Saturday, June 11, 2011

Perlawanan Akhir Piala FA 2011 Live di TV1 dan Astro Arena 801

banner ni ambik dari http://dppwp.wordpress.com/

Secara Langsung di
RTM1 &Astro Arena 801

Tempat : 
Stadium Bukit Jalil
Masa :
8.30 malam
Hari/Tarikh :
Sabtu, 11 Jun 2011 


Soalan : 
Pasukan mana pilihan anda untuk menang Piala FA 2011 ni ? 
Aku pilih Terengganu

Kemalangan : Lagi Besi Penghadang Tembus Kereta


10 Jun 2011

NAHAS RAGUT 4 SEKELUARGA...Anggota penyelamat memeriksa kereta yang terbabas lalu merempuh penghadang jalan di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Grik di Sauk menyebabkan empat sekeluarga terbunuh manakala seorang parah.

Sumber : Berita Harian Online

LAGI BESI PENGADANG TEMBUS KERETA...
APA KOMEN ANDA ?

Ikan Air Tawar Gergasi


Kalau dapat mancing ikan besar ni, best giler...
Korang pernah dapat ikan sebesar ni ?

Sumber : Kosmo Online

Kesihatan : Awas!! E.Coli Menyukai Wanita

RUPA E.coli jenis baharu yang kini amat ditakuti masyarakat Eropah.



PENULARAN wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit.

Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.

Para saintis tidak mengetahui puncanya. Salah satu teori ialah mangsa merupakan golongan yang gemar mengambil makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.

Bagaimanapun, saintis kini semakin berhati-hati dengan pandangan itu. Dr. Ulf Goebel dari Hospital Universiti Charite di Berlin berkata, bakteria jenis baharu yang dikesan di Jerman itu mungkin mempunyai sebab yang spesifik untuk menghuni tubuh wanita berbanding lelaki.

Apa yang menarik, dalam wabak yang melibatkan E.coli jenis itu di Amerika Syarikat pada tahun 1994, kebanyakan mangsa juga adalah wanita dengan purata umur 36 tahun.

Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah.

 ( Klik gambar untuk lihat lebih jelas )

Basuh

Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya.

Agensi itu berkata: “Ia satu tindakan yang bagus untuk membasuh dahulu sayur dan buah yang anda ingin makan bagi memastikan ia bersih daripada kuman.

“Membuang kulit atau memasaknya juga boleh menyingkirkan bakteria.”

Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.

Dr. Nicola Holden dari Institut James Hutton, Scotland berkata, bakteria yang berasal daripada haiwan itu boleh melekat pada tanaman menerusi parit atau semburan air. Kadangkala ia tercemar semasa proses membungkus dan menghantar produk berkenaan.

Holden berkata, bakteria itu boleh berkumpul pada akar pokok sebelum naik ke daun dan buahnya.


“Ancaman kepada kesihatan manusia bukan disebabkan bakteria ini mendiami permukaan pokok sahaja bahkan ia sukar dibuang selepas proses menuai,” katanya.

Profesor Brendan Wren dari Sekolah Perubatan Tropika dan Kebersihan London pula menambah, E.coli melekat pada makanan segar seperti daun salad, bayam dan timun.

“E.coli jenis ini boleh hidup dalam persekitaran yang ekstrem berbanding E.coli biasa bahkan mampu menghasilkan toksin berbahaya kepada tubuh manusia,” ujarnya.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, E.coli tidak memilih mangsa. Selebriti Elton John misalnya pernah dimasukkan ke hospital di London akibat dijangkiti bakteria itu pada November 2009.

Di Malaysia, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu.

Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml.

Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.

“Bakteria ini boleh mendiami usus manusia, mamalia dan burung.

“Ia merupakan satu kelompok bakteria yang besar dengan lebih daripada 700 serotaip telah dikenal pasti. Sebahagian besarnya tidak mendatangkan bahaya dan penyakit kepada manusia,” ujar bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Sumber : Kosmo Online
 
MARI KITA SAMA-SAMA BERKONGSI TENTANG BAHAYANYA PENYAKIT E-COLI INI..
SEBARKAN KEPADA KAWAN-KAWAN ANDA TENTANG E-COLI  INI...