Tuesday, December 08, 2009

KB Mall Tragedy

Tragedi KB Mall: 2 maut 3 cedera parah, kereta menjunam ke dalam
supermarket
Posted by RAKYAT MARHAEN Ahad, 2009 Disember 06         
















Salah seorang mangsa yang cedera parah terkena bongkah batu dan kereta meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.Mengikut maklumat pengawal di situ kedua-dua mangsa yang tekorban adalah pelajar dari kolej perubatan swasta Masterskill bersebelah KB Mall. 

Setelah berita ini tersebar, ribuan yang datang membanjiri di hadapan KB Mall untuk mengetahui cerita sebenar dan melihat sendiri apa yang berlaku di dalam supermarket KB Mall.Sehingga berita ini ditulis semua pintu utama supermarket masih lagi ditutup.Orang ramai masih lagi menunggu berita terkini dari luar KB Mall. gambar ini dirakam dari tingkat 3 tempat Parking KB Mall di mana tempat kereta merempuh benteng simen.
              
Pecahan siling dan Lubang besar yang terbentuk akibat dari rempuhan kereta yang hilang kawalan dari parking tingkat 3.Dari pecahan benteng simen inilah kereta menjunam ke dalam supermarket.
              
Beberapa orang anggota Polis sedang memerhati pecahan dinding konkrit simen yang pecah akibat rempuhan kereta.Dari tempat inilah kereta yang hilang kawalan telah merempuh dan masuk menjunam ke dalam supermarket.


Dalam kita semua dok kalut urus tragedi dan mangsa-mangsa. .. 3 ekor ni kalut dok mencuri pakaian.Salah seorang tu abg aik dan saya sempat tangkap..bagi upah mencuri sikit.selepas 10 minit, sekor lagi kita dapat tangkat sedang bersembunyi dalam kedai pakaian yang telah ditutup... alasan 3 ekor ni pada pengawal2 senang je,, depa nak ambik helmet yang tertinggal kat dalam KB Mall.Teruk juga Pengawal2 tu bagi upah menipu kat 3 mangkuk ini.


Di kota bharu, kelantan, dua orang pelajar perempuan masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya kb-mall terjunam sebelum menghempap mangsa.

Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis mazda dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu.

Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.

Pada ketika itu, mangsa, siti nor amira samsuddin 19, siti nor diana azman 18 dan rashidah ahmad lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan.

Mangsa, siti nor amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala siti nor diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala.

Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi, ICU,hospital raja perempuan zainab II kota bharu.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri.

Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan.

Ketua polis daerah kota bharu, a-c-p zahruddin abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi.


Sumber : Email Yahoo Group


STORY DARI MEMBER GROUP KITA...
ATAS KB MALL TEMPAT PARKING KERETA PUN NAK BELAJAR, APA PUNYA MANUSIA LA ......

Duda Dan Janda....

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorg dirumah nya...anak2nye sume bekerja di bandar... Berdekatan rumah nya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorg... Sudah bertahun lama nya mereka berjiran dan sering juga berhubung kala kesunyian... .Suatu hari...di petang yang redup... si duda duduk di bawah pokok rambai..merenung ke arah rumah si janda... Si janda perasan dan datang menegur si duda... "Pak Uda oii..ape yang di menungkan nye tu... "... Si duda menunduk seketika..lalu menjawab "..Ada perkara aku nk bgtu ko ni Mak Jan.."... Berkerut dahi si janda... kerana kelihatan serius pulak si duda tu...

"ape nyer ..serius je bunyi nyer.." ... Si duda merenung si janda... lalu dengan kekuatan yang ade die berkata... "Aku ni kepingin nk berbinikan ko... ko sudi tk?..".... Si janda tersenyum..dan diam seketika ..lalu si janda menjawab "Erm... sudi... "... Setelah berborak seketika... si janda dan duda pun pulang kerumah masing2 kerana hari sudah menjelang senja...

Pada malam itu...si duda gelisah... dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi..adakah dia sudi atau tak... yelah dah tue... memori pendek sket... Setelah berfikir sejenak... si duda tidak jugak mendapat jawapan... lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda... Si duda mendail no telepon si janda..nk dtg umah tk molek plk dah malam2 cmni...

"Helo... mak jan..pak uda di sini... aku ingin bertnya... almaklum dah tua mudah lupa.... ptg tdi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku..apakah yang ko jawab.."... Mendengar suara si duda..si janda pun berkata "Aku jawab aku sudi..ikhlas dari hati... selamat!! Nasib baik ko telepon aku ..Pak Uda.... "...
si duda pelik dengan kata2 si janda lalu bertnya...

"Kenapa...?? "...
Dan si janda menjawab..
"Aku pun lupe spe yang ajak aku kawin ptg tadi"


lalala ............
lalalalalal. .... 





Sumber : Email Yahoo Group


KELAKAR ? KETAWA LA SKIT.....

Biodata Rasulullah SAW

Kita skrg lbh kenal artis drp Rasulullah, lbh menyambut hari valentine drp
menyanjung Rasulullah. Pelik! Pelik!

Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada
perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.

Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan
ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH S.A.W.

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai  Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa  Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

. Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan


pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.  Thuwaibah 1.  Hamzah
2.  Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1.  Halimah Al-Saidiyyah 1.  Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2.  Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3.  Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4.  ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku.


Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk
mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita
kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu
di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat kelak.

Petua Awet Muda

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
 
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu

Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
 
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi

Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
 
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi.

Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. 

Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
 
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
 
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. 

Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
 
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
 
Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. 

Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.
 
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. 

Amalkan setiap pagi.
 
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
 
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
 
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
 
Amalkan solat tahajud.
 
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
 
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
 
Maafkan semua orang sebelum tidur.

Sumber : Email Yahoo Group


AMALKAN PETUA INI OK.... AWET MUDA or AWEK MUDA ???

PELBAGAI JAWATAN KOSONG KEMASKINI 7 DISEMBER 2009 UNTUK DIMOHON ...

UNTUK LEBIH LANJUT DAN PERMOHONAN   
http://jawatankosong.index.my | http://www.ejobs.my | http://www.jobsmalaysia.info

Senarai Terkini .. 7 DISEMBER 2009

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
FELCRA BERHAD 2009/12/6 ACROSS MALAYSIA

Human Resources Executive
PERODUA. 2009/12/6 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
SIRIM Berhad 2009/12/6 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Institut Jantung Negara 2009/12/6 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) 2009/12/6 KUALA LUMPUR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2009/12/4 SELANGOR

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
FELDA 2009/12/4 ACROSS MALAYSIA

PELBAGAI JAWATAN KOSONG ..
POS MALAYSIA BERHAD 2009/12/2 ACROSS MALAYSIA

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Jawatan Kosong Petronas 2009/12/2 ACROSS MALAYSIA

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
SIME DARBY BERHAD 2009/12/2 ACROSS MALAYSIA

PELBAGAI JAWATAN KOSONG ..
KUMPULAN MAYBANK 2009/12/2 ACROSS MALAYSIA

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PAHANG 2009/12/1 PAHANG

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 2009/12/1 KELANTAN

PELBAGAI JAWATAN KOSONG
Kumpulan Maybank 2009/11/29 ACROSS MALAYSIA


KUASAI BAHASA INGGERIS DENGAN MUDAH DAN DAPATKAN RAHSIA LULUS
TEMUDUGA
DENGAN SEGERA ...


KLIK --> http://www.bahasainggeris.com/index.php?ref=indexmy


KLIK --> http://www.kerja-kerajaan.com/index.php?ref=indexmy


KERJA SWASTA 2009 --> http://www.ejobsonline.info


LANGGAN TERUS INFOMASI JAWATAN KOSONG KE EMAIL ANDA ..MEMUDAHKAN ANDA
UNTUK MENDAPATKAN INFORMASI JAWATAN KOSONG SECARA REAL TIME ..


KLIK --> http://feedburner.google.com/fb/a/mailverify?uri=ejobsmalaysia


JOIN JOBSMALAYSIA FACEBOOK GROUP .....
KLIK --> http://www.facebook.com/group.php?gid=207184684364


REGARDS,
ADMIN

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENGANGGUR DI RUMAH...