik Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, meletak jawatan kerana gagal mentadbir negeri dengan baik," katanya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di depan perkarangan Bangunan Tunku di sini, hari ini.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, berkata beliau akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Krisis Air untuk mendesak kerajaan negeri memperbaiki mutu bekalan air khususnya di kawasan bermasalah.

Beliau berkata, jawatankuasa yang akan disertai beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini juga akan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk mempertimbangkan usaha mengambil tindakan undang-undang bersesuaian terhadap kerajaan negeri berhubung masalah bekalan di kawasan tertentu.

"Sejurus jawatankuasa ini ditubuhkan, kami akan mengadakan siri jelajah dan berkempen menyeru rakyat Kedah khususnya di kawasan yang kerap berdepan krisis bekalan air supaya tidak membayar bil air.

"Kami kesal dengan tindakan kerajaan negeri menaikkan tarif air sedangkan mutu perkhidmatan masih di takuk lama di mana ada kawasan sering berdepan masalah ganguan bekalan air.

"Kerajaan negeri tidak sedar bahawa hampir 50 peratus rakyat di negeri menerima bekalan air yang mengecewakan termasuk keruh dan berkeladak,"katanya.

Pada 30 September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din mengumumkan kenaikan tarif air sebanyak 25 hingga 44 peratus bagi kegunaan domestik membabitkan 457,707 pemegang akaun di negeri ini, berkuatkuasa 1 Oktober lalu.

Penstrukturan semula itu dikatakan tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos pengeluaran dan pengurusan bekalan air sejak lebih 10 tahun kebelakangan ini.

Adzmi dilaporkan berkata, tarif air yang digunapakai sebelum ini adalah tarif dan pelarasan yang dilaksanakan pada 1 Mac 1993 dan ia belum pernah distrukturkan sejak 17 tahun lalu.

Pelarasan tarif baru itu juga, katanya, diluluskan Kerajaan Persekutuan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Sumber : Berita Harian Online
ISU AIR DI KEDAH TAK HABIS-HABIS LAGI ?
APA KOMEN KORANG ? NAK BAYAR ATAU TIDAK ?
NAK PAKAI AIR KOLAH ATAU NAK PAKAI AIR SADA ?
KALAU KENA POTONG BEKALAN AIR, SIAPA YANG SUSAH ?

Artis Terlampau Mulut Merah

 ( Artis sedang di make-up )

 ( Sedang tunggu untuk membuat persembahan )

( Menyanyi album terbaru )

Sumber : Kenalan Blog

SIAPA NAK TEMPAH PENYANYI INI ?

15 Oktober 2010 : Bajet 2011, 1Malaysia Menjana Transformasi

Portal BAJET 2011 dibangunkan khusus oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi menyalurkan informasi secara terus kepada masyarakat Malaysia berkenaan Bajet Negara 2011.

Portal ini turut menyediakan siaran langsung pembentangan Ucapan Bajet 2011 oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan melalui audio dan video, kemudahan muat turun teks ucapan Bajet 2011 dan cabutan Laporan Ekonomi 2010/2011.


TEKS UCAPAN BAJET 2011

Teks Ucapan Bajet 2011 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 15 Oktober 2010 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Teks Ucapan Bajet 2011 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Bajet 2011 www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut:

* Jabatan Kastam Diraja Malaysia
* Lembaga Hasil Dalam Negeri
* Bank Negara Malaysia
* Suruhanjaya Sekuriti


Maklumat Lanjut, Layari : http://www2.treasury.gov.my/

APA HARAPAN ANDA UNTUK BAJET 2011 ?
APA KOMEN ANDA TENTANG BAJET 2011 ?

Proton Inspira dibuka untuk tempahan



SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd hari ini memperkenalkan model baru gantian Waja yang dikenali sebagai Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia.

Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini. 

Sumber : Berita Harian Online
CEPAT!! CEPAT!! BUAT TEMPAHAN AWAL UNTUK MILIKI PROTON INSPIRA


Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - Okt 2010

LHDN merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional,dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai Kumpulan Pengurusan kami yang berdedikasi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

– Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 31 (1 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Penaksiran) Gred 21 (39 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Perkeranian) Gred 21 (19 Kekosongan)

– Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Gred 21 (1 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Kejuruteraan) Gred 21 (4 Kekosongan)

– Pembantu Tadbir (Juruteknik Komputer) Gred 21 (28 Kekosongan)
 
– Pembantu Tadbir (Operator Komputer) Gred 21 (3Kekosongan)

– Pembantu Tadbir (Keselamatan) Gred 21 (24 Kekosongan)


DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 25 Oktober 2010

NEW Proton Waja Lancer : INSPIRA








Terdapat beberapa keping foto terbaru Proton Inspira yang boleh dilihat di Proton Inspira Club. Foto-foto tersebut lebih jelas dan mempunyai sudut yang cantik. Terima kasih kepada Proton Inspira Club kerana sudi berkongsi foto-foto terbaru Proton Inspira.

Di bawah pula adalah petikan dari Utusan Malaysia ;

Model Ganti Proton Waja
SHAH ALAM 12 Okt. – Model baru Proton yang namanya masih dirahsiakan, akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.

Terdapat tiga varian enjin MIVEC yang disediakan iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Bermula Khamis ini, orang ramai yang berminat memiliki kereta yang dikenali sebagai model pengganti Waja ini boleh membuat tempahan di seluruh rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat ‘inspirasi daripada nama tempatan,’ manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.

Model ini adalah versi ditukar lencana daripada Mitsubishi Lancer, dengan kendalian dan sistem gantungan (suspension) dipertingkatkan oleh Proton dan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan permukaan jalan serta gaya pemanduan tempatan.

Semalam, para pengedar Proton telah dibawa memandu uji kereta ini, manakala hari ini, sekumpulan wartawan pemotoran termasuk Utusan Malaysia telah memandu ujinya dari Pusat Kecemerlangan Proton di sini sehingga ke Genting Highlands.

Difahamkan, Proton meletakkan sasaran untuk menjual lebih 1,000 unit sebulan kereta ini dengan jangkaan versi 1.8 liter transmisi automatik bakal menjadi pilihan utama.

Berdasarkan penelitian Utusan Malaysia, terdapat pengubahsuaian minimum dibuat ke atas kereta ini iaitu pada bahagian jeriji depan dan bamper belakang berbanding Lancer.

Kereta ini disasarkan kepada pengguna Proton Waja dan Persona serta model-model jenama lain yang sekelas dengannya, yang mahu menaik taraf kepada kereta baru yang bergaya sport tetapi tetap sesuai untuk keluarga.

Proton kenakan syarat ketat mengenai penerbitan gambar kenderaan itu dalam akhbar dan gambar yang tersiar hari ini ditentukan oleh pengurusan syarikat itu sendiri.


Sumber : Arena Kereta dan Utusan Malaysia
WAJA WAJAH BARU, NAMA PUN BARU... INSPIRA