Wednesday, July 07, 2010

Keputusan Liga Super 6 Julai 2010 : Kedah Seri Tanpa Jaringan Dengan Kuala Lumpur

Keputusan Liga Super 6 Julai 2010



Kedudukan Carta Liga Super 6 Julai 2010



KUALA LUMPUR - Selepas mengharungi 11 perlawanan tanpa kalah, Selangor akhirnya rebah apabila tewas 0-1 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh semalam seterusnya merencatkan hajat untuk merangkul gelaran itu lebih awal.

Jaringan tunggal Mohd. Nazri Kamal pada minit ke-52 sudah cukup untuk membuatkan skuad bimbingan K. Devan tersentak, sebelum berdepan pula laluan sukar menentang Kelantan Sabtu ini.

Kelantan terus memberi tekanan buat Selangor apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad IV. Gol pasukan Red Warriors dijelmakan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada minit ke-75.

Bagaiamanapun Selangor kekal di tangga teratas selepas mengumpul 53 mata, manakala Kelantan mengekori di tempat kedua kurang lima mata.

Sementara itu, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menewaskan Johor FC 4-0 dengan K. Rajan membuka jaringan pada minit ke-41, disusuli gol Marzuki Yusof empat minit kemudian

Separuh masa kedua bersambung dengan Abdul Manaf Mamat menjaringkan gol ketiga pada minit ke-77 dan Mohd. Ashaari Shamsuddin menyumbangkan gol keempat dua minit kemudian.

Di Stadium Utama, pasukan tuan rumah, Perlis tewas tipis 0-1 kepada KL Plus apabila Mohd. Nizaruddin Yusof menjaringkan gol tunggal hasil tandukan pada minit ke-44.

Turut mencatat kemenangan ialah Johor yang mengenepikan pasukan Pahang 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, manakala T-Team tidak menghadapi masalah membelasah Pulau Pinang 6-1 di Stadium Batu Kawan.

Di Stadium Darul Aman, Kedah dan Kuala Lumpur berkongsi mata selepas terikat tanpa jaringan.

Sumber : Soccerway dan Utusan Malaysia Online
TUMBANG DAH SELANGOR... DENGAN PERAK PUN KENA ....