Thursday, December 09, 2010

Peniaga dituduh paksa isteri seks

Lelaki mengaku tak bersalah cederakan mangsa selepas pertuduhan dibaca



MELAKA: Seorang peniaga dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dakwaan melakukan hubungan seks tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Melaka Tengah, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd Jalal, 30, (gambar) bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

Beliau yang tidak diwakili peguam mengangguk kepala sebagai tanda memahami pertuduhan ketika jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Tengku Saiful Nizam didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun kerana melakukan kesalahan itu ke atas isterinya yang berumur 29 tahun, di Taman Melaka Baru Fasa 3, Melaka Tengah, di sini sehingga menyebabkan kecederaan ke atas wanita itu pada kira-kira jam 5 pagi, pada 2 Jun 2008.

Tertuduh dan isterinya kini masih dalam proses perceraian.

Pegawai pendakwa, Inspektor Muhather Mohd Kudus dalam pendakwaannya menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 terhadap tertuduh tetapi selepas mendengar rayuan, Muhammad Hazri membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM6,000.

Beliau kemudian menetapkan 20 Januari 2011 untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh melantik peguam bela.


Sumber : Berita Harian Online
NASIB KO LA ... LAIN KALI JANGAN PAKSA.. BERLEMBUT LA SKIT.. KAN.. KAN..

Jawatan Kosong Di Jabatan Agama Islam Selangor

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KONTRAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

1. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (sukatan Tahfiz, KBSM & Al-Azhar) DG41 (48 Kekosongan)
2. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 (2 Kekosongan)
3. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 (4 Kekosongan)
4. PENYELIA ASRAMA N17 (4 Kekosongan)
5. PEMBANTU MAKMAL C17 (4 Kekosongan)
6. PEMANDU KENDERAAN R3 (2 Kekosongan)
7. PEMBANTU AM PEJABAT N1 (2 Kekosongan)

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah sampai kepada:

PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID,
BUKIT SUK, SEKSYEN 5,
40676 SHAH ALAM.

Tarikh Tutup Permohonan: 24 Disember 2010

Bini Siapa Ni ? Macam....


BINI SIAPA NI?

Final Group Standings Piala AFF Suzuki 2010

Final
Group Standings
Piala AFF Suzuki 2010


Semi Final
Piala AFF Suzuki 2010



Sumber : Piala AFF Suzuki 2010 Website


PENUHKAN STADIUM BUKIT JALIL