Monday, October 18, 2010

Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2010

Kedah akan bertemu Kelantan di Separuh akhir Piala Malaysia.


Dengan rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini, Kedah belum kalah dengan Kelantan.

Jom penuhkan Stadium Darulaman dengan perpakaian Hijau Kuning..

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia 2010
(Sumber Utusan Online)

Pusingan Pertama (20 Oktober 2010)

Kedah vs Kelantan (Std Darul Aman)

N Sembilan vs Johor FC (Std Tuanku Abdul Rahman Paroi)



Pusingan Kedua (23 Oktober 2010)

Kelantan vs Kedah (SSM-IV)

Johor FC vs N Sembilan (Std Pasir GUdang)

PULUN KEDAH PULUN.. 
JANGAN BIARKAN GAWANG DIBOLOSI 1 GOL PUN... 
KASI SUMBAT 3 GOL UNTUK BEKALAN KE STADIUM KOTA BHARU,KELANTAN
HANGPA KOMEN SKIT GAME KEDAH VS KELANTAN kAT KOTAK ULASAN NI

Liverpool Kalah Lagi, Kali Ni Dengan Everton ( Liverpool 0-2 Everton )

Everton benam Liverpool

( Tim Cahill meraikan gol yang dihasilkannya )

LONDON: Liverpool tewas 2-0 kepada Everton dalam pertarungan Merseyside ketika gergasi bola sepak Inggeris itu memulakan era baru dengan kehampaan.

Gol oleh Tim Cahill dan Mikel Arteta dalam setiap babak permainan memberi mata penuh kepada Everton yang melonjak ke tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool terus terbenam ke tempat kedua tercorot.

Dengan pemilik baru dari Amerika Syarrikat, John W Henry, menyaksikan perlawanan itu di Goodison Park, Liverpool gagal menjelmakan kemenangan yang diharapkan selepas drama perundangan yang berakhir dengan pengambilalihan kelab itu.

Kekalahan itu bermakna pasukan Roy Hodgson hanya meraih enam mata daripada lapan permainan musim ini, satu petanda betapa sukarnya cabaran yang dihadapi Henry dan kumpulan New England Sports Ventures (NESV) untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool. - AFP

Perlawanan lain, Blackpool 2-3 Man City

Sumber  : Berita Harian Online
LIVERPOOL KALAH LAGI, KALI NI DENGAN EVERTON..
APA MASALAH SEBENARNYA KELAB NI ? PEMAIN BINTANG X DAK KA ?
ATAU BANYAK PEMAIN BINTANG INJURED ?? APAPUN, LIVERPOOL KENA BANGKIT SELEPAS INI.. KALAU TIDAK, BERKURANGAN LA SOKONGAN KE ATAS KELAB LIVERPOOL....