Saturday, May 14, 2011

Komen anda dengan tajuk akhbar ini : 'Tak masuk syurga tuduh Anwar'



Nik Aziz kecam pihak kaitkan pemimpin pembangkang dengan video seks

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu, tidak akan masuk syurga.

“Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka.

"Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti.

“Selagi tidak membuat kenyataan balas atau taubat atau sebagainya, tidak ampun dosa. Untuk menyucikan (hapuskan dosa), hendaklah memohon maaf,” katanya dalam kuliah mingguannya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

April lalu, Nik Aziz ketika ditanya pemberita di Kediaman Rasminya, di JKR 10, dekat sini, mengenai video itu, beliau tidak percaya Anwar adalah individu dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T'.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, membuat laporan polis berhubung dua SMS ugutan memintanya mendesak bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang mahupun Ahli Parlimen.

Naib Presiden Parti Keadilan itu berkata, SMS pertama diterima sewaktu beliau berada di Doha, Qatar, 11 Mei lalu dan kedua di rumahnya yang mengugut keselamatan anaknya.

Nurul yang hadir bersama ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR dan tiga peguamnya turut memberitahu pernah menerima SMS dari orang tidak dikenali pada 5 Mei lalu namun beliau mengabaikannya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan terbabit namun siasatan kes dirujuk kepada Polis Daerah Sentul kerana Nurul berada di rumahnya di Segambut ketika menerima SMS berkenaan. 

Sumber : Berita Harian Online
TAK TAU NAK KATA PA DAH... 
LU PIKIRLAH SENDIRI.... 
APA KOMEN ANDA ?