Showing posts with label Piala Dunia. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia. Show all posts

Saturday, July 23, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia 3 - 5 Singapore


Keputusan yang tidak berapa baik untuk perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Malaysia nampak garang pada minit 1 dengan jaringan Safee Sali. Ternyata, masalah pertahanan masih lagi belum dapat diatasi. Gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain Singapore adalah hasil dari kesilapan pemain PERTAHANAN. Ditambah pula dengan Penjaga Gol yang hanya tengok bola masuk ke gawang..


Apapun, tahniah kepada MALAYSIA kerana berjaya menjaringkan 3 gol di Singapore. Kita saksikan Perlawanan di Stadium Bukit Jalil lepas ni.... PULUN MALAYSIA PULUN...


SINGAPURA – Malaysia terpaksa bekerja keras pada perlawanan timbal balik nanti setelah tewas 3-5 kepada Singapura dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia di Stadium Jalan Besar di sini malam ini.

Pasukan Harimau Malaya seakan-akan melangkah dengan gahnya apabila penyerang Mohd Safee Mohd Sali berjaya menjaringkan gol hanya dalam tempoh 24 saat selepas perlawanan bermula.

Namun pemain Singa Singapura, Aleksandar Duric menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti Malaysia pada minit ke-7 untuk Singapura menyamakan kedudukan 1-1.

Pasukan Malaysia cuba menyerang namun pertahanan Singapura dapat menangkis serangan demi serangan yang dilakukan oleh Harimau Malaya.

Bayangan penyerang Shi Jiayi sering mengucar-kacirkan pertahanan Harimau Malaya.

Singapura memperolehi satu lagi sepakan percuma pada minit ke-21 apabila ketua pasukannya Sharil Ishak dijatuhkan di luar kotak penalti Malaysia yang sepakannya disempurnakan oleh Qiu Li.

Mustafic Fahrudin menjaringkan gol ketiga Singapura pada minit ke-43, manakala Shi Jiayi menjaringkan gol keempat pada minit ke-45.

Malaysia terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila ketua pasukan Shafiq Rahim dilayangkan kad merah kerana mengasari Qiu Li pada minit ke-50.

Namun ia tidak menyekat semangat pemain Malaysia untuk terus menghasilkan gol apabila Abdul Hadi Yahaya dan Safee Sali masing-masing menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-68 dan ke-69 bagi merapatkan jurang gol.

Namun Duric menghasilkan gol kelima Singapura pada minit ke-80 bagi memberikan kemenangan Singapura 5-3 ke atas Malaysia.

Sumber : Kosmo Online

MALAYSIA KENA PULUN DI STADIUM BUKIT JALIL.. 
JANGAN BAGI PELUANG KEPADA SKUAD SINGAPORE..
MAMPUKAH MALAYSIA BANGKIT ? APA PENDAPAT KORANG ?

Pertembungan Negara Berjiran, Malaysia vs Singapura Dalam Misi Kelayakan Piala Dunia 2014



Malaysia vs Singapore

misi untuk Kelayakan Piala Dunia 2014



SINGAPURA - Seakan iri hati melihat skuad bola sepak kebangsaan mendapat dua perlawanan persiapan hebat menentang Arsenal dan Liverpool, jurulatih Singapura, Radojko Avramovic menyatakan bahawa prestasi para pemainnya kini turut berada pada tahap terbaik.

Berbanding Malaysia yang tewas 0-4 dan 3-6 pada kedua- dua perlawanan itu, Singapura 'lebih garang' apabila menang ketiga-tiga perlawanan persiapan menentang Maldives (4-0), Etoile FC (2-1) dan Taiwan (3-2).

Menurut Avramovic, rekod lampau membabitkan pertemuan Singapura dan Malaysia sebelum ini tidak lagi penting kerana pertarungan merebut satu slot ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 itu lebih penting.

"Saya rasa tak adil untuk kita banding dengan skuad- skuad terdahulu kerana ini adalah satu perlawanan yang berbeza. Sedangkan seorang pemain pun mampu mengubah situasi.

"Kami kini sedang meningkatkan keupayaan pasukan dan sikap para pemain serta mentaliti mereka tampak semakin baik sepanjang beberapa aksi persahabatan sebelum ini.

"Pemain-pemain kami kebanyakannya sudah lama beraksi bersama. Cuma persiapan kali ini agak sedikit singkat.

"Tetapi sudah tentu pada akhir perlawanan, saya mahu melihat Singapura menjaringkan gol lebih banyak berbanding Malaysia," kata Avramovic pada sidang media praperlawanan di Hotel Amara di sini semalam.

Sementara itu, kapten Singapura, Shahril Ishak berkata, dia dan rakan-rakan sepasukan begitu teruja untuk menyambut kehadiran skuad kebangsaan Malaysia di Stadium Jalan Besar malam ini.

"Kami mahu gunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan pertama ini, lebih-lebih lagi di atas permukaan padang sintetik (rumput tiruan).

"Semua pemain senior dalam pasukan ini memainkan peranan untuk memberi motivasi kepada pemain muda.

"Dengan fokus penuh dan strategi jurulatih, saya yakin kami akan dapat keputusan terbaik pada perlawanan ini," ujar pemain tengah berusia 27 tahun itu.

Biarpun dibarisi hampir separuh pemain muda, skuad Singapura masih bergantung harap kepada lima tonggak 'import', termasuklah penyerang veteran berusia 41 tahun dari Bosnia, Aleksander Duric.

Sumber dari Kosmo Online


Kepada yang tak pergi Stadium, boleh saksikan secara langsung di :



Sumber : Google Search

MALAYSIA BOLEH MENANG, 
APA PENDAPAT ANDA ?

Wednesday, December 08, 2010

Tiada larangan ambil minuman keras dan bercium

ABU DHABI 8 Dis. - Penganjur Piala Dunia Kelab FIFA menafikan laporan media tempatan bahawa penyokong yang datang menyaksikan kejohanan ini di Abu Dhabi tidak dibenarkan mengambil minuman keras dan bercium di khalayak ramai.

Menurut laporan dalam akhbar Emarat Al-Yom Isnin lalu, penyokong asing akan diberi risalah mendesak mereka menghormati sensitiviti rakyat tempatan yang beragama Islam. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia Online
TAK PAYAH MINUM MINUMAN KERAS DAN CIUM KALAU NAK P TENGOK BOLA..