Friday, November 26, 2010

Tiket saksikan Piala Suzuki AFF 2010 mula dijual

KUALA LUMPUR, (D5 Sports) - Bagi peminat pasukan bola sepak kebangsaan yang berhajat berkunjung ke Jakarta untuk memberi sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan bagi kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dari 1-7 Dis ini, bolehlah mendapatkan tiket yang disediakan pihak syarikat SeatAdvisor Sdn. Bhd.

Sejumlah 5,300 tiket telah diperuntukkan khusus kepada para penyokong Malaysia iaitu sebanyak 2,300 tiket berharga RM75 dan selebihnya RM37.

Untuk perlawanan di Palembang pada 7 Disember, pihak SeatAdvisor Sdn Bhd telah menyediakan 6,000 tiket untuk penyokong-penyokong Malaysia dengan harga RM35 setiap satu tiket.

Kumpulan A menempatkan peserta tuan rumah, Thailand dan Laos.

Pengumuman itu dibuat badan induk bola sepak negara kerana FAM tidak akan menjual tiket tersebut yang hanya boleh didapati dan dijual mulai 24 Nov di pejabat syarikat SeatAdvisor Sdn. Bhd.

Bagi peminat yang mendapatkan keterangan lanjut mengenai tiket tersebut, bolehlah mengunjungi pejabat syarikat SeatAdvisor Sdn. Bhd. di alamat Tingkat 3A, Unit 13B, Empire SOHO, Empire Building, Subang Jaya, Selangor (Hotline 03-5611-5000) atau melalui internet dengan melayari www.ticketsas.com.



Senarai perlawanan peringkat kumpulan membabitkan pasukan negara:

1 Disember 2010

INDONESIA lawan MALAYSIA
Venue: Gelora Bung Karno Senayan, Jakarta.
Masa: 7.30 malam

4 Disember 2010
THAILAND lawan MALAYSIA
Venue: Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta
Masa: 5.00 petang.

7 Disember 2010
MALAYSIA lawan LAOS
Venue: Gelora Srivijaya, Palembang, Sumatra.
Masa: 7.30 malam

Sumber : Arena.MY
SIAPA NAK P TENGOK BOLA SEPAK PIALA AFF,
BOLEH BELI TIKET AWAL... 
AKU DOAKAN SEMOGA MALAYSIA MENANG BERGAYA DI SANA.. AMIN

Skuad hoki wanita dapat tiket kelayakan Olimpik

SEPANG, (Bernama) - Pasukan hoki wanita negara berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan bagi merebut tiket ke temasya Sukan Olimpik 2012 di London, England.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM), Dr S.Shamala berkata pertandingan kelayakan itu dijadual bermula awal 2012.

Malaysia layak ke pusingan kelayakan Olimpik selepas menduduki tempat kelima pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China, selepas menewaskan Thailand 3-0 dalam perlawanan menentukan kedudukan.

Juara dan naib juara Sukan Asia layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 manakala pasukan di tempat ketiga hingga keenam akan bersaing dalam pusingan kelayakan zon Asia, kata Shamala kepada Bernama ketika menunggu kepulangan skuad itu dari Guangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Katanya sebagai langkah persediaan menghadapi pusingan kelayakan, PHWM bercadang menganjurkan pertandingan persahabatan empat negara di antaranya negara India dan China.

Sumber : Arena.my
SELAMAT MAJU JAYA SKUAD HOKI WANITA MALAYSIA