Sunday, May 16, 2010

Gaji: CUEPACS serah cadangan kepada PM

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menghargai kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menaikkan gaji penjawat awam yang rendah.


Presiden CUEPACS, Omar Osman berkata, satu kertas kerja khas yang mengandungi cadangan peratusan kenaikan gaji yang diharapkan kesatuan itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri bulan depan.


''Kertas kerja itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri selepas Majlis Kongres CUEPACS mengadakan pertemuan dari 5 hingga 7 Jun ini di Sarawak bagi membincangkan mengenai peratusan kenaikan gaji yang akan dimohon.


''Kami harap kenaikan gaji ini akan melibatkan pelbagai sektor dan jawatan dalam perkhidmatan awam,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Semalam Najib berkata, beliau tidak sampai hati melihat gaji penjawat awam rendah dan yakin kerajaan yang diketuainya mampu meningkatkan pendapatan per kapita negara daripada RM22,400 kepada RM48,000 dalam tempoh 10 tahun.


Perdana Menteri bertekad meningkatkan pendapatan negara yang akan turut melibatkan penjawat awam bergaji minimum RM1,024 sebulan.


Menurut Omar, CUEPACS juga menyokong sepenuhnya cadangan Perdana Menteri untuk memberi ganjaran terhadap prestasi luar biasa yang ditunjukkan penjawat awam.


''Selain kenaikan gaji, cadangan Perdana Menteri itu dilihat mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan penjawat awam terutama mereka yang berkhidmat di barisan hadapan.


''Kami juga yakin pada tahun ini penjawat awam akan mendapat lebih manfaat berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik,'' katanya. 

Sumber : Utusan Malaysia Online


DENGAN HARAPAN, GAJI PENJAWAT AWAM YANG RENDAH DINAIKKAN....AMIN

 

Liga Super 15 Mei 2010 : Kedah Cemas Sebelum Menang 1-0 Dengan Johor

Selangor teruskan penguasaan

Keputusan Liga Super 15 Mei 2010


Kedudukan Pasukan dalam Liga Super 2010



KUALA LUMPUR - Selangor mempertahankan kedudukan tangga teratas Liga Super apabila membenam Negeri Sembilan 4-2 di Stadium Shah Alam, semalam.

Sebaliknya keputusan itu menambah derita skuad bimbingan Wan Jamak Hassan, yang mencatat kekalahan ketujuh selepas 15 perlawanan, walaupun memiliki status juara Piala FA musim ini.

Kemenangan di laman sendiri itu membolehkan skuad bimbingan K. Devan terus menerajui liga dengan 38 mata.

Namun, Kelantan terus mengekori Selangor apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan jiran pantai Timur, Terengganu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Skuad B. Sathianathan cuma tiga mata di belakang Selangor, apabila mengatasi pelawat hasil jaringan gol sendiri ketua pasukan T-Team, Marzuki Yusof (m-28), disusuli jaringan Indera Putra Mahayuddin (m-32) dan penalti Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-35.

Kekalahan Terengganu itu membolehkan Johor FC naik ke tangga ketiga, apabila menang 2-1 ke atas Perlis di Stadium J-Corp, Pasir Gudang.

Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah cemas sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Johor.

Pasukan tercorot, Pulau Pinang pula terus buntu dalam memperbaiki kedudukan apabila tunduk 0-4 kepada KL PLUS di Stadium Batu Kawan.

T-Team pula terus bertahan di tangga kelima liga, selepas menang 1-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, hasil jaringan Shahrul Ezrin Shahsuddin pada minit ke-33.

Sumber : Soccerway dan Utusan Malaysia Online

JANJI KEDAH MENANG...... PULUN KEDAH PULUN...

Chelsea juara Piala FA

KETUA pasukan Chelsea, John Terry (tiga dari kiri) dan Frank Lampard (tiga dari kanan) menjulang trofi Piala FA bersama rakan sepasukan selepas mengalahkan Portsmouth 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Wembley, London semalam.

LONDON – Chelsea mencatat kejuaraan berganda domestik setelah mempertahankan kejuaraan Piala FA dengan menewaskan Portsmouth 1-0 di Stadium Wembley, semalam.


Penyerang Ivory Coast, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-59 menerusi sepakan percuma, selepas Kevin Prince-Boateng gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Portsmouth.


Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard turut terlepas peluang menjaringkan gol kedua buat pasukannya apabila sepakan penalti yang dilakukannya tersasar daripada gawang pada minit ke-88.


Kejayaan itu membuka peluang pasukan dari barat London itu mempertahankan Piala FA setelah menewaskan Everton musim lalu.


Walaupun Blues yang baru sahaja dimahkotakan juara Liga Perdana England berjaya mendominasi perlawanan separuh masa pertama, percubaan Drogba, Lampard, Salomon Kalou dan John Terry tinggi melepasi palang.


Chelsea mula mengubah rentak permainan selepas pemain Portsmouth, Boateng yang melakukan sepakan penalti pada minit ke-56, selepas Juliano Belletti menjatuhkan Aruna Dindane, berjaya diselamatkan penjaga gol Blues, Petr Cech.


Drogba yang meledakkan gol hasil sepakan percuma dari jarak 25 meter tiga minit berikutnya, mengekalkan rekod menjaringkan gol dalam semua enam perlawanan kompetetif bersama Chelsea di Wembley - tiga perlawanan separuh akhir dan tiga aksi akhir Piala FA. – Reuters

Sumber : Utusan Malaysia Online

JUARA BERGANDA ... HEHE