Saturday, March 05, 2011

Prestasi hambar: Penyokong Kedah mahu jurulatih undur, Komen anda ?

 Mampukah skuad Kenari 2011 ini menjulang Piala Liga Super dan Piala Malaysia setelah ditunjuk jalan keluar oleh Felda United untuk Piala FA ?

ALOR SETAR 5 Mac – Prestasi hambar pasukan Kedah musim ini yang turut menyaksikan mereka tersingkir dari saingan Piala FA malam tadi menyebabkan lebih 1,000 peminatnya mengadakan demonstrasi menuntut pengurus pasukan, Datuk Khazali Din dan ketua jurulatih, Ahmad Yusof meletak jawatan serta-merta.

Demonstrasi selama 30 minit itu bermula di luar Stadium Darul Aman sejurus selepas Kedah tewas 0-1 kepada Felda United di hadapan lebih 3,000 penyokong sendiri.

Sambil menyanyikan lagu keramat ”Hijau Kuning”, kumpulan itu yang memegang kain rentang tertulis “jurulatih dan pengurus pasukan undur diri” enggan berganjak dan meminta bersemuka dengan jurulatih Kedah.

"Kami mahu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) segera melucutkan jawatan Ahmad Yusof, Datuk Khazali dan penolong jurulatih, Radzi Md Din serta-merta kerana gagal melatih pasukan dengan baik dan menempatkan pasukan di kedudukan yang baik,” kata seorang penyokong Amir Murad, 35, ketika ditemui di situ.

Sementara itu seorang lagi penyokong Daris Sobri, 23, berkata, prestasi Kedah yang begitu buruk pada saingan Liga Super musim ini menuntut kepimpinan baru bagi mengembalikan kegemilangan pasukan Hijau Kuning. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia Online
KALAU JURULATIH DAH TAK MAMPU MEMBERI YANG TERBAIK UNTUK PASUKAN KEDAH.. 
APAKATA CUBA DENGAN JURULATIH LAIN PLAK... LEPAS TU, TAK OK JUGAK... CUBA JURULATIH LAIN PLAK... DAN LEPAS TU .. TUKAR JURULATIH.. TUKAR JURULATIH....
PADA PANDANGAN ANDA, KENAPA PRESTASI SKUAD KEDAH PADA TAHUN 2011 NI SEMAKIN HAMBAR ?