Sunday, October 25, 2009

Keputusan MotoGP Malaysia

Keputusan MotoGP Malaysia di Litar Sepang hari ini. 25 Oktober 2009



Kategori 500cc 


 1. Casey Stoner, Australia, Ducati, 47 minit, 24.834 saat.

2. Dani Pedrosa, Sepanyol, Honda, 47:39.500.

3. Valentino Rossi, Itali, Yamaha, 47:44.219.
4. Jorge Lorenzo, Sepanyol, Yamaha, 47:50.684.

5. Nicky Hayden, Amerika Syarikat, Ducati, 48:03.539.

6. Chris Vermeulen, Australia, Suzuki, 48:05.895.

7. Toni Elias, Sepanyol, Honda, 48:13.389.
8. Marco Melandri, Itali, Kawasaki, 48:20.391.

9. Loris Capirossi, Itali, Suzuki, 48:25.137.

10. Mika Kallio, Finland, Ducati, 48:25.274.

Kedudukan selepas 16 daripada 17 perlumbaan. (X - juara)

1. x-Valentino Rossi, Itali, Yamaha, 286 mata.

2. Jorge Lorenzo, Sepanyol, Yamaha, 245.

3. Casey Stoner, Australia, Ducati, 220.

4. Dani Pedrosa, Sepanyol, Honda, 209.

5. Andrea Dovizioso, Itali, Honda, 152.

Kategori 250cc


1. Hiroshi Aoyama, Jepun, Honda, 42 minit, 55.689 saat.

2. Hector Barbera, Sepanyol, Aprilia, 43:02.086.

3. Marco Simoncelli, Itali, Gilera, 43:02.086.

4. Thomas Luthi, Switzerland, Aprilia, 43:10.560.

5. Hector Faubel, Sepanyol, Honda, 43:14.866.

6. Ratthapark Wilairot, Thailand, Honda, 43:15.256.

7. Alex Debon, Sepanyol, Aprilia, 43:15.944.

8. Lukas Pesek, Czech Republic, Aprilia, 43:30.250.

9. Alex Baldolini, Itali, Aprilia, 43:46.626.

10. Shuhei Aoyama, Jepun, Honda, 43:59875.

Kedudukan selepas 15 daripada 16 perlumbaan.

1. Hiroshi Aoyama, Jepun, Honda, 252 mata.

2. Marco Simoncelli, Itali, Gilera, 231.

3. Hector Barbera, Sepanyol, Aprilia, 214.

4. Alvarao Bautista, Sepanyol, Aprilia, 198.

5. Mattia Pasini, Itali, Aprilia, 128.

Kategori 125cc


1. Julian Simon, Sepanyol, Aprilia, 42 minit, 50.916 saat.

2. Bradley Smith, Great Britain, Aprilia, 42:52.030.

3. Pol Espargaro, Sepanyol, Derbi, 42:57.209.

4. Sergio Gadea, Sepanyol, Aprilia, 42:58.919.

5. Nicolas Terol, Sepanyol, Aprilia, 42:59.401.

6. Sandro Cortese, Jerman, Derbi, 43:01.104.

7. Esteve Rabat, Sepanyol, Aprilia, 43:06.030.

8. Andrea Iannone, Itali, Aprilia, 43:13.067.

9. Joan Olive, Sepanyol, Derbi, 43:17.304.

10. Lorenzo Zanetti, Itali, Aprilia, 43:18.029.

Kedudukan selepas 15 daripada 16 perlumbaan.

1. x-Julian Simon, Sepanyol, Aprilia, 264 mata.

2. Bradley Smith, Great Britain, Aprilia, 203.5.

3. Nicolas Terol, Sepanyol, Aprilia, 173.5.

4. Pol Espargaro, Sepanyol, Derbi, 158.5.

5. Sergio Gadea, Sepanyol, Aprilia, 141.

Berita Harian Online

Penyakit jantung pembunuh utama di hospital kerajaan


KUALA LUMPUR: Penyakit jantung dan penyakit pulmonari adalah pembunuh utama di hospital kerajaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata 16.5 peratus daripada 45,936 kematian di hospital kerajaan tahun lalu disebabkan penyakit jantung.

"Jumlah ini adalah besar dan kami mahu sokongan semua sektor untuk mencari kaedah dan cara bagi mengurangkan penyakit jantung, yang kini semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Heart House", Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) di sini, hari ini.

Beliau berkata di negara ini, penyakit jantung koronari dianggarkan dihidapi 141 orang bagi setiap 100,000 penduduk setiap tahun.

Katanya, ini bermakna bagi penduduk yang berjumlah 27 juta orang, kira-kira 38,000 kes baru penyakit jantung koronari dijangka berlaku setiap tahun.

"Ini adalah satu bebanan kepada sistem penjagaan kesihatan kita. Kira-kira 60 peratus daripada kes ini akan diuruskan di unit penjagaan koronari kementerian, manakala bakinya pula mendapatkan rawatan di kemudahan kardiak swasta dan bukan kerajaan," katanya.
Bagi mengurangkan bebanan itu, Liow menasihati orang ramai supaya mengawasi faktor risiko untuk menghidap penyakit jantung, termasuk tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi, merokok, kurang bersenam serta pemakanan tidak seimbang, dan mendapatkan rawatan awal. - Bernama

Malu jumpa doktor atasi cepat klimaks


SAYA berusia 32 tahun dan berumah tangga hampir tiga tahun dan ada dua anak. Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks manakala lambat ereksi untuk kali kedua. Saya berasa malu untuk berjumpa doktor berhubung masalah ini, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dan berjumpa pakar.

MIL Bukit Beruntung


Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala ereksi yang hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan.

Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tips daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi.

Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai cincin Kanda.

Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika menggerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan juga tiada lagi, menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku.

Sehubungan itu pemakai cincin ini perlu tahu cara menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal. Jika ia masih tiada perubahan, lebih baik berjumpa doktor.


Harian Metro - Doktor Sakit Tuan

Kerja-Mudah.com

Selamat Datang / Welcome
Kerja-Mudah.com

MODAL RM5


MEMPERKENALKAN PROGRAM YANG HEBAT!
PRODUK² YANG MENJADI KEUTAMAAN DI PASARAN!
PLAN KEUNTUNGAN & INSENTIF YANG MENARIK!
PELUANG ANDA MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN!

MODAL RM5 SAJA!! PELUANG INCOME RM28,014!!
KERJA-MUDAH.COM MENAWARKAN PELUANG BERSAMA MENJANA PENDAPATAN YANG LUMAYAN. KERJANYA SANGAT MUDAH, MODALNYA JUGA RENDAH. MARGIN KEUNTUNGANNYA AGAK TINGGI. APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN ADALAH SERTAI PROGRAM KAMI DENGAN SEGERA. KAMI AKAN MEMBIMBING ANDA UNTUK BERJAYA!

BUKA HATI, BUKA MINDA, FIKIRKAN BOLEH, ANDA PASTI BERJAYA!!

Salam hormat,

Selamat datang www.Kerja-mudah.com - Kerja dari rumah.

Kerja-mudah.com menawarkan peluang kepada anda untuk menjadi agen promosi bagi menjual produk-produk yang ditawarkan oleh kami. Yuran pendaftaran hanya RM5
dan tiada caj tambahan.

Terdapat 2 Plan Bonus dalam Kerja-mudah.com iaitu Anda boleh nikmati keuntungan komisen 5% hingga 10% apabila setiap jualan produk berjaya dibuat melalui link url anda. Anda juga boleh mendapat insentif yang lumayan apabila anda merekrut agen Kerja-mudah.com, mereka menjadi downline anda.

Kami menyediakan pelbagai tools marketing untuk membantu anda membuat promosi. Anda boleh menggunakan kemudahan- kemudahan tersebut di dalam member area. Antara contoh tools pemasaran yang disediakan seperti ebooks marketing, software marketing, banners, tapak iklan dan etc.
Semoga anda juga BERJAYA!

Admin.

MODAL RM5 ANDA AKAN DAPAT

Menjadi agen promosi bagi pihak kerja-mudah.com
Website replika atas nama anda untuk tujuan promosi
Koleksi ebook,video,software marketing tool
Jana pendapatan dan berpeluang mendapat RM28,014.00

Berikut adalah beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan:

Isi dan lengkapkan borang pendaftaran.
(Maklumat pembayaran akan dipaparkan setelah borang lengkap diisi)
Buat bayaran sebanyak RM5 secara bank-in terus ke dalam akaun admin
(Pastikan anda simpan salinan bank-in slip. Sekiranya berlaku kekeliruan anda perlu membuktikan slip bayaran)
Selepas anda membuat pembayaran, sila login dan isi Borang Pengesahan Bayaran di dalam website kerja-mudah.com ini.

Insentif akan dibayar sekiranya ada ahli mendaftar dan membuat pembayaran di bawah rangkaian anda,


Kerja-Mudah.com beroperasi menggunakan sistem Matrix 6 x 6 berserta Sistem Randomizer & Automatic Spillover.

Matrix 6 x 6
Menghasilkan RM28,014.00

Randomizer
Untuk pengunjung tanpa sponsor,sistem secara automatik akan menjadikan ahli berbayar sebagai sponsor, ini memberi kesempatan bagi anda mendapatkan downline

Spillover
Peluang mendapat downline sekiranya upline anda mendapat lebihan ahli iaitu ahli yang ke 7, sistem akan menyusun ahli tersebut automatik ke bawah, setiap ahli hanya boleh mempunyai 6 orang di level 1
- BANTU MEMBANTU -

* Sistem Matrix 6 x 6, Randomizer dan Spillover adalah sistem yang hanya membantu anda dalam membina rangkaian, namum sistem ini "tidak menjamin" anda mendapat pendapatan -HARAP MAKLUM-


RENUNGILAH KATA-KATA INI..

D = Doa
U = Usaha
I = Istiqomah (berterusan)
T = Tawakkal

Rezeki Cintakan Usaha..

Di kerja-mudah.com tiada pihak yang akan teraniaya kerana anda bukan membayar dalam program yang hanya memberikan eBook sahaja tetapi semua ahli kerja-mudah.com yang berbayar akan menjadi agen promosi kami & mendapat pelbagai kemudahan seperti website replika, koleksi eBook,video,software tentang marketing tools. Anda hanya perlu mempromosikan link anda sahaja.

Usah bazirkan masa anda di Internet jika anda tidak tahu mengambil peluang
yang ada. Dengan modal serendah RM5 anda mampu mengubah hidup anda!
Jadilah yang terawal setai kami di kerja-mudah.com
Bertindak segera! Daftar sekarang! dan jumpa anda di Puncak Kejayaan!


Selangor tersingkir, NS, Perlis, Kelantan mara


KUALA LUMPUR - Kelantan mengikut jejak Negeri Sembilan dan Perlis untuk mara bergaya ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menang ke atas lawan masing-masing di suku akhir kedua, semalam.
Jika Negeri Sembilan dan Perlis memang sudah dijangka akan mara berikutan kemenangan selesa di suku akhir pertama, Selasa lalu, Kelantan pula bangkit daripada keputusan seri untuk layak.

Selepas diikat 1-1 oleh KL Plus pada suku akhir pertama di tempat lawan, Kelantan mempamerkan corak permainan lebih bertenaga semalam untuk menang 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV.
Skuad Kijang membenam cabaran pasukan pelawat melalui gol jaringan Indra Putra Mahyuddin (m-13) dan Mohd. Norfarhan (m-76, 79).

Dengan kemenangan ini, Kelantan layak dengan jaringan agregat 4-1 untuk menempah pertemuan dengan Perlis di separuh akhir.
Perlis pula seperti dijangka tidak menghadapi masalah besar menewaskan Johor FC 2-0 di Stadium Utama Negeri untuk mara juga menerusi agregat 4-1.

Selepas menang 2-1 di tempat lawan sebelum ini, skuad bimbingan Irfan Bakti itu mudah merobek gawang Johor FC menerusi jaringan Amar Rohizan (m-8) dan Nizaruddin Yusof (m-48).
Kedua-dua gol itu adalah hasil hantaran K. Soley.
Namun, perlawanan semalam dicemari dengan layangan tiga kad merah di mana paling malang adalah Perlis yang bakal kehilangan pemain tonggaknya, Azi Shahril Azmi untuk berdepan Kelantan nanti.

Azi terbabit dalam pergaduhan dengan dua pemain Johor FC, Mohd. Saiful Sabtu dan M. Sivakumar yang turut dibuang padang.
Di Stadium Darul Aman, pasukan pelawat, Negeri Sembilan mudah meratah Kuala Muda Naza 3-0 untuk mara dengan agregat 5-0.
Kesemua gol Negeri Sembilan itu dijaringkan di babak pertama permainan menerusi Shukor Adan (m-21), Zaquan Adha Razak (pen-28) dan Shahurain Abu Samah (m-36).
Sebelum ini pada suku akhir pertama di tempat sendiri, Negeri Sembilan menang selesa 2-0.

Lawan Negeri Sembilan di separuh akhir adalah Terengganu yang terpaksa bergelut sebelum menang ke atas Selangor menerusi penentuan sepakan penalti 5-4.
Sebelum itu pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, semalam, kedua-dua pasukan terikat 1-1 termasuk selepas aksi permainan 30 minit masa tambahan untuk kedudukan agregat menjadi 2-2.

Dengan kekalahan itu, impian Selangor untuk muncul juara treble selepas merangkul kejuaraan Liga Super dan Piala FA sebelum ini ternyata tidak kesampaian.
Penjaga gol Terengganu, Mohd. Sarbinee Allawee muncul wira Terengganu apabila dia menyelamatkan sepakan penalti keempat Selangor yang diambil Nasriq Baharom.
Sarbinee kemudiannya mengambil sendiri sepakan penalti kelima pasukannya untuk memastikan Terengganu mara ke separuh akhir.

Untuk separuh akhir pertama Selasa ini, Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu di Seremban.
Manakala Kelantan akan bertemu Perlis di Kota Bharu. Perlawanan separuh akhir kedua pula akan berlangsung pada Sabtu di Kuala Terengganu dan Kangar.


Utusan Malaysia - 25 Oktober 2009

Bayi ditemui di pondok bas



MARAN 24 Okt. - Penduduk di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat 2 dekat sini gempar apabila menemui bayi yang baru dilahirkan di sebuah pondok bas di hadapan sekolah berkenaan hari ini.

Bayi lelaki seberat 2.5 kilogram itu dijumpai dalam keadaan berbalut dengan tuala oleh orang ramai kira-kira pukul 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, bayi malang yang dalam kesejukan itu ketika ditemui masih mempunyai tali pusat.
"Orang ramai segera menghubungi ambulans dan bayi berkenaan dihantar ke Hospital Jengka untuk pemeriksaan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ahmad Johari, pihaknya percaya bayi itu dilahirkan awal pagi ini di tempat lain sebelum ditinggalkan di pondok bas berkenaan.
"Polis belum dapat mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan siasatan masih dijalankan," jelasnya.
Sementara itu, beliau menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada polis sekiranya mengetahui mana-mana individu di kawasan mereka yang terbabit dalam pembuangan bayi.

Pengarah Hospital Jengka, Sarifudin Saad berkata, setelah melakukan pemeriksaan, pihaknya mendapati bayi itu cukup sifat dan sihat.

"Bayi berkenaan akan ditempatkan di wad kanak-kanak sebelum menyerahkannya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya.

Utusan Malaysia - 25 Oktober 2009

Tiada bonus kerana pendapatan negara menyusut

IPOH 24 Okt. - Penjawat awam perlu faham kerajaan tidak dapat memberi bonus pada tahun ini kerana pendapatan negara menyusut sebanyak 8.4 peratus ekoran kemelesetan ekonomi dunia.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sebarang perbelanjaan kerajaan termasuk bonus dibuat mengikut kemampuan pendapatan negara.

''Kita sedar penjawat awam perlukan suntikan dalam perbelanjaan dan sebab itu kita beri bayaran khas RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah dan pesara wajib.

''Bayaran itu melibatkan lebih sejuta orang dan ia merupakan satu jumlah yang besar," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan khas Ahli Parlimen Tambun sebanyak RM108,000 kepada 36 buah sekolah di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 24 sekolah kebangsaan menerima RM72,000 manakala tujuh sekolah jenis kebangsaan Cina (RM21,000) dan lima sekolah jenis kebangsaan Tamil sebanyak RM15,000.
Dalam pada itu, Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun memberitahu, penstrukturan semula subsidi minyak akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Katanya, kerajaan sedang merangka kaedah yang sesuai bagi memastikan subsidi dinikmati golongan yang layak.

''Langkah ini dapat menjimatkan bayaran subsidi minyak kerana diberikan kepada golongan sasaran sahaja.
''Sistem yang kita amal sekarang tidak boleh diteruskan kerana golongan kaya dan orang Singapura pun boleh menikmati pemberian subsidi minyak," katanya.

Utusan Malaysia - 25 Oktober 2009