Wednesday, February 10, 2010

Elak Masuk Jerat Laman Web Sosial

KUALA LUMPUR: Golongan muda khususnya pelajar sekolah disaran berwaspada menggunakan laman web sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster bagi mengelak ancaman jerat siber.
Ketua Jabatan Capaian Luar Cyber Security Malaysia, Azman Izham Khairuddin, berkata ini berikutan pihaknya mendapati banyak kes jenayah siber yang menjadikan golongan muda sebagai mangsa.

Beliau berkata, masyarakat Malaysia masih belum menyedari laman web adalah penyumbang utama kepada jenayah.

Katanya, ini berikutan ledakan dunia siber memberi banyak pendedahan kepada sebarang maklumat buat masyarakat serta mampu menerawang ke segenap sudut dan dicapai oleh siapa saja.


"Jenayah siber di Malaysia tidak kurang hebat seperti apa yang berlaku di negara luar, cuma kita kurang pendedahan dan orang ramai bebas mendedahkan identiti di laman web masing-masing.

"Di Malaysia, banyak kes membabitkan golongan muda seperti kanak-kanak dan pelajar sekolah terpedaya dan akhirnya terperangkap," katanya selepas sesi pertama seminar kesedaran CyberSAFE For Youth, di sini, semalam.

Seminar sehari anjuran Cyber Security Malaysia ini diadakan untuk memupuk kesedaran ancaman siber kepada golongan muda agar tidak terpedaya dan taksub dengan dunia di laman web.

Mengulas lanjut, Azman Izham berkata, sekiranya tidak berhati-hati mereka boleh menerima 'virus' berbahaya dan terdedah kepada pelbagai risiko termasuk buli alam siber, mangsa penipuan, kehilangan data atau kecurian identiti.

Sementara itu, peserta seminar, Hazeeqah Amirah Yaziz, 16, berkata dirinya kini akan mula berhati-hati dan tidak lagi mendedahkan maklumat peribadi di laman web khususnya laman sosial.

"Selepas ini saya akan mula menapis kenalan di Facebook dan tidak meletakkan gambar berunsur peribadi dalamnya. Saya juga tidak akan mudah percaya dengan rakan kenalan di laman sosial kerana kini baru saya sedar ia boleh mendatangkan bahaya serta mengancam keselamatan," katanya.


Sumber : Harian Metro Online

BERHATI-HATI APABILA MENGGUNAKAN LAMAN SOSIAL

2 Rakan Berbogel Ditipu ‘Bomoh Remaja’

KUALA LUMPUR: Membuang makhluk halus dengan mencabul. Itulah rawatan pelik seorang bomoh remaja lelaki belasan tahun yang menggunakan kaedah mengurut ‘anu’ pesakit kononnya untuk membuang makhluk halus dari dalam tubuh mereka.
Difahamkan, sesi rawatan itu dilakukan di kawasan rekreasi di Ampang, dekat sini, dan pesakit diminta bermalam di kawasan itu kononnya untuk melengkapkan sesi rawatan perubatan tradisional berkenaan. Selepas rawatan mengurut ‘anu’ pesakit dilakukan, bomoh palsu itu kemudian meminta mangsa supaya mandi berbogel di sungai berhampiran.


Malah, remaja lelaki berkenaan turut meyakinkan mangsa supaya membuat rawatan pelik itu secara berterusan bagi menghalau makhluk halus selain meminta wang pengeras bagi setiap sesi rawatan.


Bagaimanapun, penipuan itu akhirnya terbongkar selepas ibu bomoh terbabit menghubungi mangsa memaklumkan mengenai pembohongan anaknya yang kononnya mempunyai ilmu perubatan tradisional, selain berjanji akan memulangkan semula wang pengeras yang pernah diberikan mangsa dan rakannya. Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.


Menurut sumber, lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan mula mengenali bomoh berkenaan pada Disember tahun lalu di sebuah kafe siber di Wangsa Maju, dekat sini.


“Lelaki itu dikatakan mempercayai bomoh berkenaan selepas lelaki terbabit beria-ia meyakinkan mangsa bahawa ada makhluk halus mendampinginya.

KUALA LUMPUR: Membuang makhluk halus dengan mencabul. Itulah rawatan pelik seorang bomoh remaja lelaki belasan tahun yang menggunakan kaedah mengurut ‘anu’ pesakit kononnya untuk membuang makhluk halus dari dalam tubuh mereka.
Difahamkan, sesi rawatan itu dilakukan di kawasan rekreasi di Ampang, dekat sini, dan pesakit diminta bermalam di kawasan itu kononnya untuk melengkapkan sesi rawatan perubatan tradisional berkenaan. Selepas rawatan mengurut ‘anu’ pesakit dilakukan, bomoh palsu itu kemudian meminta mangsa supaya mandi berbogel di sungai berhampiran.


Malah, remaja lelaki berkenaan turut meyakinkan mangsa supaya membuat rawatan pelik itu secara berterusan bagi menghalau makhluk halus selain meminta wang pengeras bagi setiap sesi rawatan.


Bagaimanapun, penipuan itu akhirnya terbongkar selepas ibu bomoh terbabit menghubungi mangsa memaklumkan mengenai pembohongan anaknya yang kononnya mempunyai ilmu perubatan tradisional, selain berjanji akan memulangkan semula wang pengeras yang pernah diberikan mangsa dan rakannya. Mangsa yang berasa tertipu membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan lanjut.


Menurut sumber, lelaki berusia 18 tahun itu dikatakan mula mengenali bomoh berkenaan pada Disember tahun lalu di sebuah kafe siber di Wangsa Maju, dekat sini.


“Lelaki itu dikatakan mempercayai bomoh berkenaan selepas lelaki terbabit beria-ia meyakinkan mangsa bahawa ada makhluk halus mendampinginya.

“Bomoh itu turut meyakinkan mangsa yang dia mampu menghalau makhluk halus berkenaan sebelum mangsa bersetuju mengikuti sesi rawatan,” katanya di sini, semalam.


Selepas perbincangan, pada awal bulan lalu, mangsa bersetuju pergi ke sebuah kawasan rekreasi di Ampang bersama bomoh remaja lelaki itu untuk tujuan berubat, namun dia turut membawa seorang lagi rakan lelakinya.


Menurut sumber, mangsa dan rakannya kemudian memasang khemah di tepi sungai berkenaan sebelum bomoh terbabit dikatakan mengurut ‘anu’ mangsa dan rakannya bergilir-gilir sehingga terkeluar air mani.


“Kejadian itu amat mengejutkan mangsa, namun kedua-duanya terpedaya dengan perwatakan baik ditunjukkan lelaki terbabit.


“Selepas selesai, mereka mendakwa diarah mandi di sungai itu dan kemudian wang pengeras RM5 diberikan kepada bomoh itu,” katanya. Kejadian sama berlaku beberapa kali di kawasan rekreasi sama.


Sumber itu berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila mendapat panggilan daripada ibu bomoh terbabit mengatakan anaknya penipu.


“Wanita terbabit menceritakan hal sebenar kepada mangsa dan mengugut tidak memberitahu hal berkenaan kepada sesiapapun serta memaafkan anaknya,” katanya.


Bagaimanapun, mangsa tetap membuat laporan polis.


Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata susulan laporan dibuat, seorang remaja lelaki ditahan untuk membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan. “Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

INI BOMOH PELEPAS GIAN NAMANYA......
APSAL MACAM TU PUN TAK BOLEH NAK BERFIKIR ???

Guru Geram Pelajar Kata...Celaka Cikgu

 
BUKTI...Lua menunjukkan gambar kesan lebam di leher anaknya. 


KOTA BHARU: Kerana mengeluarkan perkataan ‘celaka cikgu’, seorang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah di sini, trauma selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘amuk’ seorang guru dalam kejadian pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, mangsa dikatakan baru pulang dari tandas sebelum diminta mengeluarkan buku nota oleh guru terbabit. Bagaimanapun, mangsa yang belum sempat berbuat demikian tergamam apabila guru berkenaan secara tiba-tiba menarik kerusinya hingga terjatuh sebelum menarik baju serta mencekik bahagian mulut dan belakang lehernya.


Difahamkan, guru yang mendakwa terdengar mangsa mengeluarkan perkataan biadap itu kemudian merotannya sebanyak dua kali sebelum guru besar tiba ke kelasnya.


Menurut bapa mangsa, Lua Boon Hoe, 40, dia hanya mendapat tahu perkara itu pada hari berikutnya selepas dimaklumkan anak perempuannya yang berada di tingkatan lima di sekolah sama. Katanya, dia terkejut dengan kejadian itu dan meminta anaknya itu menceritakan perkara sebenar. “Saya tidak tahu kejadian itu sehinggalah anak perempuan secara tidak sengaja menceritakan perkara itu ketika makan malam pada Jumaat lalu.


“Saya memaksanya memberitahu perkara sebenar yang berlaku pada adiknya dan dia juga ada mengambil gambar kecederaan itu menggunakan telefon bimbit sebelum kami membuat laporan polis,” katanya.


Kesal dengan kejadian itu, dia membawa anaknya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada jam 1.29 pagi, Sabtu lalu.

Sejurus membuat laporan itu, anaknya kemudian membuat pemeriksaan perubatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan diminta menunggu selama dua minggu untuk diberi laporan perubatan.


Selain itu, Lua berkata selepas membuat laporan itu dia berjumpa dengan guru besar sekolah untuk mendapatkan penjelasan dan diberitahu kejadian itu akan disiasat pihak sekolah.


Bagaimanapun, permintaannya untuk berjumpa guru terbabit ditolak dan dia hanya dibenarkan berurusan dengan guru besar saja.


“Semalam saya sekali lagi ke sekolah berjumpa dengan guru terbabit. Dia memaklumkan terdengar anak saya cakap ‘celaka cikgu’ yang dianggap biadap dan mengakui merotannya tiga kali.


“Bagaimanapun, saya kesal kerana dia berkata tiada saksi yang mendengar anak saya bercakap seperti itu kepadanya. Dia juga hanya mengaku merotan anak saya dengan perlahan tetapi tidak melakukan perkara lain termasuk mencekiknya,” katanya.


Dia berkata, selepas kejadian itu anaknya tetap ke sekolah seperti biasa tetapi masih dirundung trauma dan rasa takut.


“Saya kecewa dengan kejadian ini kerana sebagai seorang guru, dia tidak boleh bertindak demikian dan merancang mengambil tindakan undang-undang menyaman guru terbabit,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Ghazali Ab Rahman berkata pihaknya akan meneliti perkara itu dengan mendapatkan laporan kejadian daripada sekolah terbabit.


Katanya, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap guru terbabit sekiranya didapati bersalah.

Sumber : Harian Metro Online

BAGAIMANA PERASAAN ANDA JIKA ANDA SEORANG CIKGU, 
ANAK MURID CAKAP CELAKA CIKGU ???
KALAU CIKGU YANG PANAS BARAN, PEPAHAM JA LA.....
KALAU CIKGU PENYABAR, DIA MESTI ADUKAN PADA PENGETUA DAN AMBIL TINDAKAN TATATERTIB.... ANDA BAGAIMANA ???

SALAHKAN CIKGU ? SALAHKAN ANAK SENDIRI ? ATAU ......

Honda Pula Tarik Balik Kereta



TOKYO: Pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda dikatakan menarik semula jualan kira-kira 430,000 kenderaannya di seluruh dunia, kebanyakan di Amerika Utara kerana kerosakan pada beg udara yang dipercayai boleh meletup dan mencederakan atau membunuh penumpang.

Penarikan semula itu turut meliputi jualan di Jepun, Mexico, Taiwan dan Australia, sekali gus meningkatkan jumlah penarikan yang berlaku sejak 2008 menjadikannya lebih setengah juta kenderaan ditarik semula akibat kerosakan yang sama.

Menurut pengeluar kereta kedua terbesar Jepun itu, kerosakan berlaku pada alat pengembang beg udara yang besar kemungkinan boleh pecah, lalu menghasilkan serpihan keluli yang akan melenting melepasi kusyen beg udara yang mana boleh menyebabkan kecederaan atau kematian penumpang.

Kata mereka lagi, antara model kenderaan yang terbabit termasuk Honda Accord, Civic, TL, CR-V, Odyssey, Pilot dan CL di Amerika Utara, sementara Inspire, Saber dan Lagreat dijual di Jepun. - AFP

Sumber : Harian Metro Online

BAHAYA JUGA BEG UDARA DIBEKALKAN DI KERETA ...
SO, KENA BERJAGA-JAGA LA YANG PAKAI KERETA BERISI BEG UDARA....