Tuesday, September 14, 2010

Macam-Macam : Dua lelaki bekal sperma secara haram melalui internet didakwa

Dua lelaki bekal sperma secara haram melalui internet didakwa

LONDON 14 Sept. - Dua lelaki Inggeris membuat keuntungan secara haram dengan menjalankan laman web yang menyediakan sperma kepada wanita yang ingin hamil, kata pihak pendakwa semalam.

Nigel Woodforth dan Ricky Gage meraih pendapatan 250,000 pound (RM1.24 juta) dengan menjalankan syarikat dalam talian yang memperkenalkan penderma sperma tidak dikenali kepada wanita yang inginkan anak.

Para pendakwa memberitahu juri di mahkamah London bahawa Woodforth, 43, menjalankan syarikat dari ruang bawah rumahnya. Kedua-dua lelaki ini tidak mempunyai lesen untuk menerima dan mengedarkan sperma, seperti yang disyaratkan oleh undang-undang Britain.

Hampir 800 wanita telah membuat bayaran untuk menggunakan perkhidmatan syarikat itu yang menyediakan senarai maklumat penderma lelaki tidak dikenali itu.

Mereka boleh membuat pilihan dari segi etnik, ketinggian dan sehinggalah warna rambut daripada penderma sperma yang mereka mahu gunakan, dan sperma itu kemudian dihantar ke rumah menggunakan syarikat kurier, kata pihak pendakwa.

Kedua-dua lelaki tersebut menghadapi dua dakwaan berhubung menyediakan sperma secara haram, tetapi mereka mengaku tidak bersalah.

Mereka mendakwa bahawa syarikat tersebut hanya memperkenalkan perkhidmatan tersebut tetapi urusan perjanjian dijalankan secara peribadi oleh penggunanya.

Lelaki terbabit ditahan pada April 2009 selepas pegawai polis menjalankan siasatan dengan menyamar sebagai penyumbang sperma dan wanita yang mencari sperma. - AP

Sumber : Utusan Malaysia Online
AGAKNYA, KALAU DIJUAL KAT MALAYSIA, ADA ORANG NAK BELI TAK ?

No comments: