Thursday, October 14, 2010

Adam Lambert beri jaminan tidak melakukan adegan cium di atas pentas

 ( Adam Lambert )

KUALA LUMPUR: Penyanyi Rock Amerika Syarikat (AS), Adam Lambert, berkata beliau tidak akan melakukan adegan cium ketika di atas pentas, tetapi meneruskan aksi ranggi, selepas mendapat bantahan daripada umat Islam di negara ini.

Lambert menempah nama dalam dunia hiburan susulan penyertaannya pada pertandingan American Idol, yang mana secara terbuka mengakui beliau adalah homoseksual.

Bintang baru realiti televisyen AS itu sering menimbulkan kontroversi menerusi persembahannya, termasuk ketika diundang untuk menyampaikan lagu pada Anugerah Muzik AS, di mana Lambert melakukan aksi seks ketika di pentas.

Ia membabitkan tindakannya mencium pemain keyboard lelaki.

“Saya berpendapat sesetengah pihak mempunyai masalah apabila saya mencium lelaki di atas pentas. Bagaimanapun, seperti yang kamu ketahui saya tidak suka menimbulkan kecurigaan...ia adalah penting bagi saya untuk memberikan persembahan kepada rakyat Malaysia,” Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa sebelum mereka membenarkan pertunjukan itu diteruskan di sini, hari ini. - AFP

Sumber : Berita Harian Online

BENARKAH TIADA ADEGAN CIUM DI PENTAS ??
KALAU ADA, MACAM MANA ?

No comments: