Wednesday, June 27, 2012

Bawa Kereta Laju Denda RM2,000

Denda Tinggi Didik Pemandu Kenderaan


KUALA LUMPUR: Orang ramai melihat kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 bagi kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas mampu mendisiplinkan pengguna. 

Pekerja swasta, Mohd Azam Dinor, 26, berkata kadar baru yang dijangka diluluskan Dewan Rakyat itu antara langkah mendisiplinkan pemandu agar mengikut had laju ditetapkan ketika di jalan raya.
“Langkah ini adalah relevan kerana pemandu sentiasa berwaspada supaya tidak memandu laju sehingga mengakibatkan kemalangan. Siapa yang sanggup membayar RM2,000 semata-mata bawa kereta laju.
“Lebih baik memandu mengikut had laju dan peraturan kerana itu lebih bagus daripada membayar denda atas kesalahan lalu lintas,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas kadar penalti lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak.

Perkara itu antara terkandung dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang mencadangkan tindakan lebih tegas bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama.

Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Pelajar kolej swasta, Liyana Jamaluddin, 20, berkata beliau setuju jika denda lebih tinggi dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

“Kadangkala kemalangan terjadi akibat kecuaian pemandu yang memandu laju sehingga mengorbankan pemandu berhemah.

“Cara ini boleh mengajar pemandu yang gemar memandu laju menghormati undang-undang dan hak pemandu lain,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Abu, 60, pula melihat denda baru berkenaan terlalu tinggi dan bukan semua pesalah trafik daripada golongan berada.

“Mungkin langkah ini antara inisiatif mengawal pemandu supaya lebih berhati-hati tetapi tidak semua pesalah mampu membayar denda dikenakan itu,” katanya.


Sumber : Berita Harian Online

APA PENDAPAT ANDA SEMUA? SETUJU DENGAN DENDA TERSEBUT? 
LA NI PUN BANYAK YANG MEMANDU TIDAK ADA LESEN MEMANDU...

Monday, June 25, 2012

SAIFUL APEK DIBEBASKAN DARI PERTUDUHAN DADAH

Saiful Apek bersama 3 sahabat dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan dadah 

 PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama-sama tiga sahabatnya, dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, dua tahun lalu.

 Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid membebaskan Saiful Apek atau nama penuhnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, bersama-sama tiga sahabatnya, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

 Pada 1 November tahun lalu, Saiful Apek, 43, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan ganja di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada 11 malam, 12 Jun 2010.

 Mereka yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

 Dalam keputusannya Ahmad Solihin mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan botol sampel air kencing yang mana melonggarkan kes pendakwaan.

 Beliau berkata pihak pembelaan dalam hujahannya berjaya menimbulkan keraguan munasabah dengan mengemukakan isu berkenaan percanggahan tarikh di label botol sampel air kencing; penyimpanan sampel yang terlalu lama; mempunyai dua borang ujian pengesanan air kencing serta gagal membuktikan elemen kalibrasi dan kawalan kualiti dalam ujian pengesanan.

 Sementara itu, Saiful Apek di luar mahkamah berkata beliau merasa terharu terhadap keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai bukti bahawa dirinya di pihak yang benar. Beliau berterima kasih kepada peguamnya Mohd Fadly Hashim dan Zamri Idrus yang banyak membantunya serta peminatnya yang sentiasa memberikan sokongan.

 Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad ketika ditemui di luar mahkamah, memaklumkan kepada media bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat. -Bernama

Sumber : Harian Metro Online

ALHAMDULILAH

Monday, June 18, 2012

Nukilan Abadi : syamsyun




Terkenang kembali suka-duka yang telah lama berlalu.
Hari demi hari, Masa berputar, Begitu cepat berlalu.
Dari kecil hingga ke besar, Inilah aku.
Apa yang diinginkan, Apa yang diharapkan, Belum ketemu.
Tabahkanlah hatiku menyusuri kehidupan yang penuh berliku. 
Amin.

Nukilan Abadi :- Syam Syun 3.45am ( isnin, 18 jun 2012 )

Saturday, June 16, 2012

PROGRAM AGENDA TEMPATAN 2012, 21 Jun 2012


PROGRAM AGENDA TEMPATAN 2012

LOCAL AGENDA PROGRAM 2012

TARIKH     :    21 Jun 2012
MASA        :    7.30 Pagi - 1.00 Petang
TEMPAT    :    Pendang Lake Resort, Pendang
 7:30 pg - 8:00 pg : Kehadiran dan pendaftaran peserta/Pemeriksaan Kesihatan
 8:00 pg - 9:00 pg : Aktiviti Senamrobik
 9:00 pg - 9:30 pg : Kehadiran para jemputan dan VIP
 9:30 pg - 9:35 pg : Bacaan Doa
 9:35 pg - 10:00 pg : Ucapan Tuan Yang Dipertua  Majlis Daerah Pendang
 Gimik Pelancaran
 10.00 pg - 1.00 ptg : Persembahan bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula 2012
 Cabutan Bertuah (Sesi I)
 Penyampaian Sumbangan/Bantuan bagi Program Nilai-Nilai Murni.
 Anugerah Pengauditan  dan Penarafan Bintang Tahap
 Kebersihan Tandas   Awam 2012
 Cabutan Bertuah (Sesi II)
 Anugerah Pertandingan Tandas Bersih Daerah Pendang
 Anugerah Pertandingan Inovasi Kitar Semula 2012
 Cabutan Bertuah Seksyen Penilaian (Cukai Pintu)
 Cabutan Bertuah (Sesi III)
 Bersurai.
 Pakaian : Sukan

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR

Teka Skor Di GFB Pendang, 16 Jun 2012


TOPUP RM5 UNTUK DIMENANGI
Peraduan Teka Skor Menjelma lagi...
Perlawanan Bola Sepak LIGA SUPER ANTARA KEDAH vs KELANTAN DI Stdm Sultan Muhammad IV, KB pada 16 Jun 2012 jam 8.45 malam.

Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 

PERADUAN TEKA BILANGAN GOL DAN PENJARING GOL 
HADIAH :- ( TOPUP BERJUMLAH RM5 . )
Sponser dari ADMIN : [ Mohammad Ridzuan Yahya ]

Peraduan ini terbuka kepada Admin dan Ahli Group FB Pendang.
Peraduan ni senang sangat, anda hanya perlu meneka jumlah jaringan gol dan penjaring gol tersebut.
Bagi yang dapat menjawab dengan betul atau hampir tepat,
topup rm5 adalah milik anda…
Hanya sekadar suka-suka untuk Admin dan Ahli FB Group Pendang.

Terma & Syarat :-

1. Peserta adalah Admin atau Ahli Group FB Pendang sahaja.
2. Isikan jawapan di kotak "komen". ( contoh:- Kedah 2-0 Kelantan, Penjaring : Ammar rohidan 1, Genc 1 )
3. Hadiah akan diberikan kepada yang telah meneka dengan betul atau tekaan yang hampir tepat pada keesokkan hari selepas perlawanan tersebut.
4. Peneka jawapan TERAWAL yang menjawab dengan betul atau hampir tepat akan dipaparkan di dalam FB Group Pendang berserta jawapan sebagai pemenang.
5. Peserta dikehendaki menjawab sekali sahaja. Jika didapati menjawab lebih dari 1 kali, maka penyertaan hanya dikira pada post terawal.
6. Admin tidak bertanggungjawab pada sebarang jawapan yang tidak sampai atau tidak berjaya dihantar.
7. Peraduan ini tiada berkaitan dengan mana2 agensi atau syarikat. Ianya adalah milik Group FB Pendang.
8. Tempoh peraduan adalah SEBELUM SEPAK MULA PERLAWANAN tersebut.
9. Keputusan pemenang adalah MUKTAMAD.

Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 
Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 
Login Facebook : klik sini,  https://www.facebook.com/groups/pendang/ 

Monday, June 04, 2012

JAWATAN KOSONG : Sales & Marketing Assistant

Assalamu'alaikum,

Kami Berjaya Management & Services, sebuah syarikat Bumiputera yang beroperasi di Subang Jaya ingin menawarkan  jawatan kosong seperti berikut.

1-SALES & MARKETING ASSISTANT:-
#Kelulusan : SPM atau yang setaraf 
#Mempunyai kemahiran sales & marketing yang tinggi
#Tetap/Part Time
#Fresh Graduate digalakkan memohon
#Mempunyai pengalaman / Tiada Pengalaman
#Mempunyai Transport / Tiada Transport
#Berdisplin & Bertanggungjawab
#Boleh Bekerja Dalam Satu Pasukan

Sekiranya anda berminat, sila hantar resume ke berjaya_ms@yahoo.com atau call/sms 013-306 1208(Mr Osman) untuk temuduga.

Sekian Terima Kasih,
Mrs Farah 
On Behalf Of
HR Department
Berjaya Management & Services


Sumber : Email Yahoo Group


SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG : Telemarketer di kawasan Universiti Malaya


JAWATAN KOSONG SEBAGAI TELEMARKETER
DIUTAMAKAN KEPADA IBU TUNGGAL DANGOLONGAN OKU.
Kami mencari telemarketer untuk memasarkan produk kami. Diutamakan kepada ibu tunggal dan golongan oku(selagi boleh berkata-kata).

Syarat-syarat

1) Boleh berbahasa Melayu atau English 
2) Skill komunikasi yang baik
3) Berani mencuba
4) Ingin mengubah nasib hidup
5) Kerja ikut masa anda

Berminat sila hadiri temuduga pada bila-bila masa (Isnin-Jumaat 9am hingga 5pm) di Tingkat 19, Wisma R&D, Universiti Malaya, Jalan Pantai Baharu, 59200 KL (berhampiran dengan LRT Kerinchi dan Menara TM)

Hubungi untuk maklumat lanjut.
Tia 013 6066 949
Lia 017 6066 422

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG : Pereka Pakaian / Pemotong Kain


Kami merupakan syarikat Bumiputera yg terlibat di dalam pembekalan dan pengedaran pakaian (T-Shirt, uniform kerja, uniform sekolah, baju korperat, baju ko-kurikulum, baju Melayu, dll pakaian).

Kami mempunyai kekosongan untuk jawatan di atas :
  • Lelaki berumur 20 tahun ke atas
  • Berpengalaman dalam membuat dasar/pola dan memotong kain
  • Boleh menjahit
  • Bekerja tanpa syif
  • Lokasi - Sungai Petani, Kedah
DIPERLUKAN DENGAN KADAR SEGERA.

SILA HUBUNGI 012-4276902 untuk temuduga.

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN

JAWATAN KOSONG : Account/admin / Recruiter / Driver


Dear All,

We are currently seeking for:-

1)Account/admin
  • Preferably Chinese 
  • Basic salary = MYR 1300 - MYR 1500
2)Recruiter
  • Preferably female
  • Posses min SPM Qualification
  • Age : 20-30 Years Old
  • Familiar with the used of Microsoft application.
  • Preferably someone who live near kepong (Near Kepong Sentral KTM Station
2)Admin Assistant
  • Female
  • Age: 20-30 Years Old.
  • Min SPM Qualification
  • Preferably someone who live near Kepong area.
  • Familiar with the used of Microsoft Application
3) Driver
  • Male 
  • Age : 30 - 40 Years Old
  • Familiar with KL & Selangor area.

Interested? Kindly sent your cv to beelay@yahoo.com.com.

Regards,
Bee Lay

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA DAPAT MEMBANTU ANDA YANG SEDANG MENCARI PEKERJAAN