Sunday, August 29, 2010

Jawatan Kosong di Perbadanan Bukit Bendera, Pulau Pinang - Ogos 2010

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Bukit Bendera, Pulau Pinang.

1. Pengurus Besar
2. Pengurus Operasi
3. Pengurus Pembangunan dan Penyelidikan
4. Pengurus Pemasaran dan Promosi
5. Pegawai Tadbir
6. Penolong Jurutera
7. Penolong Akauntan
8. Juruteknik
9. Penjaga Jentera Elektrik

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN KOSONG

DOWNLAOD BORANG PERMOHONAN


Permohonan hendaklah dikemukan kepada :-

Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 25,KOMTAR
10503 Pulau Pinang,
( U.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia )

TARIKH TUTUP : 06 Sept 2010

Remaja Koma Diketuk Cota

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu.


KASIH AYAH... Riduan berbual dengan anaknya Muhammad Raimie yang baru sedar dari koma.

Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.


Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Maznah Ibrahim, 40, menghubunginya sambil memaklumkan anak mereka terbabit dalam kemalangan.


“Saya yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil penumpang.


“Isteri menghubungi kira-kira jam 3 pagi memaklumkan kejadian itu dan saya bergegas ke Klinik Ketereh untuk melihat anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.

Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan.


Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.


“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.


“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya.


Berikutan kejadian itu, Riduan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.41 pagi pada hari berkenaan.


Selain itu, Riduan berkata, anaknya yang mula sedar selepas tiga hari terlantar koma masih tidak dapat bercakap.


Katanya, dia kesal dengan kejadian itu apabila anaknya terpaksa menderita teruk akibat tindakan anggota polis berkenaan.

“Walaupun sedar, dia masih tidak boleh bercakap. Saya kesal dengan kejadian ini dan bercadang menuntut keadilan dengan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online
MEMANG TAK PATUT LA KALAU POLIS PUKUL DENGAN COTA, 
KESIAN KAT BUDAK TU... TERUK DIA KENA...