Showing posts with label Sukan Asia 2010. Show all posts
Showing posts with label Sukan Asia 2010. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Skuad hoki wanita dapat tiket kelayakan Olimpik

SEPANG, (Bernama) - Pasukan hoki wanita negara berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan bagi merebut tiket ke temasya Sukan Olimpik 2012 di London, England.

Setiausaha Kehormat Persatuan Hoki Wanita Malaysia (PHWM), Dr S.Shamala berkata pertandingan kelayakan itu dijadual bermula awal 2012.

Malaysia layak ke pusingan kelayakan Olimpik selepas menduduki tempat kelima pada Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China, selepas menewaskan Thailand 3-0 dalam perlawanan menentukan kedudukan.

Juara dan naib juara Sukan Asia layak secara automatik ke Sukan Olimpik 2012 manakala pasukan di tempat ketiga hingga keenam akan bersaing dalam pusingan kelayakan zon Asia, kata Shamala kepada Bernama ketika menunggu kepulangan skuad itu dari Guangzhou di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Katanya sebagai langkah persediaan menghadapi pusingan kelayakan, PHWM bercadang menganjurkan pertandingan persahabatan empat negara di antaranya negara India dan China.

Sumber : Arena.my
SELAMAT MAJU JAYA SKUAD HOKI WANITA MALAYSIA

Tuesday, November 23, 2010

Sukan Asia 2010 : Pasukan Hoki Lelaki MALAYSIA ke FINAL buat KALI PERTAMA ( Malaysia 4 - 3 India )



( GOL EMAS MALAYSIA mara ke FINAL )

MALAYSIA LAYAK KE FINAL !!


FINAL
25 November 2010
( Khamis )

MALAYSIA vs PAKISTAN


GUANGZHOU 23 Nov. - Skuad hoki lelaki negara mencipta sejarah layak ke perlawanan akhir Sukan Asia XVI di sini selepas berjaya menewaskan India 4-3 pada perlawanan separuh akhir, sebentar tadi.

Ini adalah kejayaan pertama buat Malaysia untuk beraksi di perlawanan akhir temasya tersebut dan akan berdepan Pakistan Khamis ini untuk penentuan pingat emas. - Utusan

 Sumber : Utusan Malaysia Online

TAHNIAH MALAYSIA... BERJAYA MENCIPTA KEJUTAN DI SUKAN ASIA 2010
DENGAN HARAPAN RAKYAT MALAYSIA,
MALAYSIA MAMPU MELAKAR SEJARAH MEMBAWA PULANG PINGAT EMAS..

Sunday, November 21, 2010

Sukan Asia 2010 : Malaysia Kempunan Lagi Pingat Emas Acara Sepak Takraw

Sukan Asia: Malaysia Gagal Pecah Dominasi Thailand Dalam Sepak Takraw

( Video Mata Akhir Untuk Final Thailand vs Malaysia )

Selepas gagal merampas semula pingat emas dari juara bertahan Thailand dalam acara sepak takraw berpasukan pada Sukan Asia ke-16 di sini, skuad negara kini mengalih tumpuan kepada acara antara regu bermula Isnin ini.

Jurulatih negara Iskandar Arshad berkata Malaysia akan menyenaraikan satu pasukan dalam acara antara regu dengan memilih gandingan pemain dari dua regu dalam acara berpasukan.

"Sasaran emas kami sebenarnya dari acara antara regu. Ini berdasarkan prestasi skuad negara yang mendapat perak dalam acara tersebut pada edisi Doha, Qatar pada 2006," katanya kepada pemberita di Pusat Sukan Haizhu, dekat sini.

Pada final acara berpasukan hari ini, Malaysia memperoleh pingat perak selepas tewas 0-2 kepada Thailand sementara gangsa dikongsi oleh Jepun dan Korea Selatan yang tewas dalam perlawanan separuh akhir Jumaat.

Iskandar berkata skuad antara regu dianggotai dua tekong, Mohd Normanizam Ahmad, Noor Azman Abdul Hamid, dua apit kanan (killer) iaitu Mohd Futra Abd Ghani dan Norshahruddin Mad Ghani dan seorang apit kiri (feeder), Farhan Adam.

Pada edisi Doha, skuad Antara Regu yang dianggotai oleh regu emas dari Sukan SEA Korat, Thailand pada 2005, Mohd Normanizam, Mohd Futra dan Mohamad Zulkarnain Mohamed Arif meraih pingat perak selepas tewas kepada Thailand.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam acara berpasukan ialah pada final Sukan SEA Laos 2009 di mana Thailand menang 2-0.

Pada acara berpasukan, regu pertama negara, Mohd Normanizam Ahmad, Ariff Ramli, Mohd Futra Abd Ghani tunduk kepada regu Thailand yang dibarisi oleh Anuwat Chaichana, Kriangkrai Kaewmian, Pattarapong Yupadee 16-21, 10-21.

Selepas memberikan tentangan dalam set pertama, pasukan negara tampak keletihan pada set kedua dan kebijaksanaan tekong lawan, Kriangkrai Kaewmian mencari ruang servis menyebabkan skuad negara tewas mudah dalam set kedua.

Turun dengan misi mencari mata penyamaan, regu kedua negara - Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azman Abdul Hamid, Farhan Adam turut akur dengan kemahiran regu lawan yang dianggotai Pornchai Kaokaew, Sirwat Sakha, Suriyan Peachan dan tewas dengan mata 15-21, 17-21.

Pengurus pasukan Datuk Awang Sham Amit mengakui pasukan Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan kemahiran pemain lawan.

Sumber : BERNAMA

SUDAH LAMA MALAYSIA MENGIDAMKAN PINGAT EMAS SEPAK TAKRAW BERPASUKAN
KALI TERAKHIR PINGAT EMAS DIPEROLEHI PADA TAHUN 1990..
AGAKNYA, BILA BOLEH DAPAT PINGAT EMAS UNTUK MALAYSIA ?
APA PENDAPAT KORANG ?

Monday, November 15, 2010

Video Bola Sepak Sukan Asia 2010 Guangzhou, China :- Malaysia 1 - 3 Iran

Keputusan
Bola Sepak Pusingan Kedua
Sukan Asia 2010 Guangzhou, China

Malaysia 1 - 3 Iran

----------------------------------------------

Video Gol Pertama Iran
( Iran 1 - 0 Malaysia )


Video Gol Kedua Iran
( Iran 2 - 0 Malaysia )


Video Gol Ketiga Iran
( Iran 3 - 0 Malaysia )


Video Gol Pertama Malaysia
( Iran 3 - 1 Malaysia )


Semua Video Melalui Youtube

CUBA LAGI DI TEMASYA 4 TAHUN AKAN DATANG

Bola Sepak Sukan Asia 2010 : Carta Pusingan Kedua



SKUAD bola sepak kebangsaan hanya mempunyai 15 pemain untuk berdepan Iran pada aksi pusingan kedua Sukan Asia 2010 di Stadium Yuexiu, Guangzhou petang ini.

Daripada 20 pemain yang berada dalam skuad, dua pemain iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani telah mengalami kecederaan yang serius ketika menentang Kyrgyzstan pada perlawanan pertama 8 November lalu.

Tiga lagi pemain, Safiq Rahim, S. Kunanlan dan Mahali Jasuli digantung perlawanan setelah mereka dilayangkan kad merah oleh pengadil kontroversi dari Australia, Ben Williams ketika skuad negara tewas 0-3 kepada China malam kelmarin.


Sumber : Harimau Malaya

Sunday, November 14, 2010

Bola Sepak Sukan Asia 2010 : China 3 - 0 Malaysia ( 3 Kad Kuning untuk Malaysia ) Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua

BOLA SEPAK SUKAN ASIA 2010

MALAYSIA 0 - 3 CHINA

( 3 KAD MERAH UNTUK MALAYSIA )

MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN KEDUA

STATISTIK PERLAWANAN

PEMAIN KEDUA-DUA PASUKAN


PENGADIL PERLAWANAN
DAN PENJARING GOL


 8 KAD KUNING, 3 KAD MERAH
UNTUK PASUKAN MALAYSIA


Malaysia tempang ke pusingan kedua

GUANGZHOU - Malaysia layak ke pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia walaupun tewas 0-3 kepada China pada perlawanan Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Tianhe, di sini semalam.

Namun, kejayaan bersejarah sejak 32 tahun itu dicemari dengan keputusan pengadil yang melayangkan tiga kad merah kepada pemain negara Mahalli Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Ini pastinya menambahkan lagi tempang skuad K. Rajagobal yang ke Guangzhou tanpa beberapa tonggak utama apabila menentang Iran, esok pada pukul 4 petang.

Walaupun menduduki tempat ketiga di belakang Jepun dan China dalam Kumpulan A, Malaysia layak ke pusingan kedua kerana tiga mata yang diperoleh hasil kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada Selasa lepas, membolehkan Malaysia berada di kedudukan terbaik berbanding negara di tempat ketiga dalam kumpulan lain. Kali terakhir skuad negara layak beraksi di pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok.

Di Doha, Qatar empat tahun lepas, skuad kebangsaan di bawah bimbingan Norizan Bakar sekadar bermain di peringkat kumpulan.

Pada perlawanan semalam, skuad negara terpaksa bermain dengan lapan pemain 'angkara' pengadil dari Australia, Williams.

Walaupun terpaksa bermain dengan lapan pemain, skuad negara yang dibelenggu kecederaan, berjaya menyerap asakan pasukan China daripada membolosi gawang Malaysia dengan jaringan lebih besar. - MINGGUAN



Sumber : Utusan Malaysia Online dan
http://www.gz2010.cn/info/ENG_ENG/FB/FBR173A_FBM400400A0100005ENG.html


BUKTIKAN KEPADA DUNIA
MALAYSIA BOLEH!!

Saturday, November 13, 2010

Bolehkah Pasukan Bola Sepak Malaysia Melakar Sejarah di Sukan Asia 2010 Guangzhou, China ?

Perlawanan Pertama :
Malaysia 2 - 1 Kyrgyzstan

Perlawanan Kedua :
Malaysia 0 - 2 Jepun

Perlawanan Ketiga :
Malaysia vs China
( 13 November 2010 )


 BARISAN pemain negara berpeluang mencipta sejarah pada Sukan Asia 2010 seandainya berjaya menewaskan China pada perlawanan terakhir Kumpulan A hari ini.

----------------------------------------------------------

SKUAD bola sepak kebangsaan berdepan perlawanan penting menentang tuan rumah, China bagi aksi terakhir saingan Kumpulan A di Stadium Tianhe, Guangzhou malam ini.

Seandainya menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua (pertama kali selepas 32 tahun), selaku naib juara kumpulan untuk berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini.

Namun jika tewas kepada China, skuad negara perlu mengharapkan Palestin dan Jordan masing-masing tewas kepada Korea Selatan dan Korea Utara pada aksi terakhir Kumpulan C malam ini.

Ia bagi membolehkan Malaysia layak selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dari kalangan enam kumpulan setelah pasukan tempat ketiga Kumpulan F, Maldives tersingkir apabila hanya mengumpul dua mata daripada tiga perlawanan kelmarin.

Jika Malaysia layak menerusi slot tersebut, lawan mereka pada pusingan kedua Isnin ini berkemungkinan besar adalah Iran.

Namun jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal lebih mahu memberi fokus terhadap perlawanan menentang China malam ini untuk memastikan Malaysia layak terlebih dahulu ke pusingan kedua.

"Saya mahu semua pemain mempamerkan persembahan terbaik. Saya nak mereka semua ambil kesempatan di mana kelemahan China dan berhati-hati juga dengan kekuatan dimiliki China.

"Cuma saya minta para pemain cepat menyerap tekanan kerana China beraksi di depan penyokong sendiri dan mereka juga perlukan kemenangan. Pasti China akan bermain habis-habisan," kata Rajagobal kepada Kosmo! semalam.

Skuad kebangsaan menjalani latihan terakhir di Stadium Huagong pagi semalam dengan pemain sayap, S. Chanturu yang menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 Isnin lalu kembali menjalani lati- han penuh.

Rajagobal dijangka terus menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan penyerang muda berusia 20 tahun, Izzaq Faris Ramlan biarpun mereka buntu mencari jaringan ketika Malaysia tewas 0-2 kepada Jepun, Rabu lalu.

Norshahrul, 24, yang menjaringkan satu gol ketika bertemu Kyrgyzstan berkata: "Memang sebagai seorang penyerang saya mahu menjaringkan gol pada setiap perlawanan.

"Saya berjanji akan memberi persembahan terbaik untuk menang."

Sumber : Kosmo Online

DENGAN HARAPAN,
MALAYSIA BOLEH MENANG DENGAN CHINA UNTUK MELAYAKKAN KE PUSINGAN SETERUSNYA... AMIN

Monday, November 08, 2010

Sukan Asia 2010 Guangzhou, China : Bola Sepak :- Malaysia 2 - 1 Kyrgysztan

Sukan Asia 2010 Guangzhou, China

Keputusan Penuh Bola Sepak :-


Jaringan Malaysia:
Norshahrul Idlan Talaha 27"
S. Chanturu 60"

Jaringan Kyrgyzstan :
Sydykov 37"